,
Personaliti

‘Content’ Media Sosial – Penting Sangatkah Siapa Yang ‘Like’, Berapa Yang ‘View’ Setiap Muat Naik Anda?

Huda Hussain
26/02/2021
09:56 MYT
Tidak dapat disangkal lagi zaman sekarang boleh dikatakan majoriti daripada kita mempunyai akaun dan memuat naik pelbagai kandungan di media sosial masing-masing. Sama ada untuk tujuan perniagaan, suka-suka dan sebagainya tidak dinafikan setiap diantara kita punya pendekatan dan pendirian tersendiri dalam hal ini.
Dalam setiap muat naik atau apa jua yang dikongsi dan dipaparkan di media sosial ini secara tidak langsung menjadi ikutan, inspirasi dan rujukan. Jika berkualiti dan memberi manfaat, sudah pastinya ia menjadi contoh yang baik.
Tetapi jika ia hanya kandungan yang bersifat ‘asal boleh’, mengecam, menyindir atau dengan apa jua niat sekalipun pastinya mengundang pelbagai andaian dan pemahaman buat sesiapa yang melihatnya.
Kredit foto: Google
Likes Dan View Jadi Indikator?
Jika siapa yang ‘like’, beri komen, ‘share’ atau ‘view’ setiap muat naik anda memberi impak atau menjadi indikator kebahagiaan anda, ada sesuatu yang perlu diselidik sedalamnya. Ketahuilah ia hanya bersifat sementara dan materi semata-mata.
Tidak perlu terasa hati atau sibuk semak setiap saat dan minit usai memuat naik sesuatu. “Oh… Dia tak like pun status aku tadi. Kat Fb pun sama tak like langsung. Tak apa, nanti kalau dia post apa-apa, jangan harap aku nak like”. Untuk apa mahu tahu semua itu?
Jika penting sekalipun, adakah ia menjamin keberlangsungan hari anda atau mampu mengubah mood anda pada sekian-sekian hari? Tidakkah anda meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT yang telah merencana setiap apa yang berlaku hari ini, esok dan seterusnya untuk anda? Usah terlalu taasub dengan percaturan media sosial ini.
Tarik nafas dan ambil masa untuk relaks. Kosongkan fikiran anda buat seketika. Fikir sedalamnya apakah tujuan sebenar anda muat naik sesuatu kandungan. Jelaskan apakah niat anda terlebih dahulu.
Jika untuk berkongsi dan ia memberi manfaat kepada yang menonton, silakan. Jika ia dimuat naik sebagai tanda penghargaan, berterima kasih atas pemberian si fulan, teruskan. Jika ia dimuat naik untuk membangkitkan keinsafan, menjentik rasa agar kita kembali bersyukur, ingat pada Tuhan maka perbanyakkan.
Kredit foto: Google
Nawaitu Perlu Jelas
Tetapi andainya anda menggunakan medium ini untuk memerli si fulan, menyindir secara halus hingga bikin yang membacanya tertanya “Eh, dia tuju kat aku ke?”, “Tengok tak Fb Kak Laili. Dia meroyan dengan siapalah tu”menimbulkan fitnah dan syak wasangka; maka lebih baiklah anda bersemuka sahaja dengan si dia yang bikin hati anda panas itu.
Kita sendiri yang bertanggungjawab dalam setiap patah perkataan, kandungan yang dimuat naik. Justeru sebelum ‘post’ atau klik ‘next’ fikirlah sedalamnya. Hidup ini terlalu singkat untuk dikusutkan fikiran memikirkan perkara remeh dan kecil ini.
Masih banyak lagi perihal yang jauh lebih penting untuk disudahkan, ditimbangkan dan difikirkan. Jika tiada siapa yang ‘like’, ‘view’ perkongsian anda ingatlah bahawa setiap masa pencatat amal di kiri dan kanan kita merekodkan setiap perbuatan kita.
Adakah ia disukaiNya lantas Dia melihat dan mengganjarkan pahala buat kita? Renung-renungkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar