,
Highlights

Resepi Steak CTDK, Senang Sangat! Guna 4 Bahan Je — Anda Patut Cuba!

Afiza Kamarulzaman
24/09/2019
05:45 MYT
Sebelum mengetahui resepinya, jom tengok dulu fakta menarik tentang daging Miyazaki ini. Sungguh, ia sangat sedap dan MAHAL! Namun, kalau kita tidak mampu untuk membelinya, tukar sajalah daging itu kepada bahagian yang lain ya.

Kredit foto: IG @ctdk

Fakta Menarik Tentang Daging Miyazaki

  • Daging Miyazaki ialah 100% daging lembu dari baka lembu Wagyu Jepun tulen. Ia dibiakkan dari koperasi Miyachiku. Nama baka lembu yang digunakan oleh Miyachiku ialah Kuroge Washu yang turut dikenali sebagai Japanese Black. Ia satu daripada empat Wagyu yang diternak hari ini, Kuroge adalah yang terbesar daripada empat baka lembu ini.​
  • Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima.
  • Ia terdiri daripada sel lemak dan otot. Menariknya, lembu-lembu ini akan diurut untuk menjadikan dagingnnya lebih lembut apabila dimakan.
  • Harga untuk gred A5 BMS 12 mencecah RM25,000 sekilogram
  • Harga untuk gred B antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram
  • Harga untuk gred C antara RM400 hingga RM800 sekilogram.
Bahan-bahan Untuk Steak Miyazaki CTDK
  • Daging Miyazaki
  • Butter berkualiti terbaik
  • Bawang putih
  • Rosemary
  • *Sayur-Sayuran (pilihan)
Kredit foto: IG @ctdk
Cara Membuatnya:
Amat mudah! Disebabkan daging ini sememangnya sudah enak, lembut dan juicy, ia tidak perlu dimasak beria-ia. Cara Tok Ti memasaknya adalah dengan memanaskan mentega di dalam kuali leper.
Kemudian masaklah daging itu bersama bawang putih yang banyak. Masukkan rosemary untuk aroma tambahan. Balik-balikkan seketika sahaja. Terpulang kepada tahap masak yang disukai.
Sebagai tambahan, gunakan minyak mentega yang sama tadi untuk memanggang seketika sayur-sayuran yang disukai seperti brokoli, lobak atau tomato. Curahkan lebihan minyak mentega tadi di atas daging semasa dihidangkan. Siap!
*Terima kasih Tok Ti atas perkongsian ini.

Kredit foto: IG @ctdk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bikin Teh Susu Campur Isi Ikan Keli, Resepi Aneh Bikin Netizen Kembang Tekak!

gempak
14/07/2024
11:55 MYT
Tular di media sosial seorang individu berkongsi resepi menghasilkan minuman teh susu yang dicampurkan dengan isi ikan keli.
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"

gempak
02/04/2024
12:55 MYT
Setelah meraih pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun karier dipersada muzik tanah air, orang ramai kini merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara. Mengulas lanjut perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap ge
Viral

Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang Kampung...”

gempak
11/02/2024
04:55 MYT
Datuk Siti ni sentiasa humble
Laman Utama

Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"

gempak
30/08/2023
01:55 MYT
Resepi sambal sotong cara Ira Kazar.