,
Highlights

“Rindu Juga Nak Bersiap Ke Ofis. Tapi Bekerja Dari Rumah Pun Seronok! — Wanita Ini Kongsi Apa Dibuatnya Selepas Ambil VSS. Jual Kuih, Jadi Dropship..

Afiza Kamarulzaman
17/10/2019
05:24 MYT
Kemelut ekonomi negara tidak hanya memberi kesan kepada negara tetapi juga buat rakyat secara individu. Banyak yang kita dengar sekarang ini, syarikat-syarikat gergasi terpaksa menawarkan Voluntary Separation Scheme (VSS) kepada staf mereka lantaran masalah kewangan syarikat yang tidak dapat dibendung lagi.
Salah seorang yang terkena tempias itu ialah seorang bekas Penolong Penerbit, Nor Shafina Ahmad (Fina), 37 yang sudah lebih lapan bulan tidak lagi ke ATM mencucuk gaji bulanan.
Hampir 12 tahun setia bersama syarikat lamanya, akhirnya pada Februari 2019, Fina terpaksa mengucapkan sayonara kepada kerjaya yang amat dicintainya itu. Walaupun sedih dan gusar, namun keputusan ini harus diterima dengan redha kerana dia percaya Allah sudah mengatur cantik perjalanan hidupnya. Pasti ada cahaya lain yang sedang menanti.

Bahagia menguruskan anak-anak Kredit foto: Shafina Ahmad

Kenapa Fina setuju untuk mengambil VSS?
Sebagai HR Staff, kelangsungan kerja kami bergantung pada kontrak yang diperbaharui setiap tahun. Sedari November tahun lepas, kami terdengar ura-ura tentang kemungkinan yang HR Staff tidak akan disambung kontark.
Walaupun tidak sahih lagi, namun keberangkalian itu besar atas beberapa faktor dalaman syarikat yang memberi isyarat ke arah itu. Saya sudah dapat membayangkan nasib kami nanti.
Jika tidak ambil tawaran VSS itu dan kemudiannya ditamatkan kontrak, jawabnya berhenti kosong sajalah. Jika saya ambil, sekurang-kurangnya ada sedikit wang back up untuk meneruskan hidup nanti.
Dan, setelah pihak syarikat mengumumkan tentang tawaran itu, saya berfikir berkali-kali, dan akhirnya klik juga tapi itu pun ada hari terakhir deadline.

Tempahan maruku gunting pada Raya yang lalu Kredit foto: Shafina Ahmad

Kenapa lewat membuat keputusan? Adakah tidak yakin?
Ini keputusan yang sangat besar dalam hidup saya dan keluarga juga. Pastinya, banyak perkara yang bermain di fikiran. Ya, saya akui paling saya takut adalah kehilangan punca pendapatan tetap.
Macam mana nak hidup kalau tiada duit dalam tangan. Saya ada buat solat istikharah dan ternampak bayangan pejabat dalam mimpi. Tak tahulah apa maksud sebenarnya?
Namun, setelah berbincang dengan suami dan mak, akhirnya saya tekad untuk ambil sahaja VSS itu. Alhamdulillah, suami sangat menyokong kerana dia lagi suka saya sendiri uruskan anak-anak. Anak-anak lagilah suka kerana tidak perlu lagi ke rumah pengasuh.
Tidak sayangkah meninggalkan kerjaya itu?
Sayang sangat. Memang menangis untuk mengambil keputusan ini. Namun, saya yakin akan kembali semula bekerja satu hari nanti. Insya-Allah, saya tunggu anak bongsu ini besar sedikit untuk kembali mencari peluang kerja tetap di luar sana.

Pakar membuat biskut Kredit foto: Shafina Ahmad

Apa yang berlaku pada hari pertama bangun pagi dan baru perasan yang Fina tidak perlu lagi ke tempat kerja?
Oh, sangat sedih! Hanya yang pernah mengalami saja tahu bagaimana rasanya? Hati meronta mahu bersiap juga ke pejabat. Hahaha... Ya lah, 12 tahun berulang ke tempat kerja, tiba-tiba hari ini bangun kamu tidak perlu lagi melakukannya.
Paling sadis, apabila terkenangkan tentang kepenatan belajar sampai dapat ijazah tapi akhirnya jadi begini. Namun, saya cuba kuatkan hati, fikir yang baik-baik bahawa ini takdir Allah yang sudah tertulis.
Saya akui, ada harinya saya menangis juga. Rindu kerja, rindu kawan-kawan.
Jadi, apa rutin sekarang? Tidak rasa sunyi?
Tiada satu hari pun tidak melakukan apa-apa. Sebagai suri rumah yang menguruskan empat anak berumur antara 10 ke satu tahun rutin harian memang sibuk. Kata orang, memang tiada masa rehat kalau di rumah, ada sahaja kerja nak diselesaikan.
Dari dapur bawa ke ruang tamu, kemudian ke bilik air, jenguk pula bilik anak-anak. Memang saya cuba sibukkan diri agar tidak teringatkan benda-benda lepas terutamanya memori bekerja itu. Nanti jiwa kacau pula. Hahaha...

Kredit foto: Shafina Ahmad

Bagaimana permulaan kehidupan tanpa gaji tetap?
Mula-mula tu struggle juga. Hati sentiasa bimbang kalau tiada duit di tangan. Suami memang ada beri elaun bulanan tetapi tidaklah sebanyak duit gaji kita dulu. Kalau dulu anytime nak shopping, boleh saja tetapi sekarang kena lebih berhati-hati.
Kemudian, saya mulakan perniagaan menjual biskut raya. Kebetulan pula, masa ambil VSS itu hampir ke bulan Ramadan dan Syawal. Jadi, memang saya all out buat biskut raya untuk cari duit belanja raya.
Sampai demam-demam menyiapkan tempahan orang. Dulu kalau sakit demam boleh ambil sijil cuti (MC) dan gaji masih jalan tetapi sekarang kalau sakit pun kena kuatkan badan untuk buat kerja. Tak ada tempahan, tak adalah duit.

Dropship produk kecantikan Kredit foto: Shafina Ahmad

Apa lagi yang Fina usahakan untuk menampung belanja bulanan?
Orang kata, kita ni kalau dah biasa pegang duit sendiri, pasti tak boleh duduk diam. Saya gunakan apa saja kepakaran yang saya ada. Kebetulan, Allah beri saya bakat memasak.
Jadi, saya banyak memgambil tempahan jual makanan seperti frozen foods, kuih-muih Melayu, popia nestum, popia salted eggs, maruku gunting, kek coklat dan cheesekut.
Ada sebahagiannya yang saya letak di kedai-kedai orang. Sebelum berhenti dulu pun, saya sudah persiapkan diri dengan menghadiri kelas perniagaan online. Saya juga jadi dropship untuk jenama kosmetik, Zawara.
Baru-baru ini, saya jadi personal shopper juga untuk kawan-kawan. Alhamdulillah, dapatlah juga menampung duit belanja harian dan lebihnya boleh dibuat shopping barang-barang yang kita teringin. Tak kacau duit suami.
Bagaimana uruskan masa antara menyiapkan produk, menghantar tempahan dan menjaga rumah?
Untungnya saya, suami cikgu. Jadi apabila suami balik dari kerja tengah hari, dia pula bantu uruskan anak-anak. Waktu petang, bolehlah saya pula menyiapkan kerja-kerja saya termasuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Cheesekut yang turut dijual anak-anaknya di sekolah Kredit foto: Shafina Ahmad

Jadi sekarang, ada terlintas rasa menyesal mengambil VSS dulu?
Macam mana nak cakap ya. Tidaklah menyesal cuma ada rasa terkilan sebab dengarnya ada staf seperti saya dulu yang disambung kontraknya seperti biasa. Inilah kadang-kadang, syaitan tu saja menghasut supaya hati kita tak keruan, kan?
Namun, lekas-lekas saya pujuk hati dan bersangka baik sahaja. Pilihan ini juga rezeki untuk saya. Setidak-tidaknya saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata, saya dapat ajar anak-anak dan pantau persekolahan mereka yang mana tidak dapat saya lakukan dengan baik ketika bekerja tetap dulu.
Apa nasihat Fina kepada mereka yang sedang atau bakal berdepan nasib yang sama dengan Fina?
Pandang ke depan. Bersangka baik dengan setiap percaturan Allah itu. Semangat harus kuat. Buat saja apa yang boleh dibuat asalkan halal. Jika masih mahu bekerja, boleh sahaja teruskan cari peluang di tempat lain, PERKESO pun boleh bantu.
Kalau mahu bekerja di rumah, kena ada disiplin sendiri. Cabang bisnes sekarang pun semakin banyak terutamanya secara online. Insya-Allah, rezeki Allah itu luas, seluas langitnya yang tiada sempadan.
Lagi satu, berhati-hati soal kewangan, duit VSS yang dapat itu simpan baik-baik, guna apabila perlu sahaja. Jangan boros. Saya doakan anda yang senasib saya akan terus maju jaya dan mampu menjana pendapatan yang lebih baik. Amin...

Diraikan di hari terakhir bekerja Kredit foto: Shafina Ahmad

Memori indah bersama rakan-rakan seperjuangan Kredit foto: Shafina Ahmad
Chocolate moist cake air tangannya Kredit foto: Shafina Ahmad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Unitar