,
Kecantikan

Kalau Macam Ni Barulah Betul AWET MUDA, Dah Usia 50 an Pun Wajah Masih Cekang, Tubuh Langsing, Energetik!

Afiza Kamarulzaman
09/12/2021
04:25 MYT
Semua wanita pasti mendambakan kecantikan abadi, walau tak boleh dibawa sampai hujung usia. Namun, semua kita mahu kekal cantik dan diteka umur lebih muda daripada usia sebenar. Dalam erti kata muda, semua wanita ingin kelihatan awet muda!
Selebriti sering menjadi ‘rujukan’ dan inspirasi kebanyakan wanita yang mahu tampil cantik, sihat bertenaga walau sudah semakin dimamah usia. Kenapa selebriti? Kerana memang tugasan mereka antara lain menjaga kecantikan diri sebagai aset penting mereka di tengah khalayak.
Kenapa tidak semua wanita di luar sana menganggap diri juga seperti selebriti yang wajar menjaga kecantikan dan penampilan diri? Apa bezanya kita dan mereka? Mungkin ada yang kata mereka berduit. Hey, ramai saja wanita kaya yang bukan selebriti tidak mampu mengekalkan kecantikan mereka.
Kata kunci penjagaan kecantikan dan penampilan adalah disiplin. Lihat bagaimana nenek moyang kita dulu menjaga kesihatan mereka? Walau tidak dibantu teknologi kosmetik canggih hari ini, mereka masih mampu kekal sihat menawan walau sudah di usia senja.
Kerajinan dan disiplin mereka berpuluh kali ganda berbanding wanita hari ini. Ada yang kata wanita dulu tak bekerja, duduk di rumah saja. Tapi lihat pula bagaimana mereka mengemudi kerja rumah dan anak-anak? Mereka tiada mesin basuh, dapur gas mahupun vakum.
Anak-anak mereka paling sikit lima, enam orang. Itu pun rapat-rapat usianya. Mereka tiada pembantu, tiada juga kereta membawa mereka ke sana sini. Bukankah kepayahan mereka menyudahkan urusan seharian jauh lebih dramatik berbanding wanita moden hari ini?
Jadi, bagaimana mereka masih punya waktu membelek diri? Amalan cara hiduplah jawapannya. Mereka makan yangn sihat-sihat. Boleh dikatakan sepanjang hari tubuh mereka dibasahi peluh, maka mereka sihat.
Bahan-bahan kosmetik mereka semua bersifat semula jadi, tiada tambahan bahan kimia. Produk penjagaan kulit semua dari dapur rumah. Mereka kreatif tanpa perlu mengeluarkan duit membeli produk sedia ada di pasaran.
Tips Asas Kalau Nak Awet Muda
  • Mulakan dengan gaya hidup. Kena ubah cara kamu menjalani kehidupan jika mahu sihat dan cantik sampai usia emas.
  • Bangun seawal pagi, selepas solat Subuh usah tidur kembali. Teruskan dengan aktiviti mengeluarkan peluh. Ambil sarapan ringan sahaja.
  • Banyakkan makanan daripada sumber semula jadi dan bukan makanan proses. Yang segar dan natural itu yang terbaik. Ulam-ulaman jadikan amalan harian!
  • Jangan tidur lewat malam. Cukupkan tidur mengikut keperluan tubuhmu sehingga kamu mampu bangu bangun esoknya dalam keadaan yangn segar dan tidak lelah.
  • Katakan tidak kepada rokok dan alkohol!
  • Jaga pemakanan, itu paling utama. Makanlah sekadarnya dan bukan sekenyang-kenyangnya. Kurangkan pengambilan gula dan garam, inilah antara faktor yang memamah usia remaja kita.
  • Banyakkan aktiviti mengeluarkan peluh. Jalani kehidupan aktif setiap hari. Jangan suka bermalas-malas.
  • Kurangkan bersolek. Banyakkan masa untuk kulit bernafas dengan liang porinya bebas daripada kosmetik.
  • Jangan suka berkerut, elakkan tidur mengasak wajah ke bantal atau lengan. Ini mendorong wajah lekas bergaris dan kurang keanjalan.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari dengan memakai tabir suria.
  • Lapangkan fikiran, kawal tekanan diri, banyak tersenyum, ketawa dan berfikiran positif. Usah suka syak wasangka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rupanya Macam Ni Petua Nak Hilangkan Bau Badan…

gempak
29/12/2023
07:55 MYT
Wow! Boleh cuba ni
Laman Utama

Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air Dengan Dua Bahan Ini!

gempak
06/10/2023
13:55 MYT
Siapa selalu tidur berdengkur?
Laman Utama

Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

gempak
07/09/2023
00:52 MYT
Macam-macam petua la ya...
Laman Utama

Rawat Migrain & Sakit Leher Salah Bantal Guna Ais! Ini Cara-Caranya

gempak
05/09/2023
07:55 MYT
Migrain pun boleh dirawat dengan ais.
Laman Utama

Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"

gempak
30/08/2023
01:55 MYT
Resepi sambal sotong cara Ira Kazar.