Read
Dulu dipanggil ‘Kayu’, Hari Ini FATTAH AMIN Pelakon Nombor Satu! — Ini Rahsia Sukses Fattah
Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram
Sumber foto: Instagram @@fattahaminz
BERMULA pasca menang ‘Hero Remaja’, Fattah sertai dunia hiburan ini atas minat sendiri?
Sejujurnya Fattah sertai pertandingan itu kerana meminati bidang peragaan. Tidak langsung sangka dapat juarai lantas bawa Fattah ke dalam dunia hiburan. Selepas menang ‘Hero Remaja’, Fattah mula dapat tawaran berlakon.
I thought to myself pasti dapat watak sampingan atau pembantu namun rezeki yang tiba adalah watak utama untuk drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ untuk slot Akasia.
Fattah was so shocked, dengan tiada pengalaman lakonan dan tidak well prepared, Fattah terima tawaran kerana mahu mencuba dan tahu inilah satu-satunya peluang dan Fattah sedar tidak semua pelakon dapat peluang sama tawaran itu. Ya benar Fattah dikutuk kerana berlakon bagaikan ‘kayu’ tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat, sebaliknya ia buat Fattah mahu bekerja keras lagi.
Sumber foto: Instagram @@fattahaminz
Melihat semula lakonan dalam ‘Playboy Itu Suami Aku’, apa rasanya kini?
Saya akui yang saya lemah dalam lakonan dan keyakinan diri, maka Fattah perlu ubah diri, daripada segi fizikal tidak boleh terlalu kurus dan harus build up my acting skills. Jikalau orang tidak tegur Fattah, pasti I wouldn’t better myself dan tidak kecapi rezeki yang ada kini.
Sumber foto: Instagram @@fattahaminz
Personaliti Fattah sendiri, orangnya bagaimana?
I was never an extrovert, ketika di sekolah dahulu pun Fattah lebih selesa sama sukan dan pelajaran dan bukanlah yang suka ke depan dan gemarkan populariti. A true Virgo yang pendiam dan pemalu.
Jadi it’s a shock yang Fattah kini menjadi seorang pelakon. Langkah dalam dunia hiburan Fattah bermula ketika dapat tawaran untuk iklan Telekom kala itu masih di kolej, sejak itu mereka yakinkan Fattah punya bakat dalam peragaan, jadi dari situ Fattah cuba untuk jadi peragawan majalah dan sebagainya.
Selepas itu barulah Fattah punya keyakinan untuk mencuba ‘Hero Remaja’ and the rest as they say is history.
Sumber foto: Instagram @@fattahaminz
Apa yang telah Fattah pelajari untuk menjadi pelakon yang baik?
Kini sebagai aktor tentunya kita harus lebih explore diri sendiri. To show emotions bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya sebagai pelakon baru. Untuk biarkan penonton tahu apa yang kita rasakan tanpa perlu bait-bait bicara amat penting. Fattah bertuah kerana sebelum ini dapat belajar daripada pengarah dan pelakon-pelakon yang lebih senior. Satu persamaan antara lakonan dan peragaan adalah reaksi wajah dan mata yang terbaik untuk get the best picture and the best acting.
Sumber foto: Instagram @@fattahaminz
Must-Watch Video