,
Highlights

Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Akan Habis, Ada Masa Kena Tutup Mata dan Rehatkan Diri. Esok Masih Ada.

Afiza Kamarulzaman
22/04/2020
14:09 MYT
Ada wanita memang tidak boleh tengok rumah tidak terurus. Ada wanita yang masanya di rumah dari pagi sampai ke malam dihabiskan dengan menyelesaikan kerja-kerja di rumah. Bangun pagi, siapkan sarapan. Kemudian kemas bilik. Cuci kain. Sidai kain. Kemas ruang tamu. Mop lantai. Tengah hari mula memasak. Kemas dapur. Hidang makan tengah hari. Kemas meja makan. Cuci pinggan mangkuk. Angkat kain.
Petang ke dapur semula siapkan hidangan petang. Kemas dapur semula. Lipat kain. Sapu laman. Cuci barang berhabuk. Masuk dapur semula untuk hidangan malam. Hidang makan malam. Kemas meja, cuci pinggan bersihkan dapur. Lipat kain. Masukkan kain dalam almari. Tepuk-tepuk bantal, cadar. Ini belum dimasukkan rutin penjagaan anak ya. Kalau diselitkan yang ada anak kecil, lagi pengsan!
Memang bagus kita menjadi suri rumah yang rajin dan mampu menguruskan hal rumah dengan baik. Namun, tidak semua mampu menjadi ‘super women’. Ada yang mungkin bertuah dikurniakan tenaga yang kuat dan minda positif. Walau bagaimanapun, bagi yang tidak terdaya, jangan dipaksa hanya kerana mahu menjaga pandangan mata dan tanggapan umum. Kita tidak perlu ikut apa orang buat kerana masing-masing punya saiz kasut berbeza.
Kredit Foto: Google
Utamakan Kerja Paling Penting
Cuba fikirkan apa pekerjaan paling penting yang sememangnya perlu dibuat secara harian? Contohnya memasak, ia memang wajib dilakukan setiap hari. Maka, utamakan kerja memasak ini sebagai tuntutan teratas. Andai hari itu kamu kurang sihat atau ada pekerjaan penting lain kena diuruskan, maka gugurkan kerja rumah lain yang boleh ditangguhkan atau jika tidak dibuat pun tidak menganggu kehidupanmu.
Sebagai contoh, mengemop lantai, jika semalam sudah dibuat, tidak perlulah dilakukan untuk hari ini. Melainkan memang lantai kamu jenis cepat berhabuk dan kamu pun punya anak kecil yang merangkak di atasnya. Begitu juga dengan membasuh baju. Boleh sahaja dikumpulna untuk dua kali sehari jika pakaian tidaklah sebanyak anak lima orang. Jadi, kamu boleh fokuskan hanya kerja memasak dan menyapu rumah sahaja untuk hari yang kamu tidak sihat itu.
Kredit Foto: Google
Seimbangkan Kerja Rumah dan Pejabat
Memang wujud orang yang tidak boleh tengok benda bersepah atau barangnya berhabuk. Namun, sekali lagi kita harus ukur kemampuan diri sejauh mana tenaga boleh dikerah. Ada orang dek mengikut rasa tidak boleh tengok itu, dia bertungkus-lumus setiap hari siang ke malam menjadi ‘buruh’ yang tidak berhenti-henti membuat kerja rumah sehinggakan energinya menumpul apabila berada di pejabat.
Bukankah ini menganggu pula fokus kamu di tempat kerja? Maka, ada kala badan keletihan dan mata mengantuk, mahu tak mahu, kamu curi-curi tidur di meja kerja atau surau. Ada kala, kerja tertangguh kerana kepenatan dan tidak bermaya sepanjang berada di pejabat. Tambahan pula, sisa energi itu mahu disimpan untuk malam nanti – menyambung kerja di rumah!
Tidak betul begitu. Kehidupan ini perlu ada keseimbangannya. Tidak boleh dilakukan secara berlebihan sehingga memudaratkan.
Kredit Foto: Google
Badan Bukan Mesin, Mesin Pun Boleh Rosak
Inilah yang selalu ditekankan oleh orang dulu-dulu juga. Wanita perlu tahu sayangkan badan, jangan ‘dibelasah’ sehingga ke tahap paling maksimum. Kerana itu, wanita ini disifatkan sebagai insan yang sangat lembut dan ‘lemah’. Lemah itu bukan bermaksud bodoh atau tidak reti melakukan apa-apa tetapi memang kita dilahirkan dengan kemampuan fizikal yang terhad walaupun mungkin minda dan hati kita cukup kuat dan tegap.
Jadi, pandai-pandailah membahagikan masa dan kerja sebaik mungkin. Untuk menjadi sempurna tidak semestinya perlu bekerja mengikut rutin tanpa sedikit pun ada penangguhan atau perubahan. Esok masih ada. Maka, jangan terburu-buru melakukan semuanya dalam satu waktu dan satu hari itu. Buat perlahahan-lahan tetapi dengan kualiti yang baik, maka kamu tidak perlu selalu mengulang pekerjaan itu lagi dan lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Hiburan

Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu

gempak
16/11/2024
14:55 MYT
Penyanyi Reza Artamevia  berdepan masalah apabila dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa menipu, menggelapkan duit dengan anggaran kerugian sekitar RM5 jut
Unitar