,
Highlights

Jangan Sedih Saat Kamu Jatuh – Ketika Seribu Orang Menjauhi, Tuhan Itu Sentiasa Ada Menunggu Doamu.

Afiza Kamarulzaman
10/01/2020
13:08 MYT
Hidup ini bagaikan wayang yang terus dirancakkan degan pelakonnya yang bernama manusia. Dalam wayang itu penuh dengan drama sedih dan gembira. Luka dan suka. Jatuh dan bangun. Berakhir dengan kesudahan bahagia atau derita. Hanya ‘sutradara’ itu yang tahu bagaimana plot perjalanan itu sehingga sampai ke kesudahannya. Sebagai manusia, kita hanya mampu meneruskan kehidupan ini dengan tekad dan keyakinan yang ada. Untung nasib tak siapa yang tahu
Adat dunia juga saat kita di atas, maka ramai yang akan datang mendekati. Ramai mengaku saudara, ramai mengaku kawan dan semua memuji kita yang terbaik. Sedihnya, saat ini juga kebanyakan kita akan menjadi lalai dengan ‘kesedapan’ dan nikmat yang Tuhan berikan itu. Kita terasa semua yang kita miliki ini hasil kerja keras kita sendiri sehinggakan kita lupa semua ini hanya pinjaman dan lebih hebat lagi ia hanyalah sebuah ujian yang Tuhan mahu turunkan untuk melihat sejauh mana sikap kita saat senang dan dikelilingi sanjungan orang.
Kredit Foto: Google
Tidak Kira Orang Politik, Artis, Orang Biasa
Dalam hal ini, tidak kira apa pun latar belakang kita, kita akan tetap berdepan dengan ujian sebegini. Diberi hamparan nikmat kesenangan dan berada di puncak dan tiba-tiba diuji dengan kegagalan dan kejatuhan yang amat berat untuk ditanggung. Maka, ramai kawan-kawan yang mengaku rapat dan setia tadi lari bergelimpangan. Saudara-mara yang selama ini mengaku sedarah daging juga tenggelam tak timbul-timbul. Tinggallah beberapa kerat yang sudi menjadi telinga mendengar luahan kita dan bahu untuk tumpang menangis. Itu pun pasti selama mana.
Namun, jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Kita tidak punya hak untuk meminta mereka setia kerana siapa yang suka untuk sama-sama susah dalam apa jua situasi yang sulit. Apa pun ceritanya, kekuatan itu harus dibangkitkan daripada diri kita sendiri. Jangan terus longlai dek rasa terkilan daripada mereka yang selama ini kamu percayai da harapkan. Sudah dikatakan berulang kali, hati manusia itu mudah saja berubahnya. Sedangkan kita punya Allah yang satu yang tidak pernah ‘muak’ atau memulaukan hambaNya selagi kita mahu kembali kepadaNya.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Melalui Saat Kejatuhan?
  • Mengadulah apa sahaja masalah dan dilema diri kepada Tuhanmu yang satu. Hanya Dia pendegar setia untuk menyambut setiap rintihanmu.
  • Setiap kali bangun pagi, ungkapkan rasa syukur yang kamu masih diberi nafas untuk hari baru. Paksa diri untuk bangun dengan rasa positif.
  • Lihat diri yang baru bangun pagi ke dalam cermin. Katakan di mana dirimu yang sebenar? Apa lagi kekurangan yang ingin kamu rungutkan?
  • Bergaullah dengan orang-orang yang punya fikiran dan aura positif. Jangan salah memilih tempat mengadu.
  • Jangan seret masalah yang ada ke dalam masalah lain. Jangan selesaikan dengan cara yang salah!
  • Bersangka baik dengan setiap kegagalan yang terjadi. Percayalah ada hikmah yang sedang menanti jika ia dilalui dengan baik.
  • Kurangkan rasa malas dan lesu dengan melakukan aktiviti yang sihat. Badan yang sihat akan menjana kepada minda dan pemikiran yang lebih baik.
  • Banyakkan membaca bahan bacaan yang positif dan bersifat motivasi.
  • Kenangkan kejayaan-kejayaan lampau yang boleh memberi rangsangan untuk kamu bangkit semula.
  • Tidak salah untuk bersendirian dan membawa diri tetapi jangan lama-lama. Menangis juga perlu tetapi jangan sampai meratap berpanjangan. Ia hanya merugikan masa sahaja.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sengsara BCL Selepas Kematian Ashraf Sinclair, 8 Bulan Berkurung, Depresi - "Setiap Hari Saya Menangis ..."

gempak
10/11/2022
23:24 MYT
Bunga Citra Lestari dedah cerita kehidupan selepas pemergian Ashraf Sinclair
gaya hidup

Berakhir Sudah 2021. Singkat, Padat dan Berat. Terima Kasih Untuk Segala Kenangan, Pengalaman Meniti Kehidupan.

gempak
31/12/2021
00:18 MYT
Walaupun pahit, perit tetaplah berlapang dada terima setiap ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya.
gaya hidup

Memang Ada Orang Hanya Bahagia di Media Sosial Tapi BIARLAH, Itu Cara Dia – Yang Kita Pula Tak Bahagia Tengok Dah Kenapa?

gempak
14/12/2021
02:29 MYT
Sama ada dia bahagia betul-betul atau tipu-tipu, itu hak dia. Bukan dia paksa kita like, komen dan share pun. Jangan kita pula yang tak bahagia tengok post dia.
gaya hidup

10 Tanda Kita Seorang Yang Toksik – Cuba Semak, ‘Kena’ Atau Tidak? Kalau Ada Tu, Perbaiki Okey.

gempak
27/10/2021
04:13 MYT
Ada yang kata muka saja cun, tapi mulut asyik nak melahar saja. Jari tu komen yang berbisa aje di media sosial.
Personaliti

Walau Kini Hidup Tanpa Sebelah Kaki, Alif Kental Teruskan Hidup – Ligat Berenang, Main Bola, Berbasikal

gempak
20/10/2021
02:05 MYT
Allah pinjamkan sebelah kakinya hanya untuk 17 tahun sebelum diambil semula. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya, malah bersyukur masih ada nikmat lain kekal bersamanya...