,
gaya hidup

Amboi, Dia Kata Orang Boleh! Bila Kita Cuit Dia Sikit, Terus MELOMPAT – Jangan Mulakan Kalau Hati Tak Kuat.

Afiza Kamarulzaman
30/12/2020
06:59 MYT
Ada orang memang lekas tersentap apabila diusik atau mendengar percapakan yang tidak sedap didengar di telinganya. Namun, peliknya apabila dia pula yang menerjah orang dengan sindiran dan kata-kata menyakitkan hati, boleh pula? Itulah yang orang kata, dia kata orang boleh, apabila kena batang hidung sendiri – mengelupur.
Sebenarnya, orang yang suka membuat orang lain sakit hati ini mempunyai penyakit hati. Dia berasa puas apabila dapat membuatkan orang yang disasarkan itu terasa, kecewa, sedih dan rendah diri apabila mendengar ucapannya itu. Penyakit hati ini apabila tidak dirawat menjadi lebih parah apabila sebati menjadi tabiat.
Kredit Foto: Google
Berpada-pada Bergurau, Jaga Percakapan
Selalu terjadi, adegan sentap-menyentap berlaku pada ketika sedang bergurau-senda. Daripada hanya berlawak, membawa kepada terasa hati dan kemudiannya tersentap. Jika kedua-dua pihak boleh menerima usik-mengusik dan sesi balas-membalas itu tidak mengapa. Namun, jika ada yang jenis hati rapuh, susah pula mahu dibawa berbincang.
Apa pun yang ingin kita lontarkan sama ada dalam bentuk percakapan atau tulisan, berfikirlah banyak kali. Adakah kita pun suka kalau orang berkata menulis begitu kepada kita? Adakah ia sesuatu yang baik untuk dilontarkan? Jika tiada faedah daripada itu, tidak perlulah diteruskan.
Kerap Berlaku di Media Sosial
Dan, trend sekarang pergaduhan dan pertikaman lidah banyak berlaku di media sosial menerusi komen-mengomen. Apabila seorang menulis komen menghentam seseorang itu dan kemudian orang itu membalas dengan nada yang sama, maka si penulis komen pertama tadi akan melenting!
Nah, siapa yang memulakan? Kalau kamu mahu dilayan baik, maka berbicaralah dengan cara yang baik juga. Hormati ruang peribadi orang lain. Jangan anggap pendapat kita sahaja yang betul. Kenapa kita boleh bercakap ikut sedap mulut kita dan orang lain tidak boleh? Bagaimana rasanya apabila disakiti? Jadi, janganlah menyakiti hati orang lain, okey!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dikutuk Lagu Sendu, Kalam Dari Shiha Zikir Bertanding AJL 38

gempak
18/12/2023
05:50 MYT
Shiha tak sentap.
Viral

Ibu Sentap Kekasih Anak Dianggap Biadab Kerana Tidak Makan Masakannya

gempak
01/12/2023
13:45 MYT
Kecil hati mak...
Laman Utama

Influencer Kacak Hilang 1 Juta Pengikut Lepas Suruh Kerja Lebih Keras Untuk Beli Alat Solek

gempak
14/09/2023
14:45 MYT
Influencer mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai mengguris hati.
Laman Utama

Masih Sentap! Sissy Iman Tak Jadi Lancar Album, Tukar Jadi Derma - "Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak ..."

gempak
23/01/2023
06:56 MYT
Sissy Iman merajuk lagi...
Laman Utama

Via Vallen Berhenti Beri Duit Saku, Adik Beradik Sentap Sampai Jual Hadiah Kereta

gempak
19/12/2022
14:50 MYT
musuh adik beradik sendiri.
Unitar