,
gaya hidup

Hari Pertama PKP, Datin Nina Sabrina Ajak Bantu Dan Sokong Peniaga Kecil. Moga Sentiasa Dimurahkan Rezeki Hendaknya.

Huda Hussain
01/06/2021
06:47 MYT
Berdasarkan pengalaman PKP1.0 dahulu sedikit sebanyak telah mengajar dan membuatkan kita lebih bersedia untuk sekali lagi melalui detik sukar ini. Tidak menunggu lama memikirkan nasib mereka yang terjejas, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri tampil dengan inisiatifnya tersendiri untuk membantu peniaga kecil yang terjejas susulan pengumuman PKP 3.0 berkuatkuasa hari ini hingga 14 Jun.
Kredit Foto: IG Nina Sabrina Ismail Sabri
Menerusi perkongsian di IG Story juga status yang sama di IG Feed, Datin Nina mengambil pendekatan untuk membantu mempromosikan perniagaan khususnya peniaga kecil, instashops, restoran bahkan sesiapa sahaja yang mahu berniaga di IG Story peribadinya. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mempunyai bisnes kecil-kecilan dan tidak mempunyai khidmat penghantaran makanan boleh daftarkan perniagaan seperti yang dinyatakan.
Kredit Foto: Google
Terbukti, dengan pengaruh dan ‘kekuatan’ yang ada di media sosial jika dimanfaatkan dengan cara yang betul pasti memberi pulangan yang jauh lebih lumayan berbanding dengan nilai wang ringgit. Bantulah dengan apa cara sekalipun selagi termampu dan terdaya mengikut keupayaan masing-masing. Moga inisiatif Datin Nina ini menjadi cetusan inspirasi buat lebih ramai individu berpengaruh di luar sana supaya tampil sama-sama membantu. Nescaya ada ganjaran lebih besar menanti buat kita dalam mendepani waktu sukar ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Personaliti

“I Don’t Make Enemies With Anyone, and I Don’t Make Friends With Everyone”. Faizal Tahir

gempak
16/12/2021
02:00 MYT
Menerusi satu perkongsian, selebriti yang aktif dengan kerja-kerja amal ini berkongsi buah fikirnya tentang beberapa perspektif kehidupan. Dan realitinya, itulah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.
gaya hidup

Aib ORANG LAIN, Tapi Sebenarnya Ujian Untuk KITA Juga. Ada Sebab Kenapa DIA Duga.

gempak
10/12/2021
02:00 MYT
Supaya kita belajar dan ambil iktibar. Jangan sibuk canang, sebar dan panjangkan kisah aib orang.
gaya hidup

Kalau Tak Mampu Berkata Yang Baik-Baik, DIAM Lagi Bagus. Bukan Bermakna Lemah. Tapi Lebih Matang, Bermaruah.

gempak
03/12/2021
14:11 MYT
Bergantung pada situasi. Ada kalanya diam itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Juga petanda
gaya hidup

Hidup Ni Tak Perlu Nak ‘Impress, Show Off’. Jalani Apa Yang Ada Sekadarnya, Semampunya. Tak Pening Kepala…Hiks

gempak
23/11/2021
10:49 MYT
Bukannya nak berlumba-lumba siapa lagi hebat, siapa lebih kaya dan semua yang bersifat material semata-mata.
gaya hidup

Ramai Yang Rebut Peluang Pergi Umrah. Bila Tengok, Mudahnya Rezeki Mereka. Moga Ada Kesempatan Buat Kita Juga Hendaknya.

gempak
22/11/2021
08:59 MYT
Kita ikhtiar dan usaha. Selebihnya bertawakal pada-Nya moga apa yang dihajati bisa dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.