,
gaya hidup

Asbab Suka Jamu Orang MAKAN, Rajin Bantu Orang, Hidup Mak Lang Tak Pernah Sempit Walau Tak Bergaji, Ada Je Rezeki

Afiza Kamarulzaman
22/09/2021
14:55 MYT
Ini kisah benar yang sentiasa saya ingat sehingga ke hari ini. Mak saudara yang sudah lama meninggal tapi sempat saya menjenguknya ketika kecil dan ketika usia remaja. Cara hidupnya sangat saya kagumi walau dia orang biasa saja.
Bukan kalangan kayangan atau berharta jauh sekali berpengaruh, tapi sangat baik budinya di kampung situ. Orang mengenalinya bukan kerana berpangkat besar tapi hanya kerana sifatnya yang pemurah dan suka membantu orang.
Sebagai orang kampung, isteri dan ibu tua, dia tidak punya pendapatan tetap. Hidupnya umpama kais pagi, makan pagi. Sumber kewangannya hanyalah menerusi kerja-kerja kampung dan bantu orang mengurut sekali sekala.
Dia tidak seperti kita yang bekerja tetap di ibu kota, gaji sebanyak mana pun masih rasa tidak cukup. Sibuk bekerja sehingga tidak tahu hari dah petang. Sedangkan kehidupan Mak Lang sangatlah santai tapi cukup makan pakainya. Bahagia dengan caranya. Begitulah orang dulu-dulu, kan?
Antara amalannya yang saya selalu perhatikan, dia sangat suka menjamu orang makan, tidak kira siapa pun, saudara, jiran tetangga atau sesiapa saja yang datang bertandang ke rumah. Tidak akan pulang tanpa mengalas perut.
Pernah saya tanya kenapa rumah Mak Lang banyak stok barang dapur walaupun tinggal seorang? Peti aisnya sentiasa penuh dengan ayam dan ikan, di atas rak kayu berderet botol gula, garam dan tepung. Beras berguni-guni disimpannya.
Jawab Mak Lang sambil tersengeh, “stok kecemasan, kalau-kalau ada orang datang malam-malam nak tumpang tidur kat rumah, mengejut-mengejut, adalah makanan nak jamu. Malulah kalau orang datang tak ada lauk. Miskin-miskin kita kenalah ada beras.”
Betul juga. Kawasan tempat tinggal Mak Lang waktu itu memang tiada orang berjualan makanan sangat. Kalau ada pun jauh nak pergi beli. Apa lagi untuk buat food delivery. Memang tidaklah!
Begitulah kalau setiap kali kami sekeluarga datang ke rumah Mak Lang, tidak pernah dibiarkan perut kosong. Walaupun kami tiba sudah petang, tetap nasi berlauk siap dihidangkan. Katanya, tak puas tak jamu tetamu makan nasi.
Pernah kami tiba lewat malam di rumah Mak Lang, kira-kira jam 11 malam sampainya. Kami pesan siap-siap tak perlu masak apa-apa, kami dah kenyang. Tapi.... jenguk saja ke dapur, sudah terhidang nasi seperiuk, sambal sardin dan ikan masin. Subhanallah.
Kalau kami tidur berhari-hari di rumahnya, pasti balik nanti naiklah berat badan. Pagi-pagi sudah disiapkan nasi goreng bodoh, tengah hari nasi putih dan asam pedas bersama ulam-ulaman, petang nanti dibuatnya jemput-jemput dan kopi o panas, manakala malam ditambah lagi lauk seperkara.
Malam-malam sebelum tidur diajak pula pekena teh o panas sambil kunyah-kunyah biskut kering atau kerepek-kerepek yang selalu diberi orang kepadanya. Tetamu dilayan bagai raja. Tempat tidur siap direncananya. Disusun tilam-tilam berderet di ruang tamu dengan selimut seorang satu.
Begitulah orang tua dulu-dulu. Sifat segannya kalau tak menjamu dan melayan tetamu sangat tebal. Agaknya tercalar maruah kalau tak diberatkan tetamu yang datang bertandang ke rumah hatta secawan kopi dan sepinggan biskut kering.
Dan lagi yang saya nampak, Mak Lang jenis ringan tulang. Ke mana saja dia pergi sangat disenangi dan disayangi kerana sifat rajinnya itu. Sejenis tak duduk diam kalau ke rumah orang, ada saja nak dibantu di dapur atau setidak-tidaknya diangkat pinggan dan dicuci bersih.
Seperkara lagi sifatnya yang suka membantu orang tidak mengira malam atau siang. Dia mempunyai kepakaran mengurut orang. Jadi, kalau di kampung itu, orang terseliuh atau patah kaki tangan, memang akan berjumpa dengannya saja.
Orang sakit bukan kira masa. Kadang-kadang, sampai ke satu pagi pintu rumahnya masih diketuk dan tidak pernah sekali dia menolak dan suruh datang esoknya. Tetap dilayan kerana baginya sakit itu tak kira masa.
Bayarannya? Tak pernah diletak berapa? Ikut berapa yang ikhlas. Cerita Mak saya, ramai juga yang tak bayar. Ucap terima kasih saja tapi tetap Mak Lang layan lagi selepas itu. Bukan duit yang dia nak tapi kepuasannya membantu orang.
Ketika akhir hayatnya, anak-anak beritahu jumpa wang ribuan ringgit di bawah bantal arwah. Semua terkedu kerana tahu Mak Lang buka orsng berduit. Tapi, dalam hayatnya masih boleh menyimpan ribuan ringgit juga barang kemas beberapa urat. Yang paling penting, Mak Lang tidak meninggalkan apa-apa hutang walaupun seringgit.
Lihatlah mudahnya urusan hidup dan kematiannya asbab ketika hayatnya banyak memudahkan urusan orang lain. Inilah pengajaran yang selalu saya bawa sehingga ke kehidupan saya hari ini. Semoga roh arwah ditempatkan di tempat terbaik di sana. Amin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Terkini

Percaya Pada Rezeki, Syazuwan Hassan Terus Usaha Untuk Ceburi Dunia Filem

gempak
03/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Syazuwan Hassan menyatakan hasratnya untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan menceburkan diri dalam industri perfileman.
Hiburan

Dilantik Jadi Duta Wangian, Cik Man; "Tak Kisah Popular Atau Tak, Tua Atau Muda, Kalau Ikhlas Akan Nampak Hasil"

gempak
28/10/2024
18:55 MYT
Artis veteran juga mempunyai tarikan dan keupayaan untuk menjadi duta sesuatu produk malah mampu melariskan perniagaan.
Hiburan

Rezeki Mencurah-Curah Lepas Cerai, Kesibukan Kerja Buat Badan Fattah Amin Susut - “Saya Tak Mahu Kecewakan…”

gempak
28/10/2024
03:55 MYT
Selepas bercerai dengan bekas isteri, Nur Fazura, pelakon Fattah Amin tidak henti meraih rezeki yang tidak terduga.
Hiburan

Hafiz Hamidun Akui Tidak Fobia Untuk Berkahwin Sekali Lagi - “Kalau Ada Rezeki…”

gempak
01/10/2024
00:55 MYT
Komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menegaskan bahawa kegagalan dari hasil perkahwinannya yang lepas bukanlah salah satu faktor ketakutannya untuk berkahwin sekali lagi.
Unitar