,
gaya hidup

Ibu Hamil Tolong Ambil VAKSIN, Vitamin D dan Duduk Rumah - Para Suami Jaga Bidadarimu

Afiza Kamarulzaman
11/08/2021
03:58 MYT
Lebih 60 ibu mengandung dilaporkan meninggal dunia disebabkan positif Covid-19 di negara kita setakat Julai yang lalu. Dan angka ini meningkat dari masa ke semasa.
Ia sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh dan semakin lantang diperkatakan apabila melibatkan kematian selebriti terkenal Siti Sarah pada hari Isnin yang lalu selepas empat hari bertarung nyawa di ICU selepas anaknya berjaya dikeluarkan.
Walaupun pada awalnya dulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan ibu mengandung untuk mengambil vaksin Covid-19, namun kini setelah melalui beberapa kajian ternyata vaksin ini selamat untuk diambil oleh golongan ibu hamil demi memberi perlindungan kepada mereka.
Memetik laporan di My Metro, menurut Pusat Kawalan and Pencegahan Penyakit (CDC), wanita hamil dan dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderung untuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita tidak hamil.
Selain itu, kecenderungan untuk mereka memerlukan penggunaan ventilator juga tinggi.
Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan JAMA Paediatrics juga mendapati, wanita yang dijangkiti Covid-19 lebih berisiko untuk meninggal dunia, melahirkan bayi pra-matang dan mengalami praeklampsia.
Terdapat beberapa artikel penyelidikan serupa yang mendorong pegawai kesihatan awam sedunia untuk mengesyorkan vaksin Covid-19 kepada wanita hamil bagi melindungi mereka dan bayi yang dikandung.
Meskipun sedar boleh terdedah kepada bahaya dijangkiti, ada sesetengah wanita hamil termasuklah mereka yang merancang untuk hamil yang berbelah-bahagi apabila berhadapan dengan persoalan mengenai keperluan untuk divaksin.
Mereka berasa ragu kerana tidak tahu sama ada vaksin akan mendatangkan sebarang kesan kepada tahap kesuburan, kehamilan dan juga kepada bayi.
Data semasa yang ada daripada vaksin mRNA mengenai vaksinasi Covid-19 kepada wanita hamil tidak menunjukkan sebarang isu keselamatan terhadap wanita yang sudah disuntik vaksin atau bayi mereka.
Vaksin mRNA Covid-19 yang ada di Malaysia ketika ini adalah vaksin Pfizer. Mengulas lanjut mengenai isu itu,Pengarah Perubatan IMU Healthcare (IMUH) yang juga Profesor Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan International Medical University (IMU), Profesor Dr Nazimah Idris berkata, sekiranya seseorang wanita dijangkiti ketika hamil, dia berkemungkinan akan mengalami jangkitan yang paling serius.
Kata Dr Nazimah, ada laporan menyatakan, jika ibu hamil dijangkiti Covid-19 ketika trimester ketiga kandungan risiko kematian adalah tinggi.
Untuk itu, Dr Nazimah mengesyorkan supaya wanita hamil mengambil suntikan vaksin ketika hamil, terutamanya jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
"Jika bukan berada dalam kategori berkenaan, maka seseorang wanita yang hamil mempunyai pilihan untuk menangguhkan pengambilan vaksin iaitu selepas melahirkan anak dan itu bergantung kepada keputusan serta perbincangan penilaian risiko bersama doktor," katanya kepada Harian Metro.
Kredit foto: BBC News
Siapkan Perisai Buat Ibu Hamil Pandemik
Menerusi sesi live yang diadakan InTrend bersama Dr. Zaqrul baru-baru ini juga, beliau tidak menghalang para ibu untuk hamil pada waktu pandemik ini kerana jangkaan situasi ini masih panjang dan mustahil untuk menunggu ia pupus sepenuhnya.
Para ibu dan suami boleh saja meneruskn hasrat untuk menimang cahayamata dalam masa terdekat ini tetapi buatlah persediaan sebagai langkah perlindungan. Kita tahu ajak maut di tangan Tuhan, namun menjadi kewajiban juga untuk kita mencegah sebagai ikhtiat.
Selain dinasihatkan para ibu untuk mengambil vaksin, ibu hamil juga digalakkan mengambil Vitamin D seawal yang boleh.
Kredit foto: Google
Manfaat vitamin D yang berguna pada masa kehamilan:
• Pada masa kehamilan, tubuh memerlukan vitamin D lebih banyak dari biasanya. Hal ini bertujuan agar tubuh dapat mempertahankan kalsium dan fosfor.
• Selain itu, vitamin D juga diperlukan untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi.
• Ia membantu tubuh untuk melawan infeksi dan membantu mencegah diabetes pada masa kehamilan.
• Beberapa penelitian juga menunjukkan bahwa peningkatan kadar vitamin D pada saat hamil dapat membantu pertumbuhan bayi termasuk tulang dan pertumbuhan insulinnya.
• Menerusi US National Library of Medicine National Institutes of Health, Dr Jennifer Tamblyn mengatakan bahawa vitamin D memiliki dua manfaat penting bagi plasenta iaitu meningkatkan pertumbuhan pembuluh darah dan meningkatkan fungsi sel kekebalan tubuh. Sedangkan, jika pada masa kehamilan tubuh memiliki kadar vitamin D yang rendah, hal ini akan meningkatkan risiko kelahiran bayi dengan berat rendah, bahkan 36% bayi di bawah usia 5 tahun mengalami stunting.
• Vitamin D juga menjaga fungsi kerja otot pada janin, membantu tubuh mengoptimalkan penyerapan Kalsium, mencegah penyakit kanser, mengelakkan bayi mengalami masalah pernafasan, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes pada masa kehamilan.
Para ibu amat disarankan untuk duduk di rumah dengan mengurangkan aktiviti harian di luar. Pada ketika inilah suami berperanan besar dalam memastikan kesihatan, keselesaan dan kecukupan isteri sepanjang kehamilan dan selepaskan bayi kelak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.