,
Highlights

DRESS CODE – Orang Malaysia Selalu Khianati Etika/Tema Pakaian. Ambil Mudah vs Tak Hormati Majlis Orang?

Afiza Kamarulzaman
28/02/2020
07:03 MYT
Sesetengah undangan disertai dengan perkataan ‘dress code’ atau tema pakaian. Ada kala dikatakan ‘bebas’ sahaja. Namun, sebagai manusia yang berpengetahuan, ambil masa sedikit untuk ‘menelaah’ konsep sesuatu majlis itu agar anda tidak kelihatan canggung di tengah-tengah majlis atau setidak-tidaknya tidak mencacatkan pandangan majlis yang pasti sudah diperkemaskan indah oleh tuan rumah.
Kredit Foto: Google
Ketahui Konsep Majlis
Ini paling penting untuk mengetahui apakah konsep majlis terbabit. Apakah mungkin ada tema yang sudah ditentukan oleh tuan rumah. Walaupun mungkin, kamu berhak untuk hadir dengan apa jua jenis pakaian yang kamu selesa dan mustahil untuk tuan rumah tidak mengizinkan kamu masuk, namun apalah salahnya sebagai tanda hormat dan menghargai jemputan itu, kamu berpakaian mengikut apa yang diinginkan tuan rumah.
Di mana Lokasi Majlis?
Ini juga penting agar pakaian kamu kena dengan tempat yang dihadari. Jika dibuat di hotel besar, mungkin agak tidak sesuai jika mahu dihadiri dengan pakaian ala kadar seperti t-shirt atau selipar sahaja. Jadilah sedikit bijak dengan mengambil tahu jenis lokasi yang diadakan agar kamu sendiri tidak berasa segan.
Para Hadirin Yang Dijemput
Penting juga untuk kamu tahu siapa lagi tetamu-tetamu lain yang akan muncul di majlis yang sama nanti. Ada sesetengah jemputan hanya akan menyatakan tema pakaian bebas. Namun ‘sebebas’ mana kamu boleh pergi, tengok pula siapa senarai jemputan lain yang akan ada sama? Jika terdapat golongan VVIP atau Kerabat di Raja, pasti kamu perlu ada inisiatif untuk berpenampilan bebas yang kemas dan menarik.
Waktu Majlis
Sama ada diadakan pada waktu siang atau malam. Ini juga mempengaruhi corak pakaian agar tidak nampak keterlalua untuk majlis siang dan tidak pula terlalu suram apabila untuk majlis malamnya.
Hormati Majlis Orang
Akhir sekali, ingatlah bahawa cara kita berpakaian memberi gambaran awal tentang bagaimana personaliti kita? Penulis pernah melihat rakan sekerja yang hanya memakai seluar jeans koyak dengan t-shirt ke majlis kahwin di hotel lima bintang. Mungkin alasannya datang untuk bekerja, namun ia sangat mencemarkan nama baik dia sebagai wartawan juga syarikat yang diwakilinya.
Walaupun orang kata ‘don’t judge a book by its cover’. Namun, ada kala menerusi kulit depan itulah kita dapat menilai isi di dalamnya. Penampilan yang sedap dipandang mata, pasti menyedapkan juga hati si tuan rumah menyambut kedatangan kita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Nasihat - “Kalau Sekadar Untuk Konten Tiada Masalah, Tapi Fikir…”

gempak
20/08/2024
13:15 MYT
Pelakon, Ucop menasihati sebilangan influencer lelaki di media sosial yang tampil berani mengenakan solekan dan berpakaian menyerupai wanita.
Hiburan

Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

gempak
17/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Viral

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

gempak
28/07/2024
12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.