,
Highlights

“Perlu Ada Timbang Rasa, Kasih Sayang. Paling Utama Tanggungjawab!” Pesan Chef Wan Jaga Emak Ayah Berusia.

Huda Hussain
07/10/2020
03:32 MYT
Penulis percaya, ramai yang kagum dengan keperibadian Dato' Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan dalam menjaga kebajikan ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan nama Che Ani. Lihat sahaja gelagat selamba dan spontannya bergurau mesra melayani ibunya di media sosial. Cukup menghiburkan. Walaupun berdepan dengan dementia dan terkini, ibunya disahkan menghidap kanser Chef Wan tetap akur dengan ketentuan takdir. Lebih daripada itu, dia bersyukur kerana masih diberikan ruang dan waktu untuk berbakti dan menjaga ibunya selagi usia masih bersisa.
Kredit Foto: IG Chef Wan
Pandangan orang, susah nak jaga orang tua terutamanya yang berpenyakit. Komen dan pengalaman Dato macam mana? Kongsikan. Untuk menjawab soalan ini, saya suka membawa dimensi penonton untuk melihat dari mana asal usul kita. Bagaimana latar belakang kita, cara kita dibesarkan dan sebagainya. Kita imbas semula dan ingat tentang pengorbanan mak ayah kita dahulu. Macam mana susahnya mereka menyediakan persiapan untuk menyambut kelahiran kita. Sama ada terhad, terkurang dan segalanya. Mereka tetap lakukan untuk kita.
Kemudian, kita perlu ingat pula bagaimana susahnya seorang ibu melalui saat mengandungkan kita selama sembilan bulan. Dengan sakitnya, muntahnya, tak larat itu dan ini. Tetapi dia tetap berjuang dan bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Sudah lahir, ingat kembali bagaimana susahnya kedua ibu bapa kita nak membesarkan kita. Segala makan, pakai dan pendidikan sedaya upaya mungkin mereka berikan kepada kita.
Jadi dalam situasi saya, pada ketika saya berusia 63 tahun Alhamdulillah emak masih bersama saya. Dan katalah pada saat-saat hujung usianya, emak saya tidak lagi kuat dan sihat seperti dulu. Mungkin kita ambil contoh usianya dalam lingkungan 70 hingga 80 tahun, lebih kurang 10 tahun saya menjaganya. Jadi mengapa tidak saya perlu berkorban? Pada saya ia bagaikan simple common sense tetapi natijahnya sebagai manusia masih ada lagi dalam kalangan kita yang bersifat mementingkan diri sendiri. Itu yang membuatkan saya tak faham kenapa ia berlaku.
Kredit Foto: IG Chef Wan
Saya sentiasa ada sikap timbang rasa, kasih sayang dan paling utama adalah sikap tanggungjawab. Dan dalam kes saya, kalau bukan kerana ibu bapa saya; maka tiadalah saya seperti hari ini. Tanpa mereka, takkan ada Chef Wan disini. Emak saya misalnya, walaupun hidupnya susah tiada duit, tetapi sentiasa ambil berat dan menjaga anak-anaknya. Dia tanam sayur, jual kuih sebutlah apa sahaja; semua emak buat demi anak-anak. Hinggakan ada masanya emak tak makan. Saya ingat lagi dan pernah tengok mak kadang-kadang tak makan pun. Semua yang ada diberinya anak-anak makan dulu. Kalau makan sekalipun cuma nasi dengan kicap aje. Jadi, bayangkanlah macam mana susahnya hidup dia dulu.
Itulah pengorbanan seorang ibu. Pada saya, sebagai manusia kalau dalam hati kita tiada sifat kasih sayang itulah yang susah. Hinggakan ada yang melebihkan sifat ego mereka sendiri. Kesudahannya jadilah mereka seorang yang sombong dan bongkak serta tiada sifat ambil peduli terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka. Dan seperkara lagi, manusia ini kalau dia tak berkehendakkan sesuatu itu, maka macam-macam alasan yang diberi. Tapi berbeza kalau kita seorang manusia yang bertanggungjawab, mempunyai hati yang besar; ombak setinggi mana sekalipun kita boleh harung. Macam emak saya, minggu lalu baru didiagnoskan menghidap kanser. Sudah tentu sebagai anak, saya berasa sedih tetapi saya sentiasa berada bersamanya. Selalu ada disisinya sampailah ke hujung nyawanya. Kerana apa? Kerana dia ibu saya.
Kredit Foto: IG Chef Wan
Bayangkan masa dia mengandungkan kita, macam-macam yang dia tempuh. Susah-payahnya, pahit getirnya nak membesarkan kita, beri kita pendidikan dan segala macam yang dia mampu. Takkanlah kita mahu pinggirkan mereka semasa usia tua mereka. Disebabkan itulah saya tak faham kenapa ada dalam kalangan kita yang sanggup berbuat pelbagai perkara yang kadang kalanya kita sendiri tidak tergamak melakukannya kepada kedua ibu bapa yang sudah tua.
Sedangkan adik-beradik pun ada diantaranya bertekak nak jaga emak ayah. Lihat saja dalam setandan pisang, tak semuanya elok, tak semuanya busuk. begitu jugalah manusia. Rambut mungkin sama hitam, tapi hati masing-masing kita takt ahu. Mungkin inilah antara manusia yang Allah sudah tunjukkan kepada kita di atas bumi. Dan kerana itulah juga Allah sediakan syurga itu seluas-luasnya bagi anak-anak yang menjaga, mengambil berat kedua ibu bapanya. Itu yang kita kena ingat.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Selain sabar dan kewangan yang stabil, apa lagi elemen atau kriteria yang perlu disiapkan untuk jaga kebajikan ibu ayah kita yang sudah berusia? Pada hemat saya, ia langsung tak mainkan peranan dalam hal ini. Kerana dalam zaman sekarang, hidup kita bukanlah susah yang teramat hinggakan papa kedana atau tiada makanan langsung untuk dimakan. Kita tengok sahaja cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dulu, filem Penarik Beca. Walau macam mana penat dia bawa beca seharian, pasti ada nasi bungkus yang dia bawa balik lalu diberikan kepada ibunya. Makan berkongsi hinggakan ibu dia nak makan pun takut dan diberinya semula kepada anaknya.
Kredit Foto: IG Chef Wan
Pada saya, emak ayah tak minta lebih daripada anak-anak. Saya sentiasa berpegang kepada sifat timbang rasa. Bila kita ada sifat timbang rasa dan tanggungjawab itu boleh bawa kita ke mana saja. Kalau tak cukup makan kita boleh minta bantuan, minta tolong orang sekeliling atau apa cara sekalipun. Paling tidakpun kita boleh berusaha dengan melakukan bermacam-macam kerja. Di restoran saya ini pun, kalau ada yang minta lebihan makanan untuk dimakan saya akan beri.
Pokok pangkalnya, kalau kita nak bela emak ayah bukannya sebab kita tiada duit, tiada harta dan sebagainya. Semuanya bermula dari dalam. Sifat kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran kita untuk menjaga mereka. Dan Allah akan tunjukkan jalan macam mana untuk dapatkan rezeki dan beri makan kepada emak ayah kita. Sesungguhnya, ia bukan alasan bagi kita untuk menjaga mereka.
Kredit Foto: IG Chef Wan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Merancang Nak Buka Restoran Dekat New York” - Akui Semakin Pulih, Chef Wan Sekarang Sibuk Berjalan

gempak
03/10/2024
21:55 MYT
Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan berkata dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya serta merancang untuk membuka cawangan restorannya di New York.
Hiburan

Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”

gempak
30/09/2024
02:55 MYT
Bagi Redzuawan atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, orang ramai terbuka untuk memberikan pandangan namun apa yang tidak boleh dinafikan oleh netizen adalah pengalamannya sebagai tukang masak selama 34 tahun.
Berita

KULinary Award Iktiraf Operator F&B Di Lapangan Terbang, Petit Cafe Chef Wan Dinobat Outlet Terbaik

gempak
27/09/2024
15:55 MYT
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata anugerah ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada operator F&B yang telah memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan mereka.
Hiburan

Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”

gempak
24/09/2024
09:55 MYT
Chef selebriti Datuk Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Hiburan

Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik

gempak
02/08/2024
21:55 MYT
Kongsi Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Unitar