,
Read

Seriaunya Siri Seram FOLKLORE di HBO Asia! — Anda Kena Tonton Lakonan NABILA HUDA & BRONT PALARAE

Public Anonymous User
14/09/2018
03:42 MYT

SIRI antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia, FOLKLORE (#FolkloreHBO), adalah sebuah siri enam episod yang menampilkan kisah-kisah dari negara Asia termasuklah Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Setiap episod berdurasi selama sejam dan berkisarkan tentang mitos dan kepercayaan karut di negara-negara tersebut. Diarahkan oleh pengarah-pengarah dari negara Asia, setiap episod akan menampilkan kisah seram yang diberi nafas baharu tetapi masih mengekalkan identiti negara tersebut.
FOLKLORE akan mula ditayangkan pada Ahad, 7 Oktober pukul 10 malam secara ekslusif di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD). Episod baharu pula akan ditayangkan pada waktu yang sama setiap Ahad berikutnya. Siri ini juga boleh ditonton di HBO On Demand (melalui Astro Go).
FOLKLORE merupakan Siri Asal HBO Asia yang diterbitkan oleh Zhao Wei Films dan dihasilkan oleh pengarah filem yang juga pemenang anugerah, Eric Khoo.Enam pengarah yang terlibat dalam FOLKLORE adalah Joko Anwar (“Halfworlds”, “Pengabdi Setan”) dari Indonesia, Takumi Saitoh (“Blank 13”, “Ramen Teh”) dari Jepun, Lee Sang-Woo (“Barbie”, “Fire In Hell”, “Dirty Romance”) dari Korea, Ho Yuhang (“Rain Dogs”, “Mrs. K”) dari Malaysia, Eric Khoo (“Ramen Teh”, “12 Storeys”) dari Singapura dan Pen-Ek Ratanaruang (“Samui Song”, “Last Life in the Universe”) dari Thailand.
FOLKLORE juga menampilkan barisan pelakon dari Asia. Antaranya, pelakon Jepun, Kazuki Kitamura (“Godzilla: Final Wars”, “Kill Bill: Volumes 1 & 2”), pelakon Malaysia, Bront Palarae (HBO Asia’s “Halfworlds Seasons 1 & 2”, “Pengabdi Setan”) dan pelakon Korea, Lee Chae-Yeon (“Running Man”, “Please Find Her”, “Blow Breeze”). Ketiga-tiga mereka memegang watak utama dalam episod dari negara masing-masing.
Episod 1: “Folklore: A Mother’s Love”
Arahan: Joko Anwar (Indonesia)
Lakonan: Marissa Anita, Muzakki
Tarikh tayangan: Ahad, 7 Oktober (10 malam)
Sinopsis: Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya menemui sekumpulan kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kelaparan di loteng sebuah rumah agam. Atas bantuan mereka, kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Niat murni dua beranak ini telah menyebabkan kemarahan Wewe Gombel, ibu angkat kanak-kanak tersebut dan mereka harus menerima balasannya.

Episod 2: “Folklore: Tatami”
Arahan: Takumi Saitoh (Japan)
Lakonan: Kazuki Kitamura, Misuzu Kanno, Shima Onishi
Tarikh tayangan: Ahad, 14 Oktober (10 malam)
Sinopsis: Seorang penulis kes bunuh pulang ke kampung halaman untuk menghadiri pengebumian ayahnya. Sejak kembali, dia sering didatangi kenangan ketika zaman kanak-kanaknya. Penemuan sebuah pintu rahsia di rumah itu telah merungkai rahsia hitam keluarganya yang belum pernah dibongkar selama ini.

Episod 3: “Folklore: Nobody”
Arahan: Eric Khoo (Singapore)
Lakonan: Li Wen Qiang, Maguire Jian, Sivakumar Palakrishnan, Aric Hidir, Louis Wu, Dayang Nurbalqis
Tarikh tayangan: Ahad, 21 October (10 malam)
Sinopsis: Sebuah tapak pembinaan sering diganggu kejadian aneh. Semuanya gara-gara tindakan seorang pekerja binaan dan mandurnya yang tidak membakar mayat seorang gadis, sebaliknya telah menanamnya. Tindakan mereka itu telah menyebabkan kemarahan Pontianak yang menghuni kawasan tersebut.

Episod 4: “Folklore: Pob”
Arahan: Pen-Ek Ratanaruang (Thailand)
Lakonan: Nuttapon Sawasdee, Parama Wutthikornditsakul, Thomas Van Blarcom
Tarikh tayangan: Ahad, 28 Oktober (10 malam)

Episod 5: “Folklore: Toyol”
Arahan: Ho Yuhang (Malaysia)
Lakonan: Bront Palarae, Nabila Huda, Redza Minhat
Tarikh tayangan: Ahad, 4 November (10 malam)
Sinopsis: Seorang Ahli Parlimen di sebuah kampung nelayan meminta bantuan seorang bomoh wanita untuk memulihkan semula ekonomi di kawasan itu. Permintaannya ditunaikan oleh wanita tersebut dan kedua-duanya menjadi pasangan kekasih. Segalanya berubah apabila rahsia hitam bomoh tersebut terbongkar.

Episod 6: “Folklore: Mongdal”
Arahan: Lee Sang Woo (Korea)
Lakonan: Lee Chae-Yeon, Jung Yoon-Seok
Tarikh tayangan: Ahad, 11 November (10 malam)
Sinopsis: Seorang ibu cuba memenuhi setiap permintaann anaknya yang menghidap penyakit mental. Apabila anaknya jatuh cinta dengan seorang gadis yang baharu berpindah ke situ, si ibu nekad untuk melakukan apa saja bagi menunaikan impian anaknya.
Gadis tersebut pula dianggap calon paling sesuai untuk menemani anaknya selepas meninggal dunia.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar