Hiburan
Bimbang Lihat Rakan Artis Bercerai, Fasha Sandha & Aidil Aziz Hanya Doa Terbaik - “Betul, Menakutkan Tapi Semua Itu…
Ramai pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai sehingga memberi impak yang negatif terhadap industri seni dan menyebabkan ada pihak berpendapat ia seolah-olah sudah menjadi trend.
Doa yang terbaik
Enggan mengulas lanjut, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun mengakui dia berasa bimbang melihat situasi tersebut namun menganggap apa yang terjadi merupakan perancangan Allah.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”
Namun pelakon berusia 40 tahun ini berkata dia dan suaminya yang juga aktor Aidil Aziz akan sentiasa bertawakal kepada Allah selain berusaha sedaya upaya menjaga hubungan rumah tangga mereka.
"Betul menakutkan, tapi semua itu perancangan Tuhan dan kita cuba sedaya upaya jaga rumah tangga kita. Saya tak nak komen tentang hal cerai ni, malah saya dan Aidil pun tak bercakap fasal hal tersebut.
"Apa yang saya boleh kata, kami mendoakan yang baik-baik buat semua orang,” katanya kepada Gempak.
Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-10 anaknya iaitu Putri Raysha Jemyma yang diadakan di Popkidspool, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ada hikmah
Mengakui perceraian dalam kalangan selebriti agak mengejutkan, Aidil bagaimanapun berpendapat setiap ujian yang melanda pasangan bercerai itu pasti ada hikmah.
"Secara jujurnya memang terkejut... ada artis yang kami kenal dan rapat tapi kami doakan yang terbaik saja. Sebab setiap ujian berat Allah beri itu pasti ada hikmahnya," ujarnya.
Berkongsi mengenai tips rumah tangga, pelakon filem Harimau Malaya The Untold Story ini memberitahu komunikasi sangat penting selain pasangan harus menerima baik dan buruk satu sama lain.
Komunikasi & terima kekurangan
"Komunikasi itu penting dan kami juga menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing sebab tiada manusia yang sempurna.
"Allah jadikan manusia itu berbeza-beza sifatnya yang penting kena berlapang dada untuk setiap masalah yang perlu dihadapi insya-Allah,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”
Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata aitu Putra Rayfal Ramli, 12, dan Putri Raysha Jemyma, 10 tahun.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video