,
Highlights

Pakaian Renang Muslimah NIKE – Gadis Melayu Terpilih Sebagai Salah Seorang Model Iklan, Wow!

Afiza Kamarulzaman
13/12/2019
03:51 MYT
Koleksi pakaian renang ini akan menjengah pasaran Malaysia pada 1 Februari 2020 nanti. Inspirasi mencipta pakaian renang ini tercetus apabila melihat keterujaan atlet terhadap Nike Pro Hijab dan mendorong pereka Nike untuk terus berinovasi demi memnuhi keperluaan atlet daripada semua latar belakang, bentuk tubuh, kebolehan dan aspirasi.
Tawaran yang agak terhad terhadap pakaian sukan air – terutamanya pakaian yang sopan dan selesa juga menjadi faktor mengapa Nike mahu melancarkan koleksi ini. Malah, kebanyakan pakaian sukan air yang sedia ada di pasaran masih belum menetapi kriteria yang dimahukan kebanyakan wanita Muslim. Sebagai contoh, material yang tidak selesa, potongan yang tidak dapat bertahan lama pada kedudukannya dan keserapan fabrik yang tidak berkesan.
Menurut Martha Moore, Pengarah Kreatif Nike, VP, "Pada ketika kami terus memperluas visi kami untuk berinovasi, kami teruja untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana untuk melihat diri mereka dalam sukan dengan berfikir secara kreatif dan mereka bentuk secara inklusif. Pada kami, Nike Victory Swim Collection ini membuktikan keberkesanan inovasi Nike dalam meraikan wanita untuk menikmati sukan air dengan sempurna.”
Kredit Foto: Nike
Fabrik Yang Ringan dan Cepat Kering
Koleksi pakaian sukan air ini, diperbuat daripada fabrik bersulam, yang sangat ringan, mampu ‘bernafas’ dan cepat kering. Kadar UPF 40+ kepala-ke-kaki-kaki menawarkan faedah tambahan untuk yang melindungi pemakainya daripada selar matahari. Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Tide Swim Tunic Top mempunyai bra sukan yang dibuat dengan cawan berlubang.
Nike Leggings Swim Leggings menampilkan siluet yang sederhana namun membolehkan pemakaian yang selesa dan lasak tanpa geselan berlebihan. The Swim Hijab mempunyai mesh pocket bersepadu yang dapat menutupi rambut ketika berada di bawah pergerakan air secara tegap. Jadi, kamu tidak perlu risau dengan masalah rambut terkeluar saat air menganggu tudungmu.
Kredit Foto: Nike
Kredit Foto: Nike
Kredit Foto: Nike
Siapa Arinna Erin Wira?
Di sebalik berita tentang perlancaran pakaian renang Muslimah ini, yang lebih mengujakan kita rakyat Malaysia ialah apabila salah seorang model iklan yang dipilih itu ialah seorang wanita Melayu yang mempunyai darah Malaysia, Arinna Erin Wira. Mungkin namanya tidak segah model terkenal lainnya di Malaysia, namun ia punya personaliti unik yang membanggakan.
Arinna ialah pelajar yang menuntut di London yang baru sahaja memegang ijazah Master of Science in Business Intelligence and Social Media. Gadis manis ini turut menjadi model sambilan yang bernaung di bawah agensi syarikat di UK, Bame Models. Menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya, dia turut memberi pandangan peribadinya terhadap koleksi pakaian renang label antarabangsa ini;
Kredit Foto: Nike
Kredit Foto: Nike
“Saya suka berenang. Boleh saya katakan, berenang adalah my second nature kerana menerusinya saya nikmati ketenangan, lega dan gembira. Sebagai hijabi, ia tidak menghalang saya untuk melakukan apa yang saya suka. Ia sebahagian daripada diri saya yang amat saya syukuri, dan bukan sesuatu yang menghadkan perjalanan saya untuk melakukan perkara yang hebat. Kita semua tahu bukan senang untuk memilih pakaian renang yang sempurna yang dapat menutupi aurat, ini yang menyebabkan kita rasa tidak mahu melakukan aktiviti renang. Sedangkan dalam Islam menggalakkan umatNya hidup secara aktif dan sihat, termasuklah berenang. Seperti saya, tiada apa yang dapat menyekat saya untuk berenang. Saya sentiasa mahukan pakaian renang yang dapat berfungsi baik dan bukan hanya ala kadar. Never limit yourself, Just Do It.”
(Teks asal telah diedit oleh penulis)
Kredit Foto: IG Arinna.erin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sarung Swimsuit Seksi Di Terengganu, Leona Tarik Perhatian Netizen; "Dia Punya Pakaian Tu Kita Doa Je Lah Berubah Nanti"

gempak
25/08/2022
02:50 MYT
Leona mengenakan pakaian renang ketika bercuti di Terengganu
Laman Utama

Netizen Bongkar Harga 'Berdentum' Kasut Merah Nabil Ahmad Masa Hosting GV8 - "Patutlah Cantik Semacam"

gempak
10/01/2022
06:55 MYT
Fuh harga!
Laman Utama

Sniker Dipakai Michael Jordan Pada Tahun 1984 Dijual Dengan Harga RM6.2 Juta!

gempak
28/10/2021
14:46 MYT
Fuhhhhhh!
Laman Utama

Rapper Lil Nas X Jual Kasut Mengandungi Darah Manusia, Diberi Nama Kasut Syaitan

gempak
30/03/2021
14:50 MYT
kasut tersebut terjual sebanyak 666 pasang dalam masa kurang seminit
Laman Utama

Coolkan Sneaker Batik Zizi Kirana? Rupanya...

gempak
16/03/2021
08:48 MYT
Macam mana Nike Air Force 1 ada corak batik?