,
gaya hidup

Kenapa NASI Tak Elok Dipanaskan Berkali-Kali? Bukan Sebab Cara Panaskan Tu Tapi...

Afiza Kamarulzaman
04/03/2021
14:53 MYT
Tidak elok membazir makanan. Maka, kebanyakan kita akan menyimpan semula makanan yang tidak habis terutamanya nasi dan kemudian dipanaskan semula nasi sejuk itu untuk dimakan kali ke dua atau ke tiga.
Sebenarnya, nasi yang berisiko itu bukanlah disebabkan oleh cara pemanasan berkali-kali itu tetapi risiko keracunan makanan berpunca daripada cara penyimpanan sisa nasi itu sebelum ia dipanaskan.
Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini tetap dapat bertahan hidup walaupun setelah nasi masak. Ketika nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh membiak dan menghasilkan racun yang menjadi penyebab keracunan makanan.
Semakin lama nasi dibiarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan, semakin banyak racun dihasilkan oleh bakteria tersebut sehingga kemungkinan besar nasi sudah tidak lagi selamat untuk diambil.
Meskipun dipanaskan berkali-kali, bakteria dalam nasi tersebut tidak akan mati kerana keadaannya memang cukup kuat untuk bertahan dalam proses memasak bersuhu tinggi.
Justeru, pilihan selamat adalah dengan tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana itu ertinya anda juga berulang kali membiarkan nasi sejuk pada suhu bilik sebelum dihangatkan kembali. Ini menyebabkan spora Bacillus Cereus semakin bertambah banyak.
Jika anda menjamah nasi yang mengandungi bakteri Bacillus Cereus, anda mungkin akan mengalami muntah-muntah atau cirit-birit sekitar satu ke lima jam selepas itu. Simptomnya hanya ringan dan biasanya berlangsung sekitar 24 jam.
Kredit Foto: Google
Tip menyimpan, memasak, dan memanaskan nasi (Dipetik dari website hellodoktor.com)
  • Idealnya, sajikan nasi panas-panas sejurus setelah dimasak dan segera dihabiskan. Jangan tinggalkan nasi sejuk pada suhu bilik dalam keadaan terbuka selama lebih daripada satu jam.
  • Namun jika kenyataannya terdapat nasi yang tersisa, segera sejukkan dengan membahagikannya dalam bekas makanan yang kecil, tutup rapat lalu simpan terus nasi yang masih panas tersebut ke dalam peti sejuk atau freezer. Lakukan ini sebaiknya dalam satu jam sejurus nasi dimasak.
  • Simpan nasi dalam peti sejuk selama tidak lebih daripada satu hari sehingga waktunya dipanaskan kembali.
Tips Memanaskan Baki Nasi
  • Dengan microwave
  • Letakan nasi dalam bekas terbuka yang boleh diletakkan dalam microwave. Tambahkan satu ke dua senduk makan air. Panaskan selama tiga ke empat minit dalam suhu 73º Celsius. Jika tidak yakin, gunakan termometer makanan. Sajikan segera.
  • Dengan menumis
  • Tumis nasi atas periuk yang sedikit berminyak dalam api sederhana. Nasi yang sudah sejuk biasanya bergumpal. Oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalannya terpisah. Pastikan suhu dalam nasi setidaknya 73º celcius. Sajikan segera sewaktu masih hangat.
  • Dengan mengukus
  • Isi alat kukus dengan separuh air. Tunggu hingga mendidih. Masukkan nasi baki yang sudah anda tempatkan dalam mangkuk stainless. Tutup kukusan dan panaskan nasi dengan menyeluruh, kacau sesekali. Sajikan segera sewaktu panas
Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

gempak
14/05/2024
07:30 MYT
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Laman Utama

“Beras 50kg Untuk Dua Minggu Pun Tak Cukup” - Rebecca Nur Al Islam

gempak
10/09/2023
01:55 MYT
Meriah keluarga Datin Rebecca.
Laman Utama

Penyanyi Kembar Aisha Hanim Tak Makan Nasi 4 Bulan Demi Pinggang Secekak! - "Kami Turun 13 Kg"

gempak
11/04/2023
14:55 MYT
Semak amalan diet Aisha Hanim.
Laman Utama

“Ibu Kutip Duit Syiling Atas Lantai Untuk Beli Nasi”- Isha Norsham Dedah Hidup Susah Dahulu

gempak
11/02/2022
07:43 MYT
Setiap orang pasti ada cerita tersendiri...
Laman Utama

“Pakai Tangan Yang Terbaik”- Ozlynn Tak Kisah Suap Anak Di Restoran Mahal

gempak
04/02/2022
04:43 MYT
Seronok tengok Ozlynn suap anak pakai tangan