,
Personaliti

PdPR - Ibu Bapa Jangan Stres Kalau Gagal. Ia Baru Bermula, Kemampuan Kita Berbeza, Teruskan Saja

Penulis Jemputan
29/01/2021
02:17 MYT
Sesiapa saja hari ini, sama ada anda ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta atau kerajaan, tetap melalui situasi yang mana perlu mengikut Frasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sama ada anda selebriti, pekerja swasta, kakitangan kerajaan atau pun peniaga, anak-anak anda melalui perkara sama iaitu perlukan bimbang anda di rumah bagi menjayakan norma baharu pendidikan inu supaya tidak ketinggalan jauh.
Sememangnya, bagi melaksanakan PdPR, buka satu usaha yang mudah dan memerlukan pengorbanan daripada segi masa, tenaga, kewangan dan perasaan stres.
Bagi golongan yang susah, antara halangan utama adalah memiliki telefon atau gajet peranti untuk melaksanakan PdPR supaya sesi pembelajaran anak berjalan lancar.
Manakala bagi golongan yang masih mampu dari segi kewangan, mereka pula mengalami masalah kesuntukan masa antara kerjaya dan fokus kepada anak-anak.
Namun, ini adalah situasi yang perlu kita lalui.Masing -masing ada cabaran dan kisah suka duka sepanjang PdPR berlangsung.
Di beberapa aplikasi sembang, rungutan ibu-bapa berkenaan masalah ini cukup ramai dan tidak kurang berkongsi pengalaman melihat rakan terdekat terpaksa ikat perut untuk membelikan anak komputer riba mahupun telefon untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Satu kisah amat menyentuh hati apabila seorang netizen berkongsi satu kisah yang cukup dekat dengannya. Kisah rakannya yang secara tiba-tiba menunjukkan jumlah wang sebanyak RM200 di hadapannya.
Wajahnya pula penuh harapan.
“Cukup tak wang ini untuk membeli sebiji telefon untuk anak aku belajar ,” katanya.
Sementara ada juga yang merungut memang tiada masa untuk fokus kepada anak disebabkan perlu bekerja.
Sememangnya di zaman penularan virus Covid- 19 ini, ini antara halangan dan masalah yang akan berterusan berlaku sebagai cabaran baharu untuk ibu-bapa.
Kredit foto: Google
PdPR Dapat Sokongan Insan Prihatin
Di saat ini juga, kita dapat lihat keprihatinan Pendakwah Bebas Terkenal, Ustaz Ebit Let, menawarkan bantuan jenis tablet kepada mereka yang memerlukan.
Begitu juga usaha pendakwah agama, Ustazah Asma ‘Harun untuk membantu menerusi program “ Mohon Bantuan Belajar” bagi menjejaki mereka yang benar-benar memerlukan yang diwar-warkan di Facebook.
Sungguh bertuah kita semua kerana sokongan pelbagai pihak ini menyumbang semangat bersatu padu antara sesama rakyat Malaysia.
Bagi guru pula, selain komited dengan pembelajaran norma baharu, PdPR, ada beberapa sekolah yang menunjukkan keprihatinan mereka kepada keperluan anak murid yang ketinggalan disebabkan tidak memiliki komputer riba, komputer ataupun perlu berkongsi satu telefon dengan adik beradik lain dengan beberapa cara.
Antara inisiatif dilakukan adalah merancang pembelajaran pelajar dengan membuat salinan fotostat setiap minggu. Ibu–bapa hanya perlu mengambil di pintu kawalan sekolah, mengembalikan ia semula minggu hadapan serta mengambil bahan ilmiah baharu.
Malah, ada juga guru-guru sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk tujuan fotostat, demi kelangsungan pendidikan anak bangsa.
Kredit foto: Google
Ibu bapa Perlu Sokong PdPR Supaya Anak Rasa Semangat
Bagaimanapun, dibimbangi ibu-bapa mula tidak dapat berfikir secara rasional, mula hidup dalam kesedihan dan bebanan serta tekanan kerana tidak dapat memenuhi keperluan anak dan meluangkan tumpuan serta masa secukupnya sejak PdPR bermula.
Buang jauh rasa sedih dan terkilan itu. Jadi ibu-bapa yang yang kreatif dalam mengisi pembelajaran dengan anak-anak.
Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jom kita lihat dan teliti pesanan pakar kaunseling ini bagi ibu bapa yang sedikit sebanyak sudah merasai tekanan dalam membantu anak menuju pendidikan fasa baharu ini. Apa kata Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada aspek psikologi.
1. Adakah situasi ini menampakkan ibu-bapa akan mengalami stres?
Stres memang tidak dinafikan kerana kita perlu berhadapan dengan situasi berbeza, Tanggungjawab berbeza serta keperluan dan kemampuan juga berbeza
Namun, di sebalik kekangan yang ada, kita masih bertanggungjawab untuk menyantuni segala urusan sebaik mungkin mengikut cara dan kaedah yang berbeza-beza.
2. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi perkara ini?
Antara yang perlu dilakukan dalam menguruskan dilema ini ialah:
  • Kenal pasti keperluan yang perlu dipersiapkan. Tidak semestinya perlu ada semua peralatan jika tidak mampu.
  • Aturkan jadual pembelajaran dan pengurusan anak-anak. Jika perlu bekerja di pejabat, maka pastikan anak- anak diberi tunjuk ajar bagaimana ingin memulakan pembelajaran secara online.
  • Jika tidak dapat meneruskan pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, maka ibu bapa boleh memaklumkan kepada pihak guru secara personal. Semestinya ada ruang diberikan kepada anak-anak yang ibu bapa bekerja untuk menyiapkan tugasan secara manual dan dikongsikan di menerusi WhatsApp atau Telegram.
Kredit foto: Google
3. Apakah tindakan wajar untuk dibuat pada masa ini?
Ambil tahu dan ambil berat kepada pembelajaran anak-anak meskipun sibuk dengan bertanya khabar mereka seriap hari.
Jika berkesempatan berada di rumah, maka aturkan jadual peribadi dan bijak urus masa untuk anak-anak. Cari solusi berbanding kritikan tidak membina.
4. Haruskah ibu-bapa dibebani rasa bersalah?
Ibu bapa tidak perlu rasa bersalah selagi punya kesedaran dan keinginan untuk menyokong pembelajaran anak-anak.
Masih banyak ruang dan kesempatan untuk mempermudahkan urusan. Cari jalan dan memaklumkan pihak guru adalah tindakan terbaik untuk mengatasi perasaan ini.
Dalam masa yang sama, cuba cari inisiatif lain secara perlahan-lahan untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan. Utamakan keperluan
5. Selain ibu-bapa, pihak manakah lagi boleh mengurangkan bebanan ibu-bapa dalam menangani perkara ini?
Stesen televisyen juga boleh memainakn peranan, Bagi mereka yang tiada kemudahan seperti komputer, TV Pendikan boleh membantu dalam pembelajaran mengikut jadual dan masa.
Kerajaan juga perlu sama-sama memainkan peranan ini. Jangan hanya memfokuskan kepada tanggungjawab ibu-bapa dan guru saja untuk mempersiapkan diri dan sentiasa bersedia,
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar