,
gaya hidup

Sesekali Curi Masa HONEYMOON Untuk ‘Refresh’ Hubungan, Romantic Dinner di Sini Pasti Diingati..

Afiza Kamarulzaman
07/04/2021
17:45 MYT
Seronok juga kalau sesekali dapat menyemarakkan hubungan bersama pasangan yang setelah lama terbina. Walaupun masih dalam mood pandemik dan tidak dibenarkan merentas negeri, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak menyuburkan hubungan yang mungkin semakin kelam.
Nah, di Hotel Maya misalnya menyediakan setiap kenangan indah yang ingin kamu cipta. Melangkah masuk ke Studio Heritage, diri terasa disambut dengan pesona berbeza. Dekorasi bilik yang diberi nafas baru ini memberikan aura harmoni dan 'warm'.
Yang paling menarik tentang bilik ini pastinya hamparan hiasan di atas kepala katil yang dinamakan ‘Bayam Peraksi’. Ia direka eksklusif oleh Gahara, pencanting batik terkenal di Malaysia. Reka bentuk batiknya menampilkan warna-warna cerah, yang menggambarkan lapisan bayam tempatan, pakis dan gerak tangan tarian Melayu yang juga dikenali sebagai Mudra.
Tiga tema warna utama digunakan untuk mewakili setiap ruangan, termasuk Signature Blue, Black Magic dan Westchester Gold. Bilik mandi berjubin lembut dilengkapi dengan warna semula jadi yang hangat, ruang solek yang luas, peralatan mandian dan jubah mandi. Semua bilik mandi dilengkapi dengan pancuran hujan yang besar dan kepala pancuran genggam.
Makan Malam Romantik – Wajib Bawa Pasangan Nikmati
Memandangkan ramai pasangan yang mengambil keputusan untuk bernikah walah dalam keadaan pandemik (tanpa kebenaran merentas negeri), maka pihak Hotel Maya menyajikan satu pengalaman menarik untuk kalian menikmati bulan madu bersama pakej makan malam romantik yang menggiurkan walau hanya di Kuala Lumpur.
Bertempat di Restoran Still Waters, satu sudut khas akan didekorasi eksklusif hanya untuk pasangan yang menempahnya. Sudut ini hanya untuk kalian sahaja! Dengan hanya RM300 untuk sepasang, pakej ini menyajikan lima hidangan daripada pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut dan kopi/teh.
Jujurnya, setiap hidangan yang dihamparkan malam itu sangat enak dan bagai tidak mahu lekas menghabiskannya kerana nikmat untuk setiap gigitan yang menyelerakan. Pakej ini perlu ditempah awal kerana ditawarkan secara eksklusif.
Martini Bar by Still Waters
Petang-petang jika mahu bersantai sambil menikmati minuman kegemaran, bolehlah mengunjungi Martini Bar by Still Waters. Promosi istimewa yang ditawarkan kini ‘beli satu, percuma satu’ untuk setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam tiga petang hingga lapan malam (kecuali cuti umum).
Banyak pilihan minuman alkohol dan tanpa alkohol boleh dicuba di sini. Dengan tawaran ini, anda pasti tidak mahu melepaskannya, bukan? Cubalah Maya’s Signature seperti Ais Batu Kopi Jantan atau Ais Batu Choco. Atau kegemaran penulis, Frappe iaitu Kopi Kampung dan Nescafe. Sejuk membasahi tekak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Watie - “Saya Ambil Keputusan Untuk Jaga Anak-Anak Yang Ada Dulu”

gempak
26/06/2023
07:50 MYT
Pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie Hanifiah mengambil keputusan untuk berbulan madu di Turki bersama anak-anak.
Laman Utama

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu

gempak
25/06/2022
09:00 MYT
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.
Laman Utama

Syura Honeymoon Kat KL Jer, Vicha Hadiahkan Bilik Hotel Sebelah-Sebelah

gempak
01/02/2022
08:50 MYT
Sweetnya!
Laman Utama

Mira Filzah Rancang Sambung Bulan Madu Di Eropah, Teringin Nak Main Salji Di Finland - "Sejak Kahwin Tak Sempat Nak Cuti Bersama"

gempak
11/12/2021
04:50 MYT
Bon voyage Mira & suami!
Laman Utama

“Niat Saya Nak Kembali Ke Makkah Bersama Suami” - Kamal Adli & Uqasha Senrose Mahu Tunai Umrah

gempak
08/12/2021
10:41 MYT
Selamat menunaikan umrah.