,
Highlights

Rupanya Ini Prosedur Dan SOP Pelajar IPT Balik Kampung – Terima Kasih Kerajaan Malaysia, KPT Dan Universiti

Huda Hussain
06/05/2020
15:11 MYT
Pergerakan balik pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam, swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti telahpun bermula sejak 27 April lalu hingga 10 Mei ini. Pergerakan ini dibahagikan kepada lima zon utama iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Sabah-Sarawak. Pembahagian mengikut zon ini dilakukan bagi memastikan tidak berlaku perhimpunan besar demi kesihatan pelajar.
Kredit Foto: Google
Penghantaran pulang seramai 100,000 pelajar IPT ini melibatkan usahasama daripada pelbagai agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dan melihat perkongsian muat naik salah seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Akalili Mohd Amin di laman Facebook nya 4 Mei lalu; secara jelas membuktikan pihak kerajaan dan agensi yang terlibat amat mementingkan keselamatan dan tahap kesihatan pelajar.
Kredit Foto: Facebook Aimi Efron
Bermula dengan sesi pendaftaran yang diselia oleh pihak universiti, mereka kemudiannya perlu menjalani sesi ujian saringan kesihatan oleh pihak KKM. Pergerakan pelajar-pelajar pula dikawal rapi oleh PDRM manakala pihak Bomba bertanggungjawab menguruskan proses pembersihan. Dan dalam situasi Nur Akalili yang pulang ke Zon Timur (Kelantan/Terengganu), proses pembersihan (sanitization) dilakukan bermula dari masjid UKM, lantai dewan, kerusi menunggu, bas dan bagasi.
Seterusnya adalah prosedur pengesahan yang diuruskan PDRM. Proses ini antaranya melibatkan pengakuan pelajar yang perlu mengisi butiran peribadi dalam Surat Sokongan Kebenaran Pergerakan Balik Pelajar ke kampung halaman.
Dan didalam dewan kuliah, terkumpul sudah bagasi pelajar-pelajar yang telahpun disusun dan diasingkan mengikut bas dan destinasi para pelajar. Hanya dompet, pek makanan dan telefon bimbit dibenarkan untuk dipegang. Proses pembersihan bagasi ini dilakukan oleh pihak Bomba dan mereka perlu mengalihkan bagasi untuk melengkapkan proses ini. Bayangkan saja berapa ratus beg yang tersusun rapi seperti ini. Dan pastinya ia mengambil masa untuk memastikan semua bagasi dibersihkan dengan rapi. Allahu... Tidak mudah untuk menguruskan semua ini.
Kredit Foto: Facebook Aimi Efron
Dan menurut Nur Akalili lagi, proses pergerakan selepas beg sudah disanitasi hinggalah pergerakan pelajar masuk ke dalam bas cukup pantas. Didalam bas pula, proses sanitasi dilakukan keseluruhan bas dan sekali lagi bagasi pelajar perlu melalui proses yang sama. Malah, kasut para pelajar turut disanitasi sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam bas. Pergerakan ini dikawal rapi dan diiringi oleh anggota polis dan bomba.
Prihatin dengan situasi semasa, pihak universiti turut membekalkan pek makanan untuk berbuka dan bersahur didalam bas dan makanan sepanjang perjalanan pulang. Sungguh kebajikan dan keselamatan para pelajar terbela dan dijaga dengan amat baik. Semua proses pergerakan dan penghantaran pulang pelajar ini dirancang dengan begitu teliti, tersusun dan rapi selain berjalan dengan lancar.
Kredit Foto: Facebook Aimi Efron
Syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan dan menyempurnakan semuanya. Pastinya pelajar-pelajar menitipkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan dan semua agensi yang terlibat. Dan khabarnya perjalanan pulang mereka turut diiringi polis trafik sehingga selamat sampai ke destinasi. Begitu sekali pihak kerajaan menitikberatkan keselamatan dan kebajikan para pelajar kita. Syukurkan kalian berada di Malaysia. Jika negara lain, tidak pasti pula bagaimana prosedurnya. Terus amalkan penjarakan sosial, patuhi SOP dan sentiasa mengambil berat dalam langkah penjagaan dan kebersihan diri walau di mana jua anda berada. Seronoknya dapat berjumpa ayah dan ibu tercinta dikampung!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”

gempak
20/06/2022
01:50 MYT
Murahnya hati arwah...
Laman Utama

Haqiem Rusli, Isteri Rai 8 Pasangan Pengantin Hasnuri - "Simbolik Angka 8, Mereka Kahwin Ketika PKP"

gempak
18/04/2022
10:43 MYT
Tak lambat lagi nak wish selamat pengantin baru kan?