,
gaya hidup

JUMAAT PERTAMA 2021 – Mari Kita Doa Yang Baik-Baik, Moga Tuhan Sayang Kita Untuk Setiap 365 Hari Nanti.

Afiza Kamarulzaman
01/01/2021
00:32 MYT
Alhamdulillah, syukur kita masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun seterusnya. Ramai yang mengeluh, tahun sudah (2020) tidak meninggalkan begitu banyak memori manis. Apa lagi kejayaan dan kemenangan. Ya, dek pandemik yang melanda seantero dunia, banyak impian dan perancangan sebelum ini terbantut dan hancur.
Ada yang hilang punca pendapatan. Ada yang ditimpa masalah kesihatan. Ada suami isteri bercerai-berai. Tidak kurang juga tertunda projek dan agenda. Anak-anak tertangguh pendidikannya. Hubungan sesama insan-insan tersayang juga tersekat. Tidak banyak yang indah untuk 2020 itu.
Namun, adakah kamu sedar sesuatu? Dalam sesak dan sengsara, kita berjaya juga melalui hari-hari sepanjang 2020 itu sehingga selesai. Ya, walaupun sakit, namun kita sampai ke garis penamat. Kita tidak bunuh diri kerana kecewa. Kita tidak berhenti berdoa kerana berasakan gagal. Kita masih punya Allah untuk terus bergantung harap.
Pasang Azam Sederhana, Doa Yang Paling Tinggi
Jadi, untuk tahun 2021 yang akan dilalui nanti, tidak perlu kita sasarkan yang ‘besar-besar’. Cukuplah dengan dapat melalui kehidupan ini dengan tenang, gembira dan dijauhkan daripada ujian yang tidak mampu ditanggung kita. Tidak perlu doa untuk jadi kaya-raya, kalau dapat kecukupan rezeki tanpa perlu berhutang juga sudah memadai.
Mohonlah pada Tuhan ketetapan hati kepadanya, sentiasa ingat akhirat dan tidak terus membesarkan dunia semata. Apabila kita ingat akhirat, hati menjadi lebih aman kerana tidak terkejar dengan masalah dunia semata. Kita tahu dunia ini pentas sementara. Hanya akhirat kekal selamanya.
Ayuh, sama-sama kita pasangkan niat 2021 ini untuk jadi manusia yang sederhana dalam segala segi. Bukan bererti kita tidak boleh bercita-cita besar untuk mencapai kejayaan, namun pastikan kita mampu untuk kawal kekecewaan kita jika ditakdirkan ia tidak mampu dicapai. Senaraikanlah apa saja azam tapi dengan keyakinan hanya Allah yang mampu memakbulnya.
Kredit Foto: Google
Doa Mohon Kebaikan dalam Segala Hal yang Pernah Diminta Nabi
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ ALLAAHUMMA INNII AS-ALUKA Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ MINAL KHOIRI KULLIHI ‘AA-JILIHI WA AA-JILIHI Seluruh kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat)
مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ MAA ‘ALIMTU MINHU WA MAA LAM A’LAM Kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui
وَأَعُوْذُ بِكَ WA A’UUDZU BIKA Dan aku berlindung kepada-Mu
مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ MINASY-SYARRI KULLIHI ‘AA-JILIHI WA AA-JILIHI Dari segala keburukan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat)
مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ MAA ‘ALIMTU MINHU WA MAA LAM A’LAM Yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ ALLAAHUMMA INNII AS-ALUKA Ya Allah, aku meminta kepada-Mu
مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ MIN KHOIRI MAA SA-ALAKA ‘ABDUKA WA NABIYYUKA Kebaikan semua doa yang pernah diminta oleh hamba dan nabi-Mu
وَأَعُوْذُ بِكَ WA A’UUDU BIKA Dan aku berlindung kepada-Mu
مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ MIN SYARRI MAA ‘AADA BIHI ‘ABDUKA WA NABIYYUKA Dari keburukan yang hamba dan nabi-Mu pernah berlindung darinya
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ ALLAHUMMA INNII AS-ALUKAL JANNATA Ya Allah, aku memohon surga kepada-Mu
وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ WA MAA QORROBA ILAI-HAA MIN QOULIN AU ‘AMALIN Dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ WA A’UUDZU BIKA MINAN NAARI Aku berlindung kepada-Mu dari neraka
وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ WA MAA QORROBA ILAI-HAA MIN QOULIN AW ‘AMALIN Dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya
وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِيْ خَيْرًا WA AS-ALUKA AN TAJ’ALA KULLA QODHOO-IN QODHOI-TAHU LII KHOIRON Aku meminta segala sesuatu yang telah Engkau takdirkan untukku, hendaklah Engkau jadikan kebaikan bagiku
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu seluruh kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Dan aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu kebaikan semua doa yang pernah diminta oleh hamba dan nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan, yang hamba dan nabi-Mu pernah berlindung darinya. Ya Allah, aku memohon surga kepada-Mu dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku meminta segala sesuatu yang telah Engkau takdirkan untukku, hendaklah Engkau jadikan kebaikan bagiku.”
(HR. Ibnu Majah)
Rujukan: Umma.id.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Viral

Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

gempak
06/04/2024
03:20 MYT
Peristiwa ratusan jemaah di Dusun Panggang III, Giriharjo, Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia sudah melakukan solat sunat Aidilfitri sekaligus menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 masih menjadi perhatian.
Laman Utama

DUN Selangor Bubar Jumaat Ini

gempak
19/06/2023
04:20 MYT
Dun dibubar pada 23 Jun
Laman Utama

Jom Countdown Tahun Baru Dengan Travie McCoy 31 Disember Ini!

gempak
19/12/2022
10:50 MYT
Travie McCoy muncul dengan tour dan konsert sendiri.
Laman Utama

Jom Make Over Rumah Korang Sempena Tahun Baru! Semak Item Menarik Dengan Diskaun Hingga 79% Di Go Shop

gempak
05/12/2022
04:21 MYT
Banyaknya diskaun!