,
Personaliti

LINDA Muram di Program Rumah No. 107, Abangnya Baru Meninggal Bulan Lepas. “Terasa Dia Masih Ada di Sini.”

Afiza Kamarulzaman
20/08/2021
03:19 MYT
Linda Nanuwil pernah hilang seketika dari dunia seni selepas memenangi rancangan realiti Akademi Fantasia satu masa dulu. Menurut Linda kehilangannya itu kerana dia mengambil masa menenangkan diri selepas kematian Ayah pada tahun 2008, disusuli Ibu setahun kemudiannya.
Dan, selepas itu dia kembali. Ternyata ‘come back’ yang dilakukan kena pada masanya apabila kemunculannya kembali disambut baik oleh peminat yang past merinduinya.
Sewaktu dijemput sebagai tetamu virtual di program Rumah No.107, wajah Linda kelihatan agak sungul. Emosinya sedikit terganggu kerana menurut Linda, dia baru kehilangan abangnya bulan lepas. Kali terakhir bertemu abangnya adalah setahun lalu.
“Linda memang terkesan dengan pemergian Abang Linda kerana dialah tulang belakang Linda selama ini, apatah selepas ketiadaan Bapa dan Ibu Linda. Sehingga kini, Linda masih terasa dia ada di sini, sentiasa menunggu panggilannya...” ujar Linda sebak.
Apabila ditanya soal jodoh, jawab Linda, “Mungkin kedengarannya agak klise tapi itulah kenyataannya, jodoh saya belum sampai...”
Dalam rancangan tersebut juga, Linda sempat berkongsi saat dia mula terjebak dengan Akademi Fantasi dan bercerita bagaimana perasaanya apabial diundi masuk semula selepas tersingkir pada minggu ke lapan.
“Linda memasuki Akademi Fantasi waktu itu kerana mengisi masa lapang, sebab belum ada apa-apa yang nak buat. Ramai kata Linda bertuah apabila diundi masuk semula selepas tersingkir waktu itu tapi hakikat sebenarnya, Linda berasa agak ‘down’ apabila dipanggil masuk kerana kebanyakan best friend Linda di situ pun sudah terkeluar.
Masa diumumkan tersingkir, Linda berasa lega kerana memang tak sabar untuk keluar. Ya lah, duduk di situ beberapa bulan, memang stres. Kita pun sudah sampai ke kampung dan jumpa keluarga, tiba-tiba dihubungi untuk join semula, agak tertekan jugalah,” akui Linda jujur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Minta Jauh Laki Macam Ni, Cakap Lembut Tapi Sebenarnya Kaki Pukul!” – Drama Bukan Syurga Pilihan Baru Start Tapi Ramai Dah Sakit Hati

gempak
06/01/2023
03:30 MYT
Geramnya!
Laman Utama

Cinta Hilang Kata - Prolog | Bab 4

gempak
26/07/2022
09:10 MYT
Jom layan 4 jilid pertama novel "Cinta Hilang Kata" sekarang!
Laman Utama

Cinta Hilang Kata - Prolog | Bab 3

gempak
26/07/2022
09:05 MYT
Jom layan 4 jilid pertama novel "Cinta Hilang Kata" sekarang!
Laman Utama

Cinta Hilang Kata - Prolog | Bab 2

gempak
26/07/2022
09:01 MYT
Jom layan 4 jilid pertama novel "Cinta Hilang Kata" sekarang!
Laman Utama

Cinta Hilang Kata - Prolog | Bab 1

gempak
26/07/2022
08:55 MYT
Jom layan 4 jilid pertama novel "Cinta Hilang Kata" sekarang!