,
gaya hidup

Nak Ada Dalam Memori Anak Pada Masa Depan? Kita Perlu Berada Dalam Hidup Anak Pada Masa Sekarang.

Huda Hussain
16/11/2021
07:33 MYT
Waima sibuk macam mana sekalipun, luangkan masa untuk membawa anak-anak keluar. Walaupun sekadar ke taman permainan yang mungkin pada pandangan kita tiada apa-apapun. Tetapi bagi anak-anak keseronokan itu tiada tolok bandingnya. Kerana setiap perilaku dan apa yang kita lakukan bersama mereka akan mempengaruhi emosi dan perkembangan minda mereka.
Lihat senario ini: Lebih tengking daripada puji. Lebih pukul daripada peluk. Lebih marah daripada belai. Lebih rotan daripada cium.
Kredit Foto: Google
Dan impaknya: Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering. Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong. Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi. Anak dikata sibuk bekerja. Anak dikata lupa orang tua. Anak dikata pentingkan keluarga. Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah. Anak tumpahkan air, kita pukul. Anak pecahkan cawan, kita rotan. Anak menangis, kita herdik. Anak ajak main, kita leka. Anak ajak berbual, kita tak endah. Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Kredit Foto: Google
Kesudahannya: Anak makan sendiri terkial-kial. Anak main sendiri termangu-mangu. Anak tidur sendiri tersedu-sedu. Anak tak pandai, kita keji. Anak pandai, kita tak puji. Anak berjaya, kita tak hargai. Anak membesar dengan memori sepi.
Antara dosa-dosa besar ialah anak yang derhaka pada ibu bapa tidak boleh dijadikan status kebal ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Kredit Foto: Google
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa. Bila dewasa, hanya sisa hormat sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana hormat bukan kerana sayang kepada orang tua.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar. Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak. “Untuk berada dalam memori anak pada masa depan, kita perlu berada dalam hidup anak pada masa sekarang”.
Kekadang anak yang jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi...kerana dibesarkan walaupun tidak dibelai dan dimanja. Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata "Ibu bapa juga pernah derhaka kpd anak-anak jika didikan kpd ank2 salah dan tidak menepati ajaran Islam"
Sumber : Uswatun Hasanah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar