,
gaya hidup

Kawan Susah Senang Mana Nak Cari? Kalau Ada, Pegang Dia Erat-Erat, Hargai, Sekali Hilang Tak Mungkin BERGANTI

Afiza Kamarulzaman
28/06/2021
13:25 MYT
Zaman sekarang bukan mudah mencari kawan yang betul-betul namanya sahabat saat susah dan senang. Bersama di sisi saat kita memerlukan, sentiasa menghulur bahu dan tangan tanpa mengira masa dan waktu.
Kalau kamu milikinya, genggam dia erat-erat, jangan dilepaskan. Hargai dan jangan buat tidak peduli kerana kalau dia sudah pergi, sukar untuk dicari ganti. Dalam dunia sekarang yang orang semakin bersikap mementingkan diri, memang susah nak cari yang setia.
Jangan salah memilih kawan kerana selain pasangan dan keluarga, kawanlah individu yang memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. Salah pilih boleh membawa ke jalan binasa. Kawan yang baik umpama minyak wangi, jalan bersamanya kita juga berbau wangi.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Kekalkan Persahabatan Yang Murni?
  • Jangan ambil kesempatan atas kebaikan sahabat, dalam erti kata mudah jangan ada sikap ‘membuli’
  • Sama-sama ‘give and take’ jika mahu persahabatan itu berada dalam barakah
  • Saat orang menghinanya, jadilah ‘hero’ yang membangunkan kembali maruahnya
  • Tegur dan nasihat baik-baik setiap kali ada kesilapannya di mata kamu dengan
  • Jaga aib sahabat seperti menjaga keaiban sendiri
  • Jangan lari saat sahabat dalam keadaan sukar. Jika tidak mampu bantu, cukuplah menjadi telinga untuknya meluah dan bahu buatnya menangis
  • Hargai setiap yang dilakukan sahabat, jangan diambil mudah setiap kebaikan yang dilakukan
  • Jika ada sesuatu ketidak puasan hati, cakap depan-depan dengan penuh adab sambil menjaga hatinya
  • Jangan biarkan sahabat sendirian jika terlihat dia dalam kesedihan atau tekanan
  • Lahirkan perasaan gembiramu saat kawan beroleh kebahagiaan atau kejayaan
  • Sayangi dan raikan juga orang-orang yang sahabatmu sayang di sekelilingnya
  • Anggap sahabat seperti keluarga sendiri
  • Jangan kedekut dan berkira
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Hiburan

3 Tahun Tak Bertegur, Persahabatan Ajak & Shahrol Akhirnya Kembali Terjalin - “Tak Ada Orang Ketiga Yang Masuk Campur Untuk…”

gempak
28/08/2024
06:55 MYT
Setelah tiga tahun tidak bertegur sapa, akhirnya hubungan persahabatan pelawak Ajak dan Shahrol kembali terjalin ketika pertemuan mereka pada Hari Raya Aidiladha pada Jun lalu.
Berita

Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan

gempak
23/08/2024
03:31 MYT
Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Terengganu di Kampung Batin di Seberang Takir, Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang semalam.
Hiburan

Lyodra Rasa 'Annoying' Bila Netizen Selalu Bandingkan Dengan Mahalini & Tiara Andini - "Tak Ada Komen Lain Ke?"

gempak
13/08/2024
05:55 MYT
Juara Indonesia Idol X, Lyodra Ginting memberi respon apabila netizen cuba untuk membuat perbandingan antara dirinya dengan Mahalini dan Tiara Ardini.
Unitar