,
gaya hidup

Lengkap Dua Dos – Jangan Rasa Kebal, Salah Guna ‘Hak Istimewa’. Paling Penting, Jangan Jadi Ejen Penyebar!

Huda Hussain
23/08/2021
02:47 MYT
Syukur kerana usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok kian menampakkan hasil apabila peratusan rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksin kian meningkat saban hari. Berdasarkan statistik yang direkodkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga 21 Ogos 2021, data menunjukkan sejumlah 12.7 juta rakyat Malaysia atau 38.9% rakyat Malaysia telah lengkap dua dos vaksin.
Mengambil kira atas faktor ini juga kebanyakan sektor ekonomi mula dibuka sejak minggu lalu. Tetapi itu bukan helah untuk kita mengabaikan tanggungjawab sekali gus menyalahgunakan ‘hak istimewa’ yang diberi walau dimana berada.
Kredit Foto: Google
Memetik apa yang dinyatakan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi twitter beliau, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Tulis beliau:
Individu yang lengkap menerima dua dos vaksin diingatkan supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan kerajaan. Sekiranya kita leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai di negara ini akan disia-siakan.
Kredit Foto: Google
Jika rakyat tidak memanfaatkan kelonggaran yang diberikan, berkemungkinan negara ini akan menghadapi satu lagi ‘pertempuran’ dengan virus. Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada rakyat di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan Covid-19.
Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu. Bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap, perlu ada disiplin yagn tinggi untuk tidak menyalahgunakan hak istimewa yang diberikan.
Sekiranya anda disahkan positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif, pastikan menjalani pengasingan atau kuarantin dalam kadar segera supaya tidak mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan. Insha Allah kita berusaha dan tawakal. Allah SWT Maha Penyayang dan melindungi.
Kredit Foto: Google
Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini dalam komuniti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.