,
gaya hidup

Nak Kurus Selepas Bersalin? Beri Masa Supaya Tubuh Bersedia, Amalkan Pemakanan Seimbang Dan Bersenam.

Huda Hussain
05/06/2021
13:14 MYT
Mendapatkan kembali bentuk tubuh langsing selepas melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi para ibu yang sudah punya anak sebelum ini. Amalan pemakanan sihat dan disiplin amat penting untuk membantu sekurang-kurangnya mencapai berat badan sebelum hamil. Itulah dilema yang selalu dialami wanita selepas pantang.
Tidak dinafikan rutin penyusuan badan amat membantu untuk para ibu mendapatkan berat badan ideal. Maklum sajalah, untuk bersenam sekurang-kurangnya memerlukan tempoh beberapa bulan bagi memastikan kondisi tubuh benar-benar berada pada tahap terbaik. Dan berikut adalah saranan pakar kecergasan Kevin Zahri yang penulis cerap daripada perkongsiannya bertajuk Panduan Langsing Selepas Bersalin.
Kredit Foto: IG CTDK
Kurangkan Berat Badan Selepas Bersalin? Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.
Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu.
Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang terancang.
Kredit Foto: Google
Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung, berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.
Panduan Senaman Kegel Mulakan rutin senaman yang ringkas dan ringan. Senaman yang paling mudah dimulakan adalah yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tahukah anda bahawa anda boleh memulakan senaman kegel sehari selepas bersalin? Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.
Mula Dengan Berjalan Senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan. Ia boleh dilakukan bersama seisi keluarga dan juga bersama bayi anda sekali. Anda boleh berjalan di taman, di sekitar kawasan perumahan anda malah juga di pusat membeli belah! Bayi boleh digendong atau ditolak di dalam stroller. Ini akan menambahkan lagi intensiti senaman anda.
Kredit Foto: Google
Panduan Video Post Natal Sekiranya anda telah bersedia untuk pergi selangkah lagi dan mahu melakukan senaman secara terancang, anda boleh membeli video senaman yang boleh dibuat di rumah, menjadi ahli di gimnasium atau pusat kecergasan atau mencari pelatih peribadi yang mengkhusus dalam senaman postnatal. Anda juga boleh mengikuti kelas senaman regangan seperti yoga atau pilates dan senaman aerobik atau menari. Setidak-tidaknya, bersenam akan membantu menghilangkan stress dan seronok untuk dilakukan!
Terdapat pelbagai pilihan senaman untuk anda mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ianya bergantung kepada minat dan juga faktor seperti masa dan tempat yang sesuai bagi anda. Diingatkan juga, sekiranya anda mengalami sebarang komplikasi semasa mengandung dan bersalin, dapatkan pengesahan doktor dahulu sebelum anda memulakan apa-apa rejim senaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.