,
Hiburan

Potret SITI NURHALIZA Bakal Terpahat di Walk of Fame, Adelaide – Nak Tahu Gambar Mana Jadi Pilihan?

Afiza Kamarulzaman
23/12/2020
15:05 MYT
Siapa sangka, kehadiran Dato’Sri Siti Nurhaliza ke Adelaide tempoh hari yang bertujuan mengadakan konsert solo tidak berakhir di situ. Sinar dan auranya tidak pulang bersama apabila baru-baru ini beliau diberi penghargaan untuk potretnya diabadikan di Walk of Fame (WOF), Adelaide.
Beliau menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya menempatkan diri di khalayak personaliti ternama di situ. Tahniah InTrend ucapkan. Dan, penulis berkesempatan menghubungi Dato’ Sri Siti untuk mendapatkan komen beliau berkenaan pelawaan ini.
Kredit Foto: IG CTDK
Bagaimana perasaan Tok Ti apabila mendapat tahu perkhabaran ini?
Saya tidak pernah menyangka bahawa nama saya diabadikan di WOF di Adelaide kerana selama ini saya hanya melihat dan bergambar dengan WOF artis lain sewaktu berkesempatan ke Hollywood. Memang tidak pernah saya membayangkan penghargaan ini tetapi saya bersyukur kerana ini juga satu penghargaan buat industri muzik negara kita. Saya kira ia satu pencapaian untuk ulangtahun ke-25 saya di dalam industri pada tahun depan – 2021.
Bagaimana pemilihan dibuat?
Pihak penganjur di Adelaide memang ada menghubungi pengurusan sewaktu mencalonkan nama saya dan saya terpilih menerusi undian terbanyak Public Choice. Apabila saya mendapat undian tertinggi untuk diabadikan di WOF, pihak SNP dan juga peminat menunjukkan kepada saya pemberitahuan daripada penganjur menerusi Facebook mereka.
Setuju tak kalau saya katakan ini juga rezeki bakal anak yang lahir nanti?
Saya sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan-Nya. Ya, penghargaan WOF ini juga adalah rezeki anak yang bakal saya lahirkan. Mana tahu ada rezeki saya kembali ke Adelaide dan saya pasti hendak bergambar dengan WOF saya pula. Selain itu ini juga kerja keras para peminat saya di mana saja mereka berada, kerana mereka memberikan sokongan yang kuat sepanjang proses undian ini. Terima kasih kepada semua peminat-peminat saya dari dalam mahupun luar negara.
Agaknya gambar mana yang akan menjadi pilihan?
Saya difahamkan untuk WOF seperti di laluan atau di tapak, mereka memahatkan nama saya dan untuk gambar hitam putih pula, saya menggunakan gambar portfolio 2019 yang saya gunakan juga untuk poster konsert di Adelaide tahun lalu. Gambar yang diambil oleh Blackpepper Production.
Dan, inilah gambar yang dihantar pihak Siti kepada WOF. Kita lihat nanti yang mana jadi pilihan ya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.