,
Read

Cantiknya KAVITA SIDHU Berkebaya, Baju Kurung! — Tak Banggakah Gadis Melayu Kita Dengan Baju Kebangsaan Sendiri?

Public Anonymous User
04/09/2018
06:49 MYT

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

JIKA diteliti satu demi satu foto-foto ‘OOTD’ yang selalu dimuat naik oleh Kavita Sidhu, ramai pasti terpana. Kejelitaannya memang satu perkara yang pasti.
Namun yang lebih menarik hati dan membuat biji mata kita terpaku adalah kesungguhan Kavita mempamerkan sisi indah busana Melayu yang disarunginya setiap kali dia hadir ke banyak majlis-majlis rasmi. Juga kala dia memenuhi undangan perkahwinan masyarakat Melayu.
Suri hati kepada lelaki kacak Itali yang suave bernama Roberto Guiati ini, nyata langsung tidak canggung memakai baju kurung moden. Menyarung kaftan yang longgar dan besar namun beralun cantik juga bukan satu masalah untuk Kavita. Ataupun sekali-sekala dia muncul bersahaja dengan menyarung baju kurung Kedah moden. Cantik sekali!
Mantan Miss Malaysia ini pernah melancarkan rangkaian jenamanya sendiri buat julung-julung kalinya di STYLO Fashion Grand Prix KL pada tahun 2010. Da pada tahun 2014, Kavita dipilih pula sebagai salah seorang feature designers dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
InTrend rangkumkan beberapa foto terbaik Kavita menggayakan baju tradisional Melayu untuk tatapan anda.

Beautiful night for a wedding ? #setiacityconventioncentre

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu) on

Aduh-duh-duh! Ayunya Kavita Sidhu Pakai Baju Kebaya dan Baju Kurung Melayu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Sumber foto: Instagram @kavita_sidhu

Topic Berkaitan
Must-Watch Video