,
gaya hidup

Anak Lambat Bercakap, Bermasalah Dalam Fine Motor Skill? – Latih Mereka Meniup REKODER

Afiza Kamarulzaman
13/12/2021
00:00 MYT
*Penerangan Pakar Sensori dan Kemahiran Kanak-kanak, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dipetik daripada laman Facebook milik beliau.
Kenapa murid sekolah rendah diajar main rekoder?
Ada banyak sebab, tapi sebagai doktor rehabilitasi, saya boleh katakan ia adalah salah satu komponen dalam usaha untuk memaksimakan perkembangan kanak-kanak.
Aktiviti sukan melatih kemahiran motor kasar iaitu kekuatan dan koordinasi anggota tangan, kaki dan badan kanak-kanak, manakala aktiviti bermain alat muzik melatih pergerakan motor halus.
Main rekorder perlukan kemahiran jari-jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan nota muzik yang diinginkan. Ia perlu sempurna, atau bunyinya akan sumbang.
Apa tu kemahiran motor halus?
Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut "fine motor skill". Ia melibatkan kemahiran dan kecekapam mengawal jari dalam memanipulasi alatan, dibantu oleh deria sentuhan dan stereognosis*
Stereognosis tu apa pula?
Kita lazimnya diajar bahawa manusia ada lima deria. Namun jika kita dalami ilmu perubatan, manusia mempunyai tidak kurang daripada 21 deria. Salah satunya adalah stereognosis.
Stereognosis adalah kebolehan mengenal bentuk objek yang berada dalam tangan, walaupun tidak melihatnya. Maknanya, apabila mata ditutup, kita raba sesuatu objek, kita boleh tahu bentuknya.
Penting tak kemahiran ni?
Penting! Sama penting dengan satu lagi deria ni! Deria propriosepsi, iaitu kebolehan mengetahui di mana posisi atau kedudukan anggota tubuh (tangan, kaki, kepala, jari, dan sebagainya) dalam ruang.
Maknanya, kalau kita tutup mata, kita tahu tangan kita dekat mana. Diletak hadapan badan, di sisi, di belakang, atau ke atas mahupun ke bawah. Ini termasuk posisi setiap jari.
Deria dan kemahiran ini perlukan latihan agar ia menjadi cekap. Kecekapan deria dan kemahiran tangan ni boleh menjadi faktor besar dalam menentukan masa depan seorang kanak-kanak.
Seorang pakar bedah mikro-pembedahan perlukan deria yang kemahiran tangan yang baik. Begitu juga seorang atlet dan pemuzik profesional. Malah, kita nak menaip pun perlukannya.
Itu baru bab tangan, belum bab mulut.
Meniup rekorder, susah tak? Susah! Tak semua orang boleh meniup rekorder dengan betul. Malah, kalian percaya tak, di pusat rehabilitasi saya, ada kanak-kanak yang tak pandai tiup lilin dan belon.
Meniup ni pun adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Ia perlukan latihan otot oro-motor dan otot pernafasan (contoh: diaphragma, otot antara rusuk, dan sebagainya).
Apa kepentingan meniup?
Meniup melibatkan otot mulut dan muka. Melatih otot-otot ini menambah kecekapan bertutur. Ia boleh mengurangkan pelat, menambah kejelasan sebutan, dsb. Ia penting dalam komunikasi lisan.
Selain itu ia juga memastikan kecekapan mengunyah, menyedut, menghembus, bernafas, berdehem, batuk meneran, dan sebagiannya. Pendek kata, penting untuk penghadaman dan pernafasan.
OK, ni kelebihan lain kalau belajar muzik.
Ada orang deria pendengar dia cekap, bila satu bunyi dimainkan, dia boleh teka nada muzik apa yang dimainkan itu. Siapa yang langsung tak boleh bezakan, dipanggil tone deaf (pekak nada).
Selain itu ada satu deria ni tak ramai orang ada. Deria tempo (sense of tempo). Orang yang belajar muzik ni kena ada deria ni. Kalau tidak, dia main alat muzik berterabur, tak kena pada masa.
Kenapa rekoder, dan bukan alat muzik lain?
Mudah sahaja. Kerana ia mampu milik, mudah dibawa ke sekolah, tidak perlu talaan dan penyelenggaraan rumit. Kalau gitar, piano, saksofon, mahal dan rumit. Kalau kastanet, atau marakas, tak mencabar pula.
Ada banyak lagi saya belum sentuh, tapi dah panjang sangat dah ni! Saya, rumuskan sahajalah.
Latihan bermain alat muzik seperti rekoder sebenarnya merangsang perkembangan deria kanak-kanak. Ia juga bantu mereka mengenal bakat dan minat mereka.
Perkara-perkara ini kadang-kadang tak nampak jelas manfaatnya, tapi jika diuruskan dengan baik, maka ia boleh membantu kanak-kanak mencari haluan hidup dan mencapai potensi sebenar diri mereka.
Sekarang dah tahu kenapa kita belajar tiup rekorder, kan? Bolehlah beritahu semua orang! Hehe!
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Sensori dan Kemahiran Kanak-kanak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
Unitar