,
gaya hidup

Ayah Meninggal Masa Mak 40 an Tapi Mak TEKAD Tak Nak Kawin Lagi. “Anak Aku Ramai, Buat Susah Nanti...”

Afiza Kamarulzaman
08/05/2021
12:54 MYT
Sewaktu menulis tajuk ini pun, mata aku sudah berkaca, tekak terasa tegang. Kalau ikutkan tidak mahu terlalu mengenang lagi, apatah lagi pada bulan Ramadan ini. Namun, apabila bercakap tentang Hari Ibu, hanya arwah Maklah yang bermain di fikiran.
Ramadan datang lagi dan kemudian Hari Raya. Pasti kenangan bersahur dan berbuka bersama arawah Mak menghambat pilu di jiwa. Belum bercerita perihal Raya lagi. Aduhai, menghiris kalbu kerinduan yang sentiasa menyiat perasaan.
Justeru itulah, apabila kerajaan melarang aktiviti merentas negeri akibat pendemik ini, hati aku sudah lama pun reda, rasa okey sahaja. Bukan tidak suka pulang ke kampung. Eh, kalau boleh nak duduk kampung terus kerana masih ada adik-beradik di sana.
Namun, dek ketiadaan ‘tiang seri’ di rumah kampung itu membuatkan hati ini tidaklah sebegitu teruja untuk ‘wajib’ pulang beraya seperti kalau adanya ibu yang menunggu. Beraya di mana-mana juga sama sejak arwah Mak pergi menyahut seruan Illahi.
Tiada lagi kiriman duit raya atau biskut raya untuk Mak. Aduh...tak mahulah dicerita lagi kenangan-kenangan Ramadan dan raya itu. Sakit sangat rindu yang ditinggalkan...
Mak Lambang Kekuatan Ibu Tunggal
Ayah meninggal pada usia Mak awal 40 tahun, dalam keadaan Mak masih sihat dan nampak ‘lawa’ lagi. Sayangnya, Ayah pergi tanpa meninggalkan harta yang kukuh untuk Mak membesarkan anak-anak seramai lapan orang (hanya dua orang yang sudah bekerja dengan gaji kecil).
Maka, Mak mati akal waktu itu apabila Ayah meninggal dalam keadaan mengejut kerana kemalangan jalan raya. Anak bongsu yakni penulis baru berusia tiga tahun waktu Ayah menghembuskan nafas terakhirnya.
Cerita Mak, pada hari pengebumian arwah Ayah, selesai Ayah ditanam, Mak ajak penulis pulang tapi jawab aku, “Tak nak...nak tunggu Ayah bangun. Kesian Ayah tidur dalam tu, habis kotor baju Ayah...” Dan, aku tidak tahu apa reaksi Mak waktu itu.
Yang aku tahu Mak orangnya susah untuk menangis. Jiwanya kental walaupun pada tahun-tahun pertama bergelar balu Mak seperti terawang-awang. Lama juga Mak terduduk mengenang nasib memikirkan bagaimana untuk membesarkan anak-anak.
Berbekalkan duit yang ditinggalkan arwah yang tak seberapa itu, lama-lama habis juga digunakan. Akhirnya, Mak tersedar yang dia tidak boleh selamanya begitu. Mak tahu dia kena keluar bekerja mencari nasi untuk anak-anaknya.
Kredit Foto: Google
Daripada Kerja Orang Gaji, Tukang Cuci, Jual Nasi Lemak...
Mak hanya bersekolah setakat darjah enam. Kemanalah dia mahu mencari kerja dengan umur begitu dan komitmen anak-anak di rumah lagi. Mak mula mengasuh anak orang dan mengajar mengaji.
Namun, agak sukar kerana pendapatan tidak sebanyak mana. Mak kemudian keluar mencuba nasib bekerja di rumah orang. Hurm..nyatakan apa saja pekerjaan ‘perit’, sudah pernah dilalui oleh Mak dan aku sendiri pernah melihatnya.
Bagaimana Mak bekerja di rumah orang sebagai pembantu rumah? Sebagai tukang cuci di pejabat, mencuci baju di rumah Cina, menjual nasi lemak di tepi jalan dan banyak lagi asala sahaja pekerjaan itu halal.
Sesuatu yang sangat aku puji, sepenat mana pun Mak mengerah tulang empat keratnya, tidak pernah sekali Mak lengahkan solat. Solat tetap solat dan di hujung waktunya, Mak masih sempat menyelah beberapa halaman al-Quran. Allahuakbar, hebatnya Mak! Dunia akhirat berjalan seiring.
Jangan Cakap Pasal Kahwin Lain
Setiap kali ada yang mengusulkan Mak kahwin lain, Mak terus angkat kaki. Katanya, tak suka dengar dan rasa ‘geli’. Cukuplah arwah Ayah yang pertama dan terakhir, tiada keinginan langsung untuk Mak mencari ganti.
Kata Mak bukan senang ada ‘laki’. Nanti, nak kena siapkan makan pakainya, bagaimana pula dengan anak-anaknya yang berderet ini? Mampukah suami baru itu menerima anak-anak yatim ini? Ternyata, walaupun Mak sekolahnya tak tinggi, tapi bab anak-anak Mak lebih bijak dalam membuat penilaian.
Mak tidak mahu kasih-sayangnya berbagi-bagi. Mak tahu, ada yang kata kalau sudah bersuami nanti, bolehlah suami itu bantu ringankan beban Mak dan anak-anak. Tapi, pemikiran Mak lain pula.
Pada Mak, apabila sudah bersuami nanti, anak-anak pasti lagi susah. Tiada apa yang indahnya apabila suami baru hadir dalam kehidupan Mak dan anak-anak kalau bakal suami itu tidak boleh menerima semua anak-anaknya.
Daripada nak terlepas beban kewangan, tersangkut pula bebanan emosi, kasih-sayang dan masa untuk anak-anak. Jadi, Mak pilih untuk meneruskan kehidupan susahnya sebagai ibu tunggal mengerah tenaga mencari rezeki.
Semoga Balasan Syurga Tertinggi Buat Mak
Mak, tidak sehari dalam hidupnya tidak memikirkan hal anak-anak walaupun selepas anak-anak sudah berkahwin dan punya kehidupan sendiri. Aku anak bongsu dan setelah setahun berkahwin, aku tekad nak beri apa saja yang Mak mahu.
Tapi kataku, Mak kena sabar sikit tau sebab aku baru bekerja. Berikan sedikit masa untuk menstabilkan eknomi dan akan kubahagiakan Mak dengan apa jua cara.
Sayang seribu kali sayang. Mak degil. Mak pergi juga. Mak tak dengar cakap aku. Belum sempat aku menunai janji dan sebelum sempat aku mengecap senang, Mak melambai pergi. Mak pergi ke negeri abadi tanpa apa-apa janji.
Mak sakit sekejap sangat. Tidak puas kami ‘bergaduh’ menjaganya. Sebulan Mak jatuh, baik sekejap, kemudian sakit semula, seminggu di ICU, mak terus pergi menutup mata. Ya, doa Mak makbul.
Ketika hayatnya, Mak selalu menitip doa yang sebolehnya dia tidak mahu mati dalam tiga keadaan iaitu, mati kemalangan, mati dengan sakit yang lama dan mati menyusahkan anak-anak. Mak pergi tenang. Mak pergi bukan sebab kemalangan jalan raya seperti arwah Ayah (Mak trauma sebenarnya), Mak juga meninggal dengan sakit yang sekejap dan Mak tutup mata tanpa anak-anak rasa susahnya menjaga Mak.
Mak, kami sayang Mak dunia akhirat. Kami yakin Mak tenang di sana. Seluruh makhluk di langit pasti sayang kepada Mak. Ya Allah, tempatkanlah ibu kami di tempat yang terbaik di sisi Mu. Sesungguhnya, dia tidak mengecapi kesenangan di dunia, maka Engkau gantikanlah keselesaan untuknya di sana ya Allah, ya Tuhanku. Amin....
Selamat Hari Ibu!
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.