,
Highlights

Artis Malaysia Pertama Berkolaborasi Dengan Jenama Kasut Antarabangsa – Ini Sebab Kenapa Giuseppe Zanotti Pilih NEELOFA!

Huda Hussain
28/11/2019
15:48 MYT
Detik Perkenalan Itu
Pertama kali saya berjumpa dengan Giuseppe Zanotti ketika hadir ke pertunjukan fesyen di Milan awal tahun ini. Waktu saya pergi presentation di showroom Giuseppe Zanotti, tak tahu pula Mr Zanotti ada disitu. Saya sempat menyapa Mr Zanotti dan berkongsi dengannya mengenai minat saya pada semua rekaan kasutnya. Dia keluarkan koleksi kasut yang direkanya untuk Lady Gaga dan bercerita mengenai koleksi Liza.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Kemudian saya balik ke KL. Selepas beberapa bulan saya terima tawaran yang menyatakan mahu atau tidak saya berkolaborasi dengan Giuseppe Zanotti. Saya macam “Biar betul?” dan minta team saya yang hadir ke sesi perbincangan itu sebab sangkaan awal saya mungkin perkara lain yang mahu mereka bincang. Yalah, macam tak percaya pun ada.
Hinggalah selepas semuanya dipersetujui menerusi sesi perbincangan, kata mereka saya berpeluang terlibat sama dalam rekaan koleksi istimewa ini bersama Giuseppe Zanotti. Fast forward, sekitar Julai saya ke Paris dan bertemu dengannya di Mandarin Oriental Paris. Selepas menyapa, dia bertanya kasut apa yang saya pakai? Sudah pastilah saya menyarung salah satu kasut rekaannya. Hari itu saya pakai kasut warna hitam yang juga salah satu kasut kegemaran saya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Katanya, “Jangan risau lagi selepas ini kerana I will take care of your shoes for the rest of your life”. Kalau mahu apa-apa kasut, bila-bila masa, hantarkan saja swatches dan saya akan buat. Kemudian saya akan hantar semula kasut dalam tempoh 20 hari. Waktu itu saya macam terkedu. Star struck pun sama juga dalam masa sama. Apatah lagi saya sudah lama memakai kasut rekaannya sejak beberapa tahun dahulu. Dan ia bagaikan impian semua wanita nak dapat peluang seperti itu. Bermula daripada situ kami brainstorm, berbincang, do some sketches, bertukar idea mengenai pemilihan material, rekaan, warna dan sebagainya.
Kesudahannya, kami setuju untuk cipta semula koleksi ikonik Liza ini. Pada saya ia amat istimewa kerana inilah koleksi pertama yang saya beli. Dan saya sendiri ada banyak warna dan material daripada koleksi Liza. Daripada situ Mr Zanotti olah semula untuk disuaipadankan dengan personaliti dan stail saya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Dan istimewanya, Mr Zanotti siap face time dengan staf di pejabatnya untuk tunjuk katalog Swarovski bagi koleksi Dazzling Liza (kasut bertatahkan Swarovski rona biru). Selepas kami bersetuju mengenai semua perincian, itu dan ini pada hari yang sama, hubungan itu tidak terhenti di situ sahaja. Sehinggalah kami terus berhubung dan kebetulan saya ke Milan semula September lalu, saya berpeluang berjumpa dengannya sekali lagi. Menyingkap mengenai personaliti Mr Zanotti, dia seorang pereka yang sangat merendah diri, mesra dan mudah didekati, sangat baik dan penyayang juga profesional.
Dan Mengapa Neelofa?
Saya pernah ditanya mengenai soalan yang sama. Tetapi saya sendiri tidak tahu kenapa dia memilih saya. Daripada ramai wanita ternama lain di luar sana, dan saya tidak bertanya secara tepat kepadanya. Tetapi katanya, “I can feel your energy. I can feel your aura,” dan ia benar-benar memaknakan hari saya ketika itu. Pulang ke hotel, saya seolah-olah terngiang-ngiang dengan apa yang dikatakannya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Pada saya, your vibes cannot lie. Your energy cannot lie. Dan benarlah kata orang apabila anda meletakkan sesuatu matlamat yang tinggi dalam hidup, bekerja keras untuk mencapainya, percaya pada kemampuan diri sebenarnya ia membantu untuk anda mendapatkan peluang-peluang yang luar biasa.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Istimewa Koleksi Dazzling Liza dan Mirror Liza
Apa yang membuatkan saya suka mengenai koleksi ini ialah dua rekaan ini ditampilkan untuk personaliti dan karakter wanita yang berbeza tetapi membawa mesej yang sama. Misalnya koleksi Dazzling Liza, ia lebih glamorous and a bit striking. Manakala Mirror Liza lebih edgy dan bold. Saya masih ingat lagi sewaktu kali pertama membeli kasut Giuseppe Zanotti berwarna soft pink dan light blue. Simpan duit dulu baru boleh beli. Berkira-kiralah juga. Dan kalau ada tiga koleksi yang saya minat, hanya boleh beli satu saja.
Mengapa Dua Rekaan Sahaja?
Ia berdasarkan apa yang dipersetujui Mr Zanotti dan team Giuseppe Zanotti Malaysia. Kami mahu lihat dan cuba terlebih dahulu, sejauh mana sambutannya. Selebihnya saya bersyukur dan berbangga kerana berpeluang terlibat sama dengan kolaborasi ini. Kerana secara tidak langsung, saya mewakili Malaysia, artis Malaysia dan artis berhijab. Dan pada saya, tiga kategori ini telah banyak membuka dimensi baru dan lanskap fesyen kita. Alhamdulillah.
Eksklusif di Giuseppe Zanotti Pavilion
Tampil dengan saiz dan kuantiti terhad, Dazzling Liza dijual pada harga RM9,790 manakala Mirror Liza RM3,890 eksklusif hanya di butik Giuseppe Zanotti Pavilion.
Syabas buat Neelofa kerana terus melakar kejayaan dalam dunia fesyen yang diminatinya. Apakah mungkin ada kolaborasi dengan jenama antarabangsa yang lain pula selepas ini? Kita nantikan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Hollywood

Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Penganjur tiga konsert Taylor Swift di Vienna minggu ini umum membatalkan persembahan itu sepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang