,
Highlights

Pelajar IPT Terkandas – Ramai Individu Tampil Hulur Bantuan. Syukur, Rakyat Malaysia Ada Yang Prihatin

Huda Hussain
03/10/2020
02:47 MYT
Beberapa hari lalu media sosial dibanjiri keluhan dan rungutan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang terkandas susulan keputusan saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bahawa sesi pendaftaran secara bersemuka ditangguhkan. Ia mungkin diambil kerana sejak kebelakangan ini kes positif Covid-19 semakin menunjukkan trend menaik. Lantaran itu, ramai pihak yang kesal kerana katanya ketidakcekapan pihak pengurusan KPT mengundang 1001 masalah kepada para ibu bapa dan pelajar. Ada beberapa universiti yang masih menerima kehadiran pelajar walaupun sesi pembelajaran hanya diadakan secara dalam talian. Namun selebihnya terpulang kepada pelajar dan ibu bapa.
Sungguhpun demikian, berdasarkan tinjauan menerusi apa yang bertebaran di media sosial ada yang terpaksa menangguhkan rawatan berjadual untuk menghantar anak ke universiti. Dan lebih menyedihkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian kos penginapan sewa rumah yang telahpun dibayar lebih awal. Itu belum dikira mereka yang tinggal berjauhan dari universiti. Hinggakan terpaksa menanggung kos kerugian tiket kapal terbang. Allahu, sememangnya keputusan saat akhir ini menyusahkan semua pihak.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Kuasa Media Sosial
Lantaran itu, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan. Hanya berdasarkan muat naik di twitter, Instagram dan lain-lain mereka sudi membantu barisan siswa dan siswi kita yang terkandas. Tanpa mengira latar belakang, atas sikap keprihatinan dan rasa tanggungjawab serta sifat belas simpati pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada mereka.
Kredit Foto: IG IM Asyraf
Sekadar memetik beberapa posting yang tular di media sosial, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Ebit Lew antara tokoh agamawan yang awal menawarkan bantuan. Biarpun masing-masing mempunyai limitasi tertentu dalam memberikan apa yang terdaya, seharusnya sikap sebegini dicontohi dan dipuji serta menjadi ikutan. Benar, tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu khususnya dari sudut kewangan kerana sememangnya apabila berbicara mengenai soal ini, duit adalah faktor utama untuk didahulukan.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Berbekalkan apa yang ada, maka mereka ikhlaskan diri tampil ke hadapan dan menguar-uarkan bentuk bantuan kepada golongan siswa dan siswi yang terkandas. Syukur, nasib mereka sekurang-kurangnya terbela untuk sehari dua ini. Namun tidak dapat dipastikan sampai bila keadaan ini akan berlanjutan.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Ramai Tawarkan Bantuan
Sungguh, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang rata-ratanya ramai yang terjejas pendapatannya, tetapi masih ada juga segelintir daripada masyarakat kita yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi untuk membantu mereka yang memerlukan saat kecemasan tak terduga seperti ini. Menawarkan diri menyediakan tempat penginapan, memberi makanan adalah apa yang sebahagian daripada rakyat kita mampu sediakan. Syabas rakyat Malaysia! Walau susah dan senang, masih ada yang berhati mulia tampil membantu mengikut kemampuan masing-masing. Inilah contoh sikap yang sewajarnya dijadikan inspirasi dan ikutan ramai. Ini masanya adik-adik kita susah, masa kita sendiri belum tahu lagi.
Kredit Foto: Facebook Saje Share
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Unitar