,
Highlights

Pakai BARANG KEMAS Boleh Bagi Aura Lain Macam, Atasi Stres – Tapi Jangan Terlebih Macam Mami Jarum!

Afiza Kamarulzaman
09/12/2019
01:39 MYT
Apabila bercakap soal perhiasan emas atau dalam bahasa kita dipanggil ‘barang kemas’, penulis tidak dapat melupakan arwah ibu yang memang suka pada barang kemas walaupun arwah tidaklah sekaya mana. Arwah ibu selalu pesan kepada anak-anaknya agar melabur kepada pembelian emas daripada membeli perhiasan lain yang tiada nilai di masa hadapan.
Penulis masih ingat, walaupun ibu bukan dalam golongan yang mampu tetapi dia tetap berusaha untuk menyediakan sekurang-kurangnya seutas rantai dan gelang emas untuk anak-anak perempuannya. Dan, setiap kali tiba Hari Raya, setiap anak perempuannya akan dipakaikan barang emas itu. Dan, akan dikutip semula sehari sebelum kami mula bersekolah.
Wanita dan barang perhiasan memang tidak boleh dipisahkan. Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu kelihatan indah. Dalam Islam sendiri tidak melarang, malah dalam beberapa hadis juga menggalakkan wanita untuk memakai barang emas.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Hukum Pemakaian Emas Menurut Islam
Daripada Aisyah ra., berkata:
“Aku mempersembahkan sebuah perhiasan kepada Rasulullah SAW yang dihadiahkan oleh seorang An-Najasyi (Raja Habasyah) kepada baginda. Dalam perhiasan itu terdapat cincin emas permata habsyi. Kemudian baginda mengambilnya dengan ranting yang dihulurkan atau dengan sebahagian jari-jarinya. Kemudian, beliau memanggil Umamah binti Abul ‘Ash, iaitu anak daripada Zainab (puteri Rasulullah). Lalu baginda bersabda, “Berhiaslah dengan ini wahai cucuku.” (HR, Abu Daud).
Maka, di sini jelaslah bahawa Islam tidak menyekat untuk seorang wanita berhias dengan perhiasan seperti emas. Namun, sesuatu yang harus diingat, emas itu mempunyai nilainya dan harus diukur kepada nilainya (jika banyak) untuk ditunaikan zakat ke atasnya, jika tidak ia boleh dikira haram.
Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis, daripada ‘Amr bin Syuaib;
Seorang wanita mendatangi Rasulullah SAW bersama dengan anak perempuannya. Dan pada pergelangan tangan anak perempuannya itu terdapat dua utas gelang emas yang tebal. Rasulullah berkata kepada wanita tersebut, “Sudahkah engkau memberikan zakat ke atas gelang ini?”
Wanita tersebut menjawab tidak. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apakah engkau senang jika Allah memakaikan gelang kepadamu dengan ke duanya pada hari kiamat dengan dua gelang dari api neraka?” Kemudian, wanita tersebut melepaskan gelang tersebut daripada tangan anaknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Dua gelang ini untuk Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i).
Kredit Foto: Google
Kebaikan Emas Dari Segi Kesihatan dan Kehidupan
  • Menstabilkan Suhu Badan – emas dikenal pasti dapat menyeimbangkan suhu badan seseorang. Contohnya, wanita menopaus yang selalu berdepan dengan masalah kepanasan badan akan dapat menurunkannya dengan memakai emas.
  • Merawat Kesakitan dan Luka – emas digunakan sejak zaman Rasulullah lagi untuk merawat luka dan keaskitan. Telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dalam satu riwayat bahawa hidung 'Arfaja bin As'ad telah dipotong pada hari peperangan al-Kulab, beliau telah menggunakan kertas untuk menutup ruang yang cedera itu. Namun, bahagian itu telah menjadi busuk. Lalu, Rasulullah S.A.W mengarahkannya untuk menggunakan emas sebagai menutupi ruang hidung tersebut.
  • Memberi Tenaga Positif – perhiasan emas dapat menyalurkan tenaga positif yang secara tidak langsung mengatasi masalah dalam badan dan minda. Tenaga positif ini membawa getaran hangat, menenangkan yang meredakan saluran darah tubuh dan meningkatkan pengedaran oksigen ke sel-sel. Ini, seterusnya, meningkatkan tahap tenaga dan badan akan bertindak balas dengan lebih baik.
  • Meningkatkan Deria Fokus – dengan meningkatkan aliran oksigen melalui badan, emas membantu setiap bahagian tubuh melaksanakan fungsinya secara optimum dan kamu akan mendapati lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu tugas itu. Peredaran darah yang baik adalah aspek penting dalam mencegah penyakit.
Kredit Foto: Google
  • Mencegah Simptom Artritis memakai emas 24 karat pada kulit membawa kesan yang menenangkan dan mengurangkan gejala yang tidak diingini yang berkaitan dengan Arthritis. Para penyelidik telah menjalankan penyelidikan dan hasilnya positif. Pusat Maklumat Kebangsaan Bioteknologi (NCBI) mengatakan bahawa bentuk rawatan ini telah wujud selama beberapa waktu dan menggalakkan penyelidikan lanjut, sambil mencadangkan ia sebagai penyelesaian yang baik pesakit Artritis.
  • Kurangkan Stres dan Keresahan - dengan memakai emas ia membuat kamu berasa lebih yakin dan gembira setiap kali melihatnya berada di tubuh. Kilauan emas itu sendiri dapat memberi keceriaan dan membantu kamu untuk jadi lebih bersemangat. Apatah lagi jika emas itu dibeli daripada hasil titik peluh sendiri atau diberi oleh yang tersayang tentu sahaja ia menyuntikkan memori yang baik untuk hari itu.
  • Rawatan Kulit – emas sudah dijadikan bahan merawat kulit sejak zaman Cleopatra lagi. Ia dipercayai dapat menyelesaikan masalah anti-penuaan dan digunakan juga sebagai sihir. Ia lambang kecantikan Ratu. Emas turut digunakan ketika zaman Rom di mana salmon emas digunakan untuk merawat jangkitan kulit. Dan hari ini, kebanyakan ahli dermatologi percaya bahawa emas mempunyai kuasa penyembuhan kulit yang luar biasa.
Kredit Foto: Google
  • Meningkatkan Sistem Imun – cuba lihat adakah orang di sekeliling kamu yang suka memakai emas situ jarang-jarang sakit? Sama ada secara kebetulan atau memang itulah kesannya?
  • Menyembuhkan Saraf dan Sistem Endokrin - Beberapa sifat emas membantu menyembuhkan saraf serta sistem endokrin. Terdapat beberapa penyelidikan dari negara luar yang mengenal pasti bahan-bahan tertentu yang memberikan kekuatan penyembuhan seperti emas memang membantu, maka ramai orang terus menggunakan emas untuk merawat masalah sistem saraf dan endokrin mereka.
  • Rawatan Akupunktur - Akupunktur ialah salah satu amalan perubatan tertua di dunia. Pakar akupunktur menggunakan jarum emas untuk mengurangkan kesakitan dan melepaskan aliran tenaga di dalam badan. Pengamal rawatan alternatif di seluruh dunia menggunakan kristal berwarna emas yang mempunyai sifat penyembuhan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

gempak
02/09/2024
17:08 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Botswana Cuti Separuh Hari Rai Kemenangan Pingat Emas Sulung Hadiah Dari Letsile Tebogo

gempak
10/08/2024
12:30 MYT
Botswana mengisytiharkan cuti umum setengah hari untuk meraikan pingat emas Olimpik pertamanya berikutan kemenangan Letsile Tebogo dalam acara pecut 200m akhir lelaki dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Viral

Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024

gempak
07/08/2024
14:50 MYT
Anak perempuan mendiang pengasas Apple, Steve Jobs, Eve Jobs dilaporkan menjalin hubungan asmara dengan pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024.