,
Read

EBBY YUS Bongkar Pernah Kawan GADIS MUDA Tapi Putus Sebab Asyik Minta Top Up! – Siapa Tak Nak Kahwin?

Afiza Kamarulzaman
22/01/2020
02:12 MYT
Baru-baru ini viral gambar bersanding antara Ebby Yus dan penyanyi Zizi Kirana. Entah di mana istimewanya gambar itu sehingga ia hangat diperkatakan sehingga menyebabkan Ebby terpaksa memadam gambar itu daripada akaun Instagramnya.
Gambar itu diambil oleh penaja pakaian pengantin tersebut untuk kenangan ketika mereka menggayakannya untuk satu penggambaran. Kemudian dimuatnaik oleh mereka dan terus viral dalam sekelip mata.
Ebby sendiri melahirkan rasa terkejutnya dengan penerimaan netizen terhadap sekeping gambar itu. Mungkin kerana selama ini Ebby tidak pernah berkahwin menyebabkan netizen begitu teruja dengan imej tersebut.
Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat abang Ebby Yus, manalah tahu ada daripada gambar suka-suka itu nanti, abang Ebby Yus ditakdirkan benar-benar naik pelamin satu hari nanti.
Isnin lalu, beliau muncul di program Currhat terbitan Astro Prima untuk membincangkan topik Gamophobia. Pelik bunyanya ya? Namun, secara ringkas ia membawa maksud orang yang takutkan pada komitmen perkahwinan.
Gamo itu membawa maksud kahwin dan phobia adalah ketakutan pada sesuatu perasaan atau situasi. Inilah yang menyebabkan kebanyakan lelaki atau wanita terus memegang status ‘single’ sehingga digelar bujang terlajak dan andalusia.
Adakah ia sesuatu yang perlu dirisaukan? Atau adakah ia hanya tanggapan sinis masyarakat dan budaya semata-mata?

Kredit foto: zizi_kirana

Ebby Yus Punya Keinginan Untuk Kahwin
Saat soalan tidakkah abang Ebby berasa sunyi tidak berkahwin ditujukan kepada beliau? Abang Ebby hanya tersenyum dan tenang, seperti sudah biasa meneruma pertanyaan seperti itu selama ini.
Jujurnya, kata abang Ebby, sebagai manusia normal, mustahil untuk tidak punya keinginan seperti itu. Namun, tambah beliau perkahwinan itu bukan kuasa kita untuk merealisasikannya.
Ia memerlukan persetujuan daripada dua pihak; lelaki dan perempuan. Jika terdapat kesulitan daripada salah satu pihak, ia pastinya sukar untuk meneruskan hajat di hati. Perkahwinan pula bukan untuk dihadap sehari dua, tetapi hingga ke akhir usia.
Bukan mudah untuk dua insan berlainan sifat dan sikap untuk duduk serumah nanti. Jadi, keputusan yang diambil perlulah tidak tersalah langkah.
Dan, jodoh dan perkahwinan ini juga kuasa daripada yang di atas sana. Kadang-kadang, kita sudah sampai ke penghujung persiapan, namun jika Tuhan itu katakan memag dia bukan jodoh kita, maka semuanya pasti tidak berjaya.
Itu hukum Tuhan yang kita tidak boleh lawan dan harus redha menerimanya. Kita manusia biasa yang tidak punya kuasa untuk menentukan ‘esok aku mahu kahwin!’.

Selalu Jumpa Wanita Muda Tapi Masalahnya..
Abang Ebby turut berkongsi cerita bahawa sebelum ini beliau selalu juga berjumpa dan berkawan dengan wanita-wanita muda. Memang ada niat di hati untuk berkahwin, bukan setakat kawan-kawan sahaja.
Masalahnya pula dengan gadis-gadis muda seperti itu agak ‘merengsekkan’. Menurut abang Ebby, “Kejap-kejap minta top up 10 ringgit, kejap-kejap call suruh tolong top up. Aduhai, boleh pening saya nak melayan. Hahahaha...” Ceritanya sambil disambut ketawa besar seisi studio.
Nasihat abag Ebby lagi, seharusnya seorang lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin harus sudah bersedia juga dari segi kewangan.
Dan apabila kedua-duanya sudah disatukan, maka layarilah rumah tangga itu dengan kerjasama dan perkongsian susah dan senang bersama-sama. Memangn seorang suami itu perlu menanggung semua kos kehidupan keluarga, namun tidak salah untuk seorangn isteri turut membantu.
Ada Juga Terasa Apabila Melihat Orang Lain Berpasangan
Perasaan itu akan lebih menebal apabila pulang beraya di kampung halaman. Bertemu dengan kawan-kawan sekolah yang sebaya masing-masing dengan anak isteri, pasti perasaan tersentuh itu ada.
“Mereka sebaya saya tapi sudah pun punya keluarga yang lengkap dan saya sampai bila agaknya hidup begini?” Itu antara bisikan rasa hatinya yang acap kali dilafazkan sendirian. Bukanlah mengesali takdir cuma ia persoalan biasa mengenang diri.
Setiap orang punya bahagian mereka masing-masing. Kebahagian dan ujian yang berbeza.
Mungkin mereka kelihatan bahagia dengan kehidupan berkeluarga tetapi kita tahu pula apa ujian lain yang mungkin lebih besar daripada kita yang hidup sebagai bujang terlajak ini? Jadi, kena positifkan balik diri ini.
Apabila Sakit, Terkenang Juga Nasib Diri
Dan, antara situasi yang akan lebih menjentik perasaan itu adalah apabila ditimpa dengan kesakitan dan tidak berdaya untuk bergerak seperti biasa. Waktu itulah paling terasa dan terfikir sendiri, kalaulah ada itu dan ini... Tetapi itu kata kita.
Kalau... “Hakikatnya, ada juga kawan-kawan saya punya isteri tetapi apabila terkena sakit stroke, isteri lari meninggalkannya. Dan, ini membutktikan tiada jaminan pasangan kita akan tetap setia bersama kita apabila kita jatuh sakit nanti.”
Apa pun, bersangka baiklah dengan semua ketentuan Allah itu. Kadang-kadang, sesuatu yang kita nampak negatif itu, sebenarnya ada sesuatu yang baik yang kita tidak nampak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato Ziarah Ebby Yus

gempak
13/11/2024
03:25 MYT
Pelakon Ebby Yus yang kini sedang berehat panjang daripada industri hiburan menerima kunjungan seorang pelakon yang juga penyandang gelaran Ratu Cantik Jepun, Yuumi Kato di kediamannya pada Isnin.
Hiburan

Pernah Bekerjasama Dalam ‘Sepahtu Reunion’, Aretoy Banyak Belajar Daripada Ebby Yus - “Dia ‘Offer’ Diri Untuk Kita Bahan Dia”

gempak
30/10/2024
03:55 MYT
Pernah bekerjasama menerusi program Sepahtu Reunion, pempengaruh media sosial, Aretoy memberitahu dia belum mempunyai kesempatan untuk melawat pelawak Ebby Yus yang kini dalam keadaan tidak sihat.
Hiburan

Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

gempak
10/07/2024
02:55 MYT
Pernah hilang sumber pendapatan disebabkan terpalit kontroversi, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan sepejuangannya iaitu Shuib pernah meminjamkan wang sehingga RM10,000 kepadanya.
Laman Utama

“Kekuatan Jantung Hanya 27 Peratus, Saya Diminta Bersedia Untuk Dialisis,” - Ebby Yus

gempak
26/02/2023
01:45 MYT
Doakan Ebby Yus sihat.
Unitar