,
Highlights

Berterima Kasih Kepada Orang Yang LARI Waktu Kita Susah. Kerana Mereka, Kita KUAT Dan Tahu Menilai.

Afiza Kamarulzaman
10/08/2020
13:33 MYT
Dalam hidup ini, kita tidak tahu fasa dan naik turun kehidupan kita. Ada kala di atas, ada kala berada di bawah. Tiada siapa mampu meramalkan yang kita akan sentiasa senang walau harta berbukit dan duit diri tak pernah sakit. Maka itu, janganlah kita melupakan yang di atas sana, tidak kira pada saat kita susah atau senang.
Begitu juga dengan hubungan sesama manusia. Jika kita punya ramai yang sayang baik keluarga, saudara-mara atau rakan-taulan, jangan lekas memahat rasa selamat selagi diri tidak diuji dengan dugaan bertimpa sehingga kita lelah menghadapinya sendirian. Hanya jika mereka ini datang membantu saat kamu memerlukan, barulah kamu harus meraikan keakraban itu.
Banyak terjadi, keluarga mahupun teman-teman yang dulunya setiasa di sisi meraikan kejayaan kita, tiba-tiba hilang menyepi saat kita jatuh tersungkur. Sama ada diuji dengan harta, kesihatan mahupun difitnah, ada antara mereka bersikap ‘berkecuali’, membawa diri. Jangankan mahu membantu, ada pula yang sengaja menambah rasa sakit itu.
Kredit Foto: Google
Kekal Tabah dan Bergantunglah Kepada Allah
Kerana itulah, selalu diingatkan apa jua yang dilalui dalam hidup ini, bergantung dan memintalah hanya kepada Tuhanmu. Manusia, tidak selamanya mampu ditelah hatinya. Hari ini mungkin sikapnya baik, esok lusa kalau dibolakkan hatinya, berubahlah dia. Maka, kala itu janganlah dikau bersedih apabila kawan yang selama ini sayang pergi jauh.
Saudara-mara yang selalu dekat jauh membawa diri. Jangankan membantu, bertanya khabar pun tidak. Ada pula, sudahlah tidak menolong, lagi menambahkan susah di hati. Pelbagai tohmahan dan telahan dibuat membuatkan kita bertambah susah dan lelah untuk bangun semula.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Mendepani Kejatuhan?
  1. Sentiasa berasa cukup dengan segala yang dimiliki.
  2. Jangan sesekali bergantung kepada manusia.
  3. Minta dan mengadulah sepenuh hati kepada Allah yang satu.
  4. Kurang-kurangkan berceritakan masalah hidup kepada orang.
  5. Bangun perlahan-lahan, tak usah terlalu mendesak.
  6. Teruskan membantu orang lain walaupun diri sendiri dalam kepayahan.
  7. Dekati orang yang positif, tinggalkan mereka yang negatif.
  8. Sentiasa segarkan minda dengan aura yang baik, senyum selalu.
  9. Anggaplah kejatuhan sebagai pelajaran bukan kegagalan.
  10. Belajar untuk tenang menghadapi apa jua situasi. Maka keamanan milik kamu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk Dalam MRT - "Lepas Tu Cakap ..."

gempak
15/03/2024
21:55 MYT
Ujian berpuasa...
Laman Utama

Sengsara BCL Selepas Kematian Ashraf Sinclair, 8 Bulan Berkurung, Depresi - "Setiap Hari Saya Menangis ..."

gempak
10/11/2022
23:24 MYT
Bunga Citra Lestari dedah cerita kehidupan selepas pemergian Ashraf Sinclair
Laman Utama

Bukan Lagi Manusia Terkaya Di Dunia! Aset Mark Zuckerberg Makin Susut, Cuma Tinggal RM251 Trilion

gempak
22/09/2022
13:55 MYT
Di mana kedudukan kekayaan Mark Zuckerberg sekarang?