,
gaya hidup

Dapur Tuanku Pemaisuri Meriah, Dah Mula Buat Biskut Raya – “Barang Dalam Dapur Semua Saya Beli Sendiri.”

Afiza Kamarulzaman
23/04/2021
01:46 MYT
Beberapa hari kebelakangan ini nampaknya Raja Permaisuri Agong kita, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sudah mula ‘bersilat’ di dapur. Seperti tahun sebelumnya, Tuanku Permaisuri memang rajin membakar biskut rayanya sendiri, yang diagihkan juga kepada golongan tertentu.
Dibantu staf dan pembantunya, dapur Tuanku kelihatan sungguh meriah ditemani lagu Raya pula tu. Kelihatan ada yang tolong menguli, mengentel, meletak ceri, membakar dan menyimpan dalam botol. Bagaikan suasana gotong-royong untuk kenduri besar apabila masing-masing dipantau selia oleh Tuanku Permaisuri.
Kredit Foto: IG Tuanku Azizah
Antara biskut signatur Tuanku ialah Biskut Milo, Kelapa, Oat dan Cornflakes. Pastinya ada beberapa jenis lagi sedang dalam ‘waiting list’ untuk disiapkan sebelum menjelang Lebaran nanti.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat melahirkan rasa teruja dan seronok melihatn Tuanku Permaisuri dan pembantu-pembantunya yang bagaikan sebuah keluarga menyiapkan biskut raya tersebut.
Kredit Foto: IG Tuanku Azizah
Antara komen menarik yang ditinggalkan warganet ialah bagaimana bertuahnya pekerja-pekerja tersebut yang dapat membantu Tuanku di dapur. Pasti pulang dari kerja boleh bercerita dengan Mak hari ini tolong bos buat biskut Kelapa, semalam biskut Milo. Dan, pastinya tidak stres balik dari kerja!
Ada juga warganet yang bertanyakan kepada Tuanku siapa yang membeli barang keperluan di dapur? Jawab Tuanku bersahaja, semua barang di dapur dibelinya sendiri. Manakala kelengkapan seperti oven, peti sejuk dan furniture adalah milik istana.
Seronoknya dapat buat sendiri biskut raya. Barulah terasa suasana hendak beraya nanti. Pasti mewangi seisi dapur dengan hasil bakar biskut-biskut itu. Alahai, kecur liur!
Kredit Foto: IG Tuanku Azizah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“5 Tahun Berlalu, Patik Belum Puas Nikmati Kasih Sayang Tuanku” - Kenit

gempak
01/02/2024
04:55 MYT
Terima kasih atas segalanya
Laman Utama

Misscelyn Jadi 'Anakanda Angkat' Tunku Azizah, Ibu Mimpi Anak Dimandikan Atas Dulang Emas

gempak
03/11/2023
04:45 MYT
Missclyen menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis
Laman Utama

“Tuanku Cerita Pengalaman 17 Kali IVF” - Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong

gempak
01/07/2021
00:50 MYT
Stay strong Elizad. Rezeki Elizad dapat bercakap dengan Tuanku.
Gaya Hidup

"Mek Yah, Mu Viral Lepas Ni Wey!" - Kongsi Video Guna Kuali Legend, Rakyat Terharu Dengan Permaisuri Agong

gempak
08/09/2020
03:54 MYT
Tak perlu tanya lagi kenapa rakyat sayang dengan Raja Permaisuri Agong.
Gaya Hidup

"Masa Kecil, Selalu Kena Halau Keluar Dapur Istana!" - Tangan Melecur, Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Belajar Memasak

gempak
18/05/2020
02:45 MYT