,
Highlights

Mak Melaram, Anak Kepam? Errr, Memanglah Tak Perlu Dengar Apa Orang Kata Tapi Anak Pun Ada Air Muka.

Afiza Kamarulzaman
09/10/2020
12:42 MYT
Pepatah yang biasa kita dengar, ‘anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya’. Dan, jika mahu melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Sedari kecil anak-anak harus diberi panduan dan pengetahuan yang tepat untuk ‘mendewasakan’ akal mereka hari demi hari.
Ya, anak-anak berhak membuat pilihan mereka sendiri, namun mestilah dengan panduan yang benar daripada orang dewasa. Bukan memaksa, tetapi melentur. Inilah proses pembelajaran seorang kanak-kanak meniti usianya tahun demi tahun dan membesar dalam acuan yang tepat.
Seperti hal penjagaan dan ketrampilan diri. Ada orang menganggapnya sebagai perkara remeh, namun tahukah kamu di sinilah asas pembelajaran untuk anak-anak. Ia harus ditelaah dengan cara yang santai dan alami. Bukan perlu dihantar ke kelas atau membawa guru untuk mengajarnya kerana ia proses pembesaran natural untuk seorang anak dalam rutin hariannya.
Kredit Foto: Google
Anak Boleh Diberi Pilihan Tapi Dengan Pantauan
Ada anak-anak yang tidak perlu diajar, dia sendiri punya pendekatan yang baik tentang penjagaan dirinya. Belum lagi bab memilih pemakaian sehari-harinya. Pada waktu ini, kita dapat anak-anak sudah mula menunjukkan kecederungan dan ‘taste’ mereka. Tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggayakan ikut selera mereka, namun mestilah dengan pantauan ibu bapa juga.
Ada yang kata itu sebagai desakan? Tidak sama sekali. Tidak mungkin dengan hanya memberi ‘option’ kepada anak sebagai satu tekanan kepada mereka, lantas membantutkan proses kreativiti seorang anak kecil? Anak-anak juga harus disedarkan bahawa dalam kehidupan ini ada perkara yang boleh dan tidak.
Kita ambil contoh lain, anak-anak diberi kebebasan untuk memilih makanan yang dia mahu makan. Kita berikan dia senarai menu di sebuah restoran. Pastinya pilihan anak lebih kepada yang manis dan kurang berkhasiat seperti kentang goreng dan ais krim. Adakah kita akan turutkan saja permintaan anak itu?
Kita katakan kepada anak, “Sayang boleh makan kentang goreng dan ais krim tapi selepas makan nasi dahulu.” Nah, kita bukan menidakkan pilihannya tetapi kita ‘menambah baikkan’ pilihan yang dibuat tadi. Ingat, pengetahuan anak-anak belum cukup meluas dan mereka masih polos. Dalam apa jua tindakan, mereka masih perlu orang dewasa untuk membantu.
Kredit Foto: Google
Asuh Anak Kebiasaan Menjaga Ketrampilan Yang Tepat
Ada orang kata, ‘biarlah anak nak pakai apa saja yang disukainya, mereka kecil lagi, dah besar nanti tahulah mereka mana baik dan buruk’. Sedangkan, apa yang mereka pakai itu akan diketengahkan pula ke khalayak umum. Ya, orang kata lagi, ‘buat apa nak peduli apa orang kata?’ Sedangkan kita hidup bermasyarakat dan sentiasa berhubungan dengan manusia.
Kalau diri sendiri sudah tersiap elok dan rapi kenapa anak-anak dibiar memilih pada bukan tempatnya? Yang kemudian memalukan kita dan anak itu sendiri. Anak-anak mula diberi persepsi yang tidak elok. Ya, ada lagi yang kata, ‘itu pandangan orangn negatif’. Jadi, kalau sudah kita tahu kita mendedahkan mereka kepada khalayak yang negatif, mengapa kita sendiri awal-awal lagi sudah bersikap negatif dengan memberi peluang anak itu untuk ‘ditelah’?
Bersikap adil untuk masa depan anak-anak. Tidak salah untuk anak membuat pilihan akan apa yang mahu dipakainya, tetapi berikan mereka hujahan santai dan ringkas, mengapa ia boleh dan tidak? Kalau waktu malam, adakah kita mahu membenarkan anak memakai seluar pendek? Atau kalau ke majlis kahwin, adakah kita okey, anak hanya bersinglet?
Kebersihan dan ketrampilan diri adalah aspek penting yang harus dididik sedari anak-anak kecil lagi agar mereka tidak susah untuk menjadikannya kebiasaan apabila besar kelak. Tinggal lagi, ia mungkin memerlukan lebih usaha dan ‘letih’ apabila kita perlu ‘berceramah’ dan berdebat dengan anak kecil. Namun, janganlah dibiarkan anak itu terus ‘hanyut’ dengan kesilapan ketara.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Highlights

Para Ibu Ajar ANAK LELAKI Buat Kerja Rumah, Berdikari – Supaya Nanti Tak Menyusahkan Isteri Mereka!

gempak
13/05/2020
05:42 MYT
Tidak kira anak lelaki atau perempuan haruslah diberi pendidikan ‘kemahiran hidup’. Jangan hanya dipaksa belajar dan bermain, mereka mesti tahu cuci pinggan sendiri, kemas rumah, kemas katil juga memasak!