,
Highlights

“Insya Allah, Perlindungan 80% Jika PELAJAR Kekal Dengan Mask, Kerap Cuci Tangan Tapi...” – Dr. Zaqrul, Pakar Pediatrik.

Afiza Kamarulzaman
07/10/2020
13:27 MYT
Ibu bapa mana yang senang hatinya untuk melepaskan anak-anak ke sekolah terutamanya murid sekolah rendah dan tadika, dalam keadaan pandemik Covid-19 semakin mengganas di negara kita ini. Kenaikan kes baru sehingga ke tiga angka beberapa hari kebelakangan ini menjadikan rakyat semakin tidak senang duduk.
Bukan mahu bersikap paranoid atau ‘over acting’, tetapi inilah hakikat bahaya virus ini kerana sesungguhya tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Sebagai orang dewasa, mungkin lagkah SOP boleh lagi kita praktikkan seketat mungkin, namun untuk anak-anak yang belum matang akalnya, bagaimana untuk memastikan mereka benar-benar ‘tidak ingkar’?
InTrend mendapatkan ulasan ringkas daripada Pakar Pediatrik dari Mawar Medical Centre, Dr. Zaqrul Razmal yang menjadi antara doktor yang lantang dalam memperjuangkan perihal Covid-19 dari awal kemunculannya lagi. Dan, sebagai doktor yang sehari-hari mengadap kanak-kanak di hospitalnya, pastinya keselamatan golongan ini menjadi fokus utamanya.
Kredit Foto: Facebook Dr. Zaqrul Razmal
Sejauh Mana Keselamatan Anak-Anak ke Sekolah?
“Sebenarnya, anak-anak di sekolah selamat, janganlah risau. Yang penting anak-anak mestilah kekal memakai mask walaupun mungkin mereka sedikit gagal dalam mematuhi penjarakan sosial. Kita faham, dalam hal penjarakan sosial ini ada sedikit payahnya melihat kepada ruang kelas yang mungkin terhad.
Maklum sajalah satu kelas memuatkan puluhan murid. Agak sukar untuk dijarakkan antara satu sama lain dalam ruang yang jauh. Selagi anak-anak ini diingatkan untuk pakai mask dan kerap mencuci tangan, Insya Allah 80% perlindungan itu ada. Cuma, suka atau tak, pemantauan guru-guru dan orang dewasa terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa ada.
Mereka kena kerap ingatkan anak-anak ini untuk menjaga dua perkara ini. Yang membawa virus ni pun daripada orang dewasa, bukan mereka pun. Guru-guru atau mak ayah yang balik dari kerja, berkempen, bercuti dan sebagainya, kemudian menjangkiti anak di rumah dan sekolah.
Jadi, SOP inilah penyelamatnya. Kami sendiri di hospital ini, jarang mendapat anak-anak yang datang dengan penyakit batuk dan selsema kerana rata-rata mereka memakai mask. Apa pun, sama-samalah kita menjaga anak-anak ini, mereka senang saja mengikut kata kalau diingatkan selalu. Wallahualam.”
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Hiburan

Noreen Iman Seru Ibu Bapa Ambil Tahu Aktiviti Anak di Sekolah, Elak Kes Buli

gempak
31/10/2024
03:55 MYT
Noreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah,30, mahu tindakan itu diambil bagi mengelak anak-anak daripada terlibat dengan kes buli.
Hiburan

Jadi Mangsa Buli, Idan Aedan Pernah Ditendang Empat Pelajar Di Sekolah - “Mungkin Mereka Cemburu“

gempak
30/10/2024
08:55 MYT
Menurut Idan, kejadian itu dikatakan berpunca daripada segelintir pelajar lelaki yang cemburu dengan kebolehannya berbahasa Inggeris dan diminati ramai pelajar perempuan.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Unitar