,
gaya hidup

Di Perancis; Penjara Maksimum 3 Tahun, Denda €45k. Dah Sampai Masa Hukuman Lebih KERAS Dilaksanakan Di Malaysia.

Huda Hussain
13/12/2021
05:30 MYT
Nampak gayanya isu buli melibatkan pelajar masih belum reda di mana-mana. Selepas pelaksanaan hukuman yang masih ramai anggap tidak setimpal dalam kes arwah Zulfarhan, kita dikejutkan pula dengan insiden melibatkan pelajar Tingkatan Satu MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
Memang meluap-luap rasa marah selepas melihat video yang tular membabitkan kes buli pelajar tersebut. Pelbagai perasaan seolah merasuk jiwa apabila isu buli tidak habis-habis lagi bangkit dalam kalangan pelajar khususnya yang tinggal di sekolah berasrama penuh. Lepas satu-satu, ada sahaja yang timbul dan kemudiannya tular hingga mencetus kemarahan setiap lapisan masyarakat.
Tidak pasti mengapa isu ini masih wujud. Walau sudah ada kes buli yang berakhir dengan kematian seperti apa yang berlaku kepada Muhammad Farid Ibrahim, Shahrizal Shaffie, Naim Mustaqim dan Jackson Nuing Awe (sekadar menamakan beberapa mangsa kes buli) namun isu ini masih lagi berleluasa.
Kredit Foto: Google
Atas sebab apa sekalipun, sama ada membudayakan norma senior ragging junior, amalan buli sememangnya tidak wajar dibiarkan. Percaya atau tidak, selepas kes ini tular pasti tidak lama lagi akan berlaku lagi isu sama. Yang berbeza hanya punca dan jalan cerita sahaja.
Sungguh, isu ini melibatkan peranan banyak pihak. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anak sejak kecil, para guru dan warden yang menggalas tanggungjawab melindungi keselamatan pelajar khususnya yang tinggal di asrama, masyarakat sekeliling dan ramai lagi.
Memetik perkongsian ringkas Dr Hana Hadzrami meneruis muat naiknya berhubung isu ini, ada baiknya kita jadikan penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan hukuman oleh kerajaan Perancis sebagai rujukan.
Kredit Foto: Google
Mereka sedang menggubal undang-undang bagi hukuman kes buli di sekolah. Maksimum penjara 3 tahun dan denda €45k bagi kes buli biasa. Maksimum penjara 10 tahun dan denda €150k jika mangsa bunuh diri.
‘Pembuli ni kita kena cantas dari awal lagi. Kalau dibiar perangai buruk tu hingga dewasa, mereka bakal pijak semua mangsa. Kalau dibiar sampai mereka pegang jawatan besar dan ada kuasa; tak tau nak cakaplah.’ Tulisnya di laman Facebook yang mendapat pelbagai reaksi.
Pada hemat penulis, mungkin dengan penggantungan sekolah atau dibuang sekolah tidak mencukupi untuk menyedarkan si pelaku. Perlu ada rang undang-undang lebih tegas bagi membanteras isu buli daripada terus berlaku dalam kalangan pelajar kita. Baik di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti semua perlu sepakat mencari solusi untuk membendung isu ini.
Kerana isu ini bukan baru dan bermusim maka dengan itu satu mekanisme melibatkan penglibatan pihak sekolah, Kementerian Pendidikan bahkan pihak berkuasa perlu dicapai. Kita tidak mahu lagi membaca atau mendengar kes buli yang berakhir dengan kematian. Impaknya cukup besar bagi keluarga mangsa khususnya juga orang sekeliling. Hentikan buli daripada menjadi satu normalisasi dan budaya dalam kalangan pelajar.
Bacaan lanjut: https://www.vice.com/.../school-bullies-could-get-10...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Unitar