,
Highlights

Jaga MULUT dan PERANGAI! — Pendaki Ini Kongsi Pengalaman Adab Masuk Hutan. Jangan Lupa DIRI dan Berjaga-jaga…

Huda Hussain
14/10/2019
10:23 MYT
Kecintaannya dengan alam semula jadi cukup mendalam. Bagi Iqmal Fajri Abdul Muiz, selain mengagumi ciptaan Allah SWT; ia bagaikan terapi alami yang meluaskan dimensi pemikiran.
Walaupun sukar dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan, namun kepuasan mendaki itu melebihi segalanya. Jauh lebih tenang dan mendamaikan. Selami jiwanya menerusi perkongsian ini.
Boleh kongsikan bersama pembaca InTrend, sejak bila mula berjinak dengan aktiviti mendaki bukit dan gunung?
Sebenarnya sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Seingat saya bermula tingkatan tiga hingga lima memang suka dengan aktiviti berkhemah. Tapi dah lama tinggalkan. Cuma bermula tahun 2015 saya mulakan kembali dengan mendaki Gunung Kinabalu.
Sehinggalah sejak beberapa tahun ini saya sudah kembali aktif.
Kredit foto: Iqmal Muiz
Adakah ia bermula sekadar hobi atau bagaimana?
Saya memang minat dengan alam. Rasa sangat tenang apabila kembali kepada alam. Di situ kita boleh mengingati Allah dan berasa dekat padaNya.
Bermula dengan suka-suka dan ia memupuk minat yang tinggi untuk mencintai dam menikmati keindahan alam dan kejadian Allah yang agak sukar untuk nikmati di bandar.
Cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui?
Saya pernah terlibat dalam kemalangan serius beberapa tahun lalu dan mempunyai kecederaan lutut. Jadi antara cabaran yang paling utama adalah keadaan lutut saya yang kadang-kadang sukar untuk mendaki.
Tapi lama-kelamaan apabila sering mendaki sakit lutut itu seakan hilang. Cabaran dan halangan lain adalah berat badan saya yang agak berat. Tapi itu tak menjadi penghalang kepada saya. Dan saya berbangga kerana walaupun mempunyai berat badan yang tinggi, saya masih boleh mendaki secara ekstrem.
Kredit foto: Iqmal Muiz
Pengalaman mendaki yang tidak dapat dilupakan?
Selalunya apabila berpeluang sertai trip di luar negara. Sebab gunung luar negara lain dengan Malaysia. Pertama perlu bertarung dengan cuaca berlainan yang kebanyakannya lebih sejuk berbanding disini.
Kedua daripada segi pemandangan. Kalau hutan Malaysia kiri kanan penuh dengan hutan dan pokok-pokok tinggi. Di luar negara kita boleh nampak view yang cantik, yang tak pernah kita lihat disini.
Dalam pada mendaki, pernah atau tidak rasa ‘give up’ atau menyesal susahkan diri mendaki sedangkan ada saja cara mahupun pengangkutan lain yang jauh lebih mudah untuk sampai ke puncak?
Itu berlaku setiap kali mendaki. Semasa mendaki mesti akan terdetik dalam hati “Kenapa lah aku pilih untuk join trip ni. Kan lebih baik duduk rumah berehat ke tidur ke” dan sebagainya.
Rasa macam nak patah balik pun ada! Tapi apabila sampai di puncak, kepuasan itu sukar nak gambarkan. Lain perasaannya. Hilang segala penat dan lelah semasa mendaki. Kemudian, bila dah balik rasa rindu pula dan ternanti-nanti ke mana trip nak pergi lepas ini.
Kredit foto: Iqmal Muiz
Siapa yang banyak beri dorongan dan galakkan?
Rakan-rakan dan semestinya isteri saya sebab kami mempunyai minat yang sama. Maka setiap trip mesti pergi berdua dengan isteri. Dialah yang menjadi pendorong utama dan dia juga yang selalu push saya untuk selesaikan trip.
Antara puncak bukit atau gunung yang telah ditawan?
MALAYSIA
- Gunung Kinabalu
- Gunung Tok Nenek
- Gunung Korbu
- Gunung Nuang
- Gunung Ledang
- Gunung Ulu Semangkok
- Gunung Pulai
- Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL)
- Gunung Berembun dan Telapak Burok (Jelebu)
- Gunung Stong Baha
- Bukit Tabur
- Bukit Broga
- Lata Kedondong
- Lata Cermin
INDONESIA
- Gunung Rinjani
- Gunung Bromo
THAILAND
- Doi Tong Trail
KOREA
- Mount Hallasan Trail
Kredit foto: Iqmal Muiz
Jika ada yang berminat mahu cuba aktiviti mendaki, apa perkara asas yang perlu ada sebagai persiapan awal?
Mental yang kuat dan peralatan yang betul. Semuanya memainkan peranan. Peralatan yang tidak betul juga boleh mengakibatkan kecederaan.
Kepuasan yang dirasai saat berada di puncak, boleh gambarkan perasaan itu?
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perlu menikmatinya sendiri. Tapi apa yang pasti kepuasan itu memang tak dapat ditandingi dengan perkara lain.
Kredit foto: Iqmal Muiz
Pandangan anda mengenai kes pendaki hilang – Betulkah wujud orang bunian yang menyembunyikan, faktor fizikal seperti jalan pendakian yang mencabar, mudah sesat atau ada faktor lain? Komen?
Maaf saya kurang percaya dengan bunian dan lain-lain. Pada saya setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab yang munasabah. Dalam hutan macam-macam boleh jadi. Haiwan juga banyak yang kita tak tahu.
Kawasan tanah jerlus pun boleh jadi antara faktor. Cuma kalau takut terjadi apa-apa dalam hutan kita kena jaga tingkah laku. Kita berkongsi hutan dengan penghuni-penghuni tetapnya.
Jadi sikap setiap pendaki sememangnya memainkan peranan yang penting setiap kali di dalam hutan.
Kredit foto: Iqmal Muiz
Kredit foto: Iqmal Muiz
Kredit foto: Iqmal Muiz
Kredit foto: Iqmal Muiz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar