,
gaya hidup

Iklan Merdeka – Berbekas Dihati, Pupuk Semangat Patriotik Dengan Cara Tersendiri. Inilah ‘Keluarga Malaysia’.

Huda Hussain
31/08/2021
08:48 MYT
Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan dahulunya, pasti ada dalam kalangan kita yang tidak sabar menanti iklan komersil di skrin televisyen. Tidak kiralah syarikat telekomunikasi, institusi perbankan mahupun syarikat gergasi lain sudah tentu sejumlah wang yang dilaburkan mereka punya misi yang sama. Iaitu mesej yang ingin disampaikan kepada segenap lapisan masyarakat dapat difahami dan dirasai.
Untuk menyalurkan dan memupuk kecintaaan terhadap negara, semangat patriotisme, perpaduan, keharmonian dan pelbagai nilai murni yang bersifat kenegeraan perlu ada jalan kreatif bagi menyampaikannya. Tidak terhad menerusi lagu, filem ataupun telemovie; bahkan pengaruh iklan yang kebanyakannya berdurasi kurang 10 minit mampu menambat hati penonton.
Dalam waktu yang singkat, jalan cerita yang menarik, mesej atau pengertian tersirat disebalik sesuatu iklan itu bisa menyentuh hati sesiapa yang menonton. Ada yang terjentik hatinya, sebak melihatnya dan tidak kurang geli hati dek kerana terhibur. Semua ini antara elemen penting mengapa sesetengah iklan komersil Merdeka khususnya berbekas dihati kita. Dan berikut antara yang paling diingati setiap masyarakat Malaysia:
1. Iklan Merdeka 2007 Petronas - Sampan
Kredit Video: YouTube
Sampan yang mulanya hanya ditukang 'asal boleh' saja tidak sangka akan dijadikan hadiah sebagai tanda persahabatan. Yang pada awalnya boleh dijadikan sumber pencarian dan menambah pendapatan tetapi dek kerana ditukang seakan tidak sepenuh hati, maka terkubur begitu sahaja.
2. Iklan Merdeka 2005 Petronas - Kasut Teristimewa
Kredit Video: YouTube
Sifat bantu-membantu antara satu sama lain amat penting untuk berjaya. Tetapi lebih penting lagi adalah keinginan yang tinggi tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Itulah kunci kejayaan yang disampaikan menerusi iklan ini.
3. Iklan Merdeka 2003 PETRONAS - Basikal Param
Kredit Video: YouTube
Ramai yang boleh relate dengan iklan ini. Kerana secara semula jadinya begitulah reaksi spontan kita khususnya di tempat awam pada permulaan iklan ini. Dan intipati sebuah persahabatan antara tiga kaum Melayu, Cina dan India menjadi tunjang kekuatan mesej yang sampai dihati penonton.
4. Iklan Merdeka 2015 Petronas – Akrab
Kredit Video: YouTube
Menceritakan persahabatan ismail, Chuan dan Arum yang masih erat biarpun masing-masing sudah berusia. Mengimbas kembali momen waktu mereka muda dan bagaimana dengan satu kiriman surat juga panggilan video menyatukan kembali persahabatan mereka.
5. Iklan Merdeka 1996-1997 Petronas – One Little Indian Boy
Kredit Video: YouTube
Berbaur perasaan ketika menonton iklan ini. Sayu, gembira, syukur dan bangga semuanya menyatu. Tentang pengorbanan seorang ayah yang membawa anaknya meraikan kemerdekaan cukup menyentuh hati. Mungkin itulah gambaran sebenar orang dahulu menyambut Hari Kebangsaan, amat berharga dan istimewa juga abadi dalam ingatan selamanya.
6. Iklan Merdeka Celcom & Axiata - Emma
Kredit Video: YouTube
Mengisahkan Emma seorang guru dari luar negara yang ditugaskan mendidik anak bangsa. Walaupun mengajar, dia juga belajar banyak perkara daripada anak muridnya. Tentang keunikan budaya setiap bangsa, keharmonian dan perpaduan yang terjalin walau berbeza anutan agama dan kaum di Malaya waktu itu.
7. Iklan Merdeka Petronas - Tan Hong Ming
Kredit Video: YouTube
Mana mungkin kita boleh lupa tentang kisah Tan Hong Ming dan Umi Kazrina. Pengakuan jujur, luhur hati dan budi membuatkan kita terlupa perbezaan kaum yang ada.
8. Iklan Merdeka Petronas 2010 - Kereta Buruk
Kredit Video: YouTube
Niat yang ikhlas dan murni untuk membantu akhirnya membawa kemenangan. Bukan kemegahan yang dicari tetapi bagaimana mereka mengajar kita untuk menghargai sifat kebersamaan dan susah senang bersama perlu ditanam dalam diri. Syafie Naswip macam awet muda je kan sampai sekarang? Hafeez Mikail pun not bad, betul-betul menjiwai watak ‘kerek poyo tu’ hahaha…
9. Iklan Merdeka RHB - Ketepikan Perbezaan Warna
Kredit Video: YouTube
Mengisahkan perbezaan warna kulit yang acap kali berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun pahit tetapi inilah realitinya. Sentimen perbezaan warna yang membuatkan kita tanpa sedar berpecah belah hinggalah berlaku sesuatu yang mengubah pendirian dan fahaman.
10. Iklan Merdeka Maybank
Kredit Video: YouTube
Agak jarang iklan komersil mempamerkan suku kaum di Sarawak. Dan iklan ini sedikit sebanyak membawa dimensi pemikiran kita mengenali serba sedikit adat resam budaya masyarakat Sarawak. Dan secara simboliknya masih ada dalam kalangan kita yang memelihara adat resam budaya walau tidak berada di tanah air seperti yang dipaparkan dalam iklan ini.
Konklusinya, biarpun berlainan jalan cerita, skrip dan pelakunya; matlamat dan misi kita tetap sama. Menjaga keharmonian, perpaduan dan penyatuan yang sudah lama terjalin hingga membawa erti kemerdekaan yang sebenar. Bukan sahaja untuk dipelihara tetapi difahami betapa sukarnya untuk mengekalkan apa yang kita ada. Setiap satunya menuntut pengorbanan dan kesefahaman juga sifat saling berganding bahu antara satu sama lain. Semoga amanah ini akan dapat diwarisi buat generasi akan datang. Salam Kemerdekaan ke-64 buat semua rakyat Malaysia. Ini tanah tumpah darah kita, Keluarga Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar