,
gaya hidup

Rendam Kaki Dengan Ais Dan Garam Bukit – Baik Untuk Kesihatan Dan Merawat Gangguan Makhluk Halus.

Huda Hussain
04/03/2021
09:22 MYT
Bagi atlit atau mereka yang melibatkan diri dalam sukan sedia maklum keberkesanan merendam seluruh tubuh didalam ais selepas penat berlatih atau tamat sesuatu perlawanan. Lebih daripada itu, selain ais garam bukit turut digunakan dalam bekas rendaman. Menurut perkongsian Sakura Pelangi Empire yang dimuat naik di Facebook, amalan ini terbukti bagi mengatasi masalah kesihatan.
Kredit Foto: Google
Dua hari dah amalkan rendam kaki dalam ais. Best jugak, memang banyak kebaikkannya. Untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, juga masalah sukar tidur malam. Badan rasa berat dan penat, cubalah.
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk-nyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu sebenarnya angin yang tidak elok.
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut seperti kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut.
Kredit Foto: Google
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus.
  • Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
  • Lenguh dan kebas pada kaki
  • Sakit mencucuk di kaki
Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda. Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki:
  • Surah Al_Fatihah tujuh kali
  • Surah Al_Ikhlas tujuh kali
  • Selawat tujuh kali
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam. Inshaa-Allah dengan izin Allah kaki dan badan akan berasa ringan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.