,
Highlights

Elak BERHUTANG Dengan Keluarga, Bukan Apa Takut Jadi Ungkitan. Lebih Teruk Ada Yang Putus Silaturahim.

Afiza Kamarulzaman
21/07/2020
04:32 MYT
Rezeki dan ujian kepada seseorang itu berbeza. Ada orang yang disempitkan rezekinya atau berlaku sesuatu dugaan yang menyebabkan mereka kekurangan wang sehingga terpaksa meminjam. Walau bagaimanapun, hutang tetap hutang dan ia wajib diganti semula melainkan si peminjam menghalalkan.
Inilah tanggungjawab yang dituntut dalam agama bahawa kita perlu memulangkan hak seseorang itu setelah diberikan sebagai akad ‘pinjam’. Itu jelas. Namun, dalam beberapa situasi, tidak dinafikan ada kala rezeki untuk membayar semula itu belum ada. Siapa suka berhutang? Selagi tidak dibayar, pasti hidup tidak tenteram.
Dan, tidak semua beruntung mendapat pemberi pinjam yang baik hati, yang boleh sabar menangguhkan tempoh pembayaran. Atau lebih baik lagi jika hutang itu akhirnya dihalalkan dan dianggap sebagai sedekah. Apabila melibatkan wang ringgit, ramai antara kita yang berasa berat untuk melepaskannya walaupun dengan adik-beradik sendiri.
Kredit Foto: Google
Lumrah, Adik-Beradik Tempat Mengadu Masalah
Menjadi kelaziman, kaum keluarga dan adik-beradik selalunya menjadi tempat paling selalu dirujuk apabila berdepan dengan sebarang masalah terutamanya bab pinjaman wang. Bagi kebanyakan orang, adik-beradik lebih mudah dibawa berbincang dan mereka tahu adik-beradik mana yang dirasakan dalam keadaan mampu untuk membantu.
Jika dengan kawan-kawan pasti ada rasa segan dan berat untuk diperjelaskan tujuan peminjaman. Memang ada kawan-kawan yang sangat baik hatinya yang sudi membantu di kala susah. Namun, kata orang, jika adik-beradik sendiri yang mampu, kenapa tidak didulukan mereka ini untuk menolong? Di sinilah, manisnya hidup berkeluarga.
Kredit Foto: Google
Cuba Usaha Lain Untuk Elak Kes Ungkitan di Kemudian Hari
Walau namanya keluarga dan adik-beradik; yang pernah hidup bersama susah dan senang dalam satu rumah, namun apabila meningkat dewasa tidak semua sikap akan kekal sama. Apatah lagi masing-masing sudah berkeluarga. Cara pemikiran dan perasaan akan berubah mengikut pusingan waktu.
Tidak hairanlah apabila adik-beradik ada kalanya menjadi orang terakhir bagi seseorang untuk dirujuk jika berdepan dengan sebarang masalah kerana mereka lebih kenal kakak, abang atau adik mereka sendiri. Jadi, ada yang lebih rela meminta bantuan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Kenapa agaknya kita perlu elak meminjam dengan adik-beradik? Banyak isu yang akan bersangkut-paut apabila melibatkan adik-beradik. Daripada hal kebajikan ibu ayah, harta pusaka dan sebagainya. Di sini kita lihat, urusan dan hubungan itu tidak akan putus sampai bila-bila, walau sehingga di akhirat kelak.
Maka, kita tidak mahu ia menjadi rumit apabila timbul isu ketidak sepakatan dalam sesuatu keputusan dan kemudian hal pinjam-meminjam menjadi ungkitan. Ada orang yang sanggup memutuskan hubungan silaturahim apabila berlaku pertelingkahan antara pemberi dan penerima hutang. Lebih teruk lagi jika melibatkan adik-beradik yang tidak berkaitan.
Justeru, selagi ada daya elakkanlah membuat hutang dengan ahli keluarga sendiri demi memelihara hubungan yang baik sehingga akhir hayat. Kita tidak mahu sama-sama mendapat dosa. Mungkin kita berdepan sedikit kerugian jika meminjam dengan institusi perbankan atau kewangan, namun jika itu lebih baik, maka pergilah ke situ dan bukannya kepada adik-beradik sendiri.
Wallahualam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Viral

Dr Raihana Pernah Tanggung Hutang RM500,000, Gadai Barang Kemas & Hampir Muflis - "Saya Memang Hampa, Kecewa..."

gempak
14/08/2024
14:46 MYT
Nama Dr Raihana Ismail yang merupakan Pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty) tidak asing lagi terutama dalam kalangan pasangan suami isteri yang sedang berusaha menimang cahaya mata.
Drama

X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga

gempak
31/07/2024
13:55 MYT
Siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change berjaya memukau penonton dengan 'chemistry' setiap pelakon lebih-lebih lagi teraju utama yang memainkan peranan sebagai tiga beradik iaitu Arfie Shah (Khalif), Hariz Hamdan (Qabil) dan Sadiq M. Jamil (Capik).
Gaya Hidup

Pahala Rosak Jika Ungkit Pemberian

gempak
13/07/2024
02:55 MYT
Hati siapa tidak tergores jika hadiah diterimanya terus-menerus jadi bahan ungkitan si pengirim seolah-olah mereka tidak rela dan terpaksa memberi.