gaya hidup
“Bahagianya Bila Orang Datang Rumah Melawat, Tumpang Solat, Makan” – Ozlynn. Ini Hikmah Yang Dijanjikan.
Penulis suka mengikuti kisah kehidupan Johan dan keluarga. Bagaimana seisi keluarga mengisi masa seharian? Mengimarahkan rumah dengan solat jemaah, bacaan Quran, bertazkirah dan pelbagai lagi yang kelihatan harmoni dan positif. Salah satu amalan Ozlynn, suka menjamu orang makan dan menyantuni tetamu yang datang ke rumahnya.
Mungkin inilah antara punca bagaimana rumahnya yang ‘sederhana’ itu nampak ‘berseri’ dan ‘sejuk’. Makin ramai tetamu dijemput ke rumah, dilayan bagaikan keluarga, disiapkan makan dan kelengkapan, makin besarlah rahmat dan reda Tuhan ke atas rumah itu juga seisi penghuni di dalamnya.
Apa lagi, jika diajak solat berjemaah, Allahu... Tentulah berganda-ganda pahala yang diterimanya. Semoga amalan ini menjadi contoh untuk kita juga menyantuni dan mengalukan kehadiran tetamu ke rumah kerana zaman sekarang sudah jauh kita pinggirkan amalan tersebut. Kalau orang datang jauh-jauh mahu berjumpa, hanya dibawa kedai makan. Salam-salam kemudian bersurai.
Dengarkan kisah nabi ini tentang bagaimana temau itu membawa rahmat ke dalam rumah kita?
Pada zaman Rasulullah SAW dulu, ada seorang wanita datang mengadu kepada baginda perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri memberitahu yang dia sangat penat menghidangkan makan minum dan melayan tetamu. Isteri itu kemudiannya pulang ke rumah tanpa menerima sebarang jawapan daripada Rasulullah.
Tidak lama kemudian Rasulullah memberitahu kepada suami wanita tadi bahawa dia ingin menziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya akan hajat Rasullullah itu. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang enak untuk Rasulullah.
Usai bertandang, ketika Rasulullah hendak pulang, baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat di pintu ketika baginda keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah. Wanita itu sangat terkejut. Lalu, Rasulullah berkata kepadanya;
"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."
Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.
Must-Watch Video