,
gaya hidup

Memalukan! Rakaman Video Papar Sebahagian Kawasan Laut Di Langkawi Dicemari Sampah. Hari Tu Sungai, Ni Laut Jadi ‘Mangsa’.

Huda Hussain
21/09/2021
07:57 MYT
Sejak hampir seminggu Pulau Langkawi menerima kehadiran pelancong tempatan, pelbagai versi cerita yang memenuhi media sosial. Bagi industri pelancongan dan perhotelan pastinya peluang ini seakan memberi nafas buat mereka dapat kembali beroperasi setelah hampir dua tahun lumpuh dek penangan PKP.
Begitu juga dengan peniaga kecil dan sederhana, pengusaha rumah inap dan ramai lagi menyambut usaha baik daripada pihak kerajaan ini. Masakan tidak, ini periuk nasi mereka. Dan sebagai tanda sokongan itu, inisiatif kerajaan menerusi projek rintis Gelembung Pelancongan.
Kredit Foto: Google
Memetik sumber BH Online, Pulau Langkawi di Kedah, yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini, mula menunjukkan kejayaan sejak ia dibuka pada Khamis lalu apabila merekodkan kedatangan 9,500 pelancong.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata setakat ini, tiada kes COVID-19 direkodkan dalam kalangan pelancong seperti dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo baru-baru ini.
Kredit Video: IG Oh My Netizen
Meskipun begitu apa yang mengecewakan adalah apabila melihat rakaman video ini yang menunjukkan sampah hanyut terapung diperairan laut di pulau tersebut. Video yang dirakam seorang pengguna media sosial ketika aktiviti berkayak memaparkan kawasan perairan laut dicemari dengan sampah seperti botol minuman plastik, cebisan dan sisa plastik yang lain. Jika beberapa minggu lalu ramai yang meluahkan rasa marah dan kecewa apabila melihat longgokan sampah berselerakan di kawasan riadah seperti sungai. Dan kali ini laut pula menjadi mangsa dek tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Entah bagaimana lagi mahu ingatkan orang ramai agar lebih peka dan prihatin mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan adalah kerjasama daripada semua pihak. Kalau sampah di tempat awam mungkin ada pekerja yang mengutipnya. Tapi kalau di laut seperti ini?
Sudahlah berseronok di tepian pantai bermandi-manda namun sampah dibuang begitu sahaja. Benarlah firman Allah dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kawasan peranginan, tempat tumpuan orang ramai bercuti merehatkan fikiran usahlah dikotori dengan sampah sarap sedemikian rupa. Kalau dah jadi macam ni, bagaimana hati nak tenang kan? Fikir-fikirkanlah. Ini adalah tanggungjawab bersama, maka gunakanlah akal yang waras untuk memeliharanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Hiburan

Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!

gempak
07/02/2024
13:55 MYT
Seramnya...
Viral

Tapau Satu Flight Ke Langkawi, Ini Cara Pengasas ChocoAlbab Rai Ejen! - "Setiap Tahun 4 Kali Raikan Dengan Bercuti"

gempak
06/02/2024
02:00 MYT
Said Saiful Fazli melihat kejayaan Khairul Aming jaga hati pelanggan, dia pula jaga hati ejen.
Berita

“Doakan Keadilan Untuk Arwah” - Adik Kepada Lelaki Maut Didakwa Diserang Anggota Polis Mahu Keadilan

gempak
05/02/2024
06:55 MYT
Seorang adik kepada mangsa yang meninggal dunia dan didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian lelaki tersebut
Viral

Langkawi Buat Hal Lagi! Kali Ni Ayam Goreng Kunyit Harga Kayangan, Netizen Komen - “Masakan Dari Syurga Kot!”

gempak
15/01/2024
12:55 MYT
Mahalnya!