,
Highlights

Petua Dapatkan Anak Dengan KURMA dan SUSU KAMBING – Perkongsian Daripada Ustaz Hanafiah Malek.

Afiza Kamarulzaman
30/10/2020
12:10 MYT
Dalam perkongsian Ustaz Hanafiah Malek melalui ceramahnya, beliau amat memahami perasaan pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Terdapat satu petua atau tips yang diceritakan oleh sahabatnya seorang ulamak di Yaman.
Kira-kira tiga tahun lepas, ada seorang kenalan berusia 53 tahun sudah lama berkahwin dan masing-masing suami isteri didapati mandul oleh doktor. Lalu, mereka mengamalkan petua ini, Subhanallah dengan kuasa Allah, isterinya berjaya melahirkan seorang anak. Inilah kuasa dan kehendak Tuhan, mengatasi segala pengetahuan manusia.
Kredit Foto: Google
Ini Petuanya:
Cari kurma yang liat dan kering sebanyak satu kilo. Kurma basah atau lembik tidak boleh. Kemudian, dapatkan juga seliter susu kambing, afdalnya yang segar. Suami dan isteri masing-masing kaup segenggam kurma (lebih kurang 15 ke 16 biji dalam satu kaup). Buang biji kurma itu dan kisar bersama susu kambing.
Susu itu diminum separuh oleh suami dan separuh lagi si isteri. Habiskan susu tersebut dalam satu hari dan cukuplah ia dibuat setahun sekali. Pada hari ke dua dan hari-hari seterusnya, amalkan pula makan tujuh biji kurma suami dan isteri. Jangan lupa, minum juga segelas susu kambing.
Amalkan amalan ini selama setahun. Namun, selalunya dalam tiga ke empat bulan, Insya Allah akan diberi khabar gembira. Semuanya dengan ketentuan dan izin Allah swt yang maha pemurah lagi penyayang.
Kredit Foto: Google
Kredit Foto: Google
Ustaz Hanafiah turut menyarankan bacaan surah Maryam ayat satu sehingga 12. Ada yang kata ayat satu hingga 10. Namun, setelah dikaji-kaji, lebih afdal dibaca daripada ayat satu hingga 12. Jadikan kisah Nabi Zakaria sebagai inspirasi, bagaimana dirinya yang sudah tua dan beristerikan wanita mandul, tetap dianugerahkan anak setelah memohon kepada Allah.
Ingatlah, ini cuma tips bukanlah anjuran nabi. Namun, tidak salah mencuba dengan niat dan doa yang baik. Apa pun boleh termakbul dengan kuasa Allah swt. Walaupun doktor kata seseorang itu mandul, namun makhluk tetap makhluk tidak mampu menandangi takdir Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”

gempak
06/11/2024
03:55 MYT
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa kecewanya itu pada satu hantaran di Instagram Story, pada Selasa.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar