,
Highlights

Kalau Sayangkan ARWAH, Jangan Buat ROH Terseksa – Uruskan Wasiatnya, Buatlah Kebaikan Untuk Bekalnya di Sana.

Afiza Kamarulzaman
09/09/2020
04:18 MYT
Apabila seseorang yang kita sayang terutamanya daripada kalangan ahli keluarga kita, janganlah menunjukkan kesedihan dengan hanya menangis dan meratap kerana ia perbuatan sia-sia. Pepatah yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup perlul teruskan hidup bukanlah bermaksud kita perlu melupakan arwah terus.
Maksudnya di sini, waris yang masih hidup perlulah meneruskan apa-apa perkara berbangkit yang ditinggalkan arwah di dunia ini. Menangis sahaja tidak cukup untuk membantu arwah di sana kelak. Maka, fahamilah tugasan dan tanggungjawab untuk waris yang masih hidup ini membantu roh menyudahkan urusan dunianya yang belum selesai.
Kredit Foto: Google
Antara yang wajib ialah bersabit harta pusaka peninggalan arwah. Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
• Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja. • Menjelaskan hutang si mati:
► Hutang kepada Allah S.W.T seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar. ► Hutang kepada manusia.
• Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Sebab-sebab menerima pusaka: • Perkahwinan • Keturunan • Pembebasan hamba
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut:
• Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja. • Menjelaskan hutang si mati:
► Hutang kepada Allah S.W.T seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar. ► Hutang kepada manusia.
• Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Kredit Foto: Google
Amalan Waris di Dunia Untuk Roh di Sana:
  • Perbanyakkan doa dan mohon keampunan untuk arwah
  • Panjangkan silaturahim yang ditinggalkan
  • Jaga persaudaraan dengan orang-orang yang dikasihi arwah
  • Sedekahlah atas nama arwah
  • Tunaikan nazar atau janjinya yang diketahui yang tidak sempat dilunaskan arwah
  • Teruskan beramal dengan ilmu yang ditinggalkan
  • Teruskan kebaikan atau amalan baik yang pernah dilakukan arwah dulu
  • Sentiasalah bercakap yang baik-baik saja tentang arwah dan jangan diungkit keburukannya
  • Jangan buat kemungkaran atau penindasan dengan harta peninggalan arwah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Viral

Ucap Terima Kasih, Ibu Nidza Afham Akui Pertolongan Kekasih Arwah Jadi Faktor Utama Penemuan Anak

gempak
19/08/2024
08:25 MYT
Ibu kepada Allahyarham, Nidza Afham, mengucapkan terima kasih kepada kekasih anaknya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah.
Viral

"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

gempak
12/08/2024
21:51 MYT
Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.
Viral

"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

gempak
25/07/2024
04:25 MYT
Ibu kepada mangsa buli, Zulfarhan mengakui dirinya berasa tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh.
Viral

Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

gempak
21/07/2024
03:25 MYT
Susulan spekulasi dan pandangan yang dikeluarkan oleh ramai pihak berkaitan kes pembunuhan Farah Kartini, penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari meminta supaya perbuatan tersebut dihentikan.