,
Highlights

“Alah… Guna ‘Cable’ Tu Sebab Dapat”. Ya, Inilah Senjata Mereka Yang Berjaya. Tapi ‘Cable’ Apa?

Huda Hussain
16/09/2020
08:00 MYT
Jika ada rakan atau sesiapa disekeliling kita yang berjaya, tidak ramai yang menitipkan kesyukuran terlebih dahulu sebagai tanda sokongan atau meraikan kejayaan yang dikecapi. Sama ada berjaya dalam kerjaya misalnya kenaikan pangkat, berjaya mendapat projek, lulus temuduga dan sebagainya. Pasti ada dalam kalangan kita (walaupun tidak semua) akan berkata “Alah, guna kabel bapa dialah tu. Bapa dia kan kawan baik dengan Datuk,” dan pelbagai lagi telahan yang kita buat. Sekali gus menggambarkan hati yang tidak bersih, penuh dengan syak wasangka, iri hati, dengki dan sebagainya.
Sedangkan tak semua yang berjaya disebabkan laluan mereka mudah atau mendapatkan bantuan orang lain. Malah kita tidak tahu apa jua kepayahan yang ditempuhi seseorang untuk berjaya. Ada yang berusaha sendiri, berhempas-pulas melalui pelbagai liku juga ujian. Malah tidak adil untuk kita dengan mudah sekali membuat andaian ada jalan pintas yang memudahkan kejayaan mereka.
Kredit Foto: Google
Ketahui Apa Kabel Yang Dimaksudkan
Selain usaha, segala kerja keras dan inisiatif kita sendiri, jangan sesekali lupa kabel yang kita ada. Tidak kiralah sama ada insan biasa, berpangkat atau berjawatan tinggi; disisi-Nya kita tetap dilihat setara dan sama. Dan tiada kabel yang lebih menakjubkan kecuali dengan mengangkat tangan dan berdoa kepada-Nya. Yakin dan percayalah, apabila kita punya hubungan secara terus menerus dengan Allah pasti menerbitkan keinsafan, kerendahan hati dan mengakui betapa kerdilnya kita tanpa bantuan-Nya selama ini. Dan perlu diingat, berdoa bukan sahaja kerana berkehendakkan sesuatu atau untuk berjaya dan kaya semata-mata.
Berdoalah kerana mengharapkan keredhaan Allah agar hidup kita diberkati, dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya. Manfaatkan kuasa dan kelebihan berdoa. Kerana doa itu senjata bagi mukmin. Seperti tularnya video perkongsian Neelofa ketika tampil ‘Live’ di Facebook bersama Prof Muhaya baru-baru ini. Memetik kata-katanya, “Banyak-banyak doa yang Lofa tulis, dalam banyak-banyak doa yang Lofa minta; there’s one doa that I kept reciting and Allah bagi 99% from what I wrote Dia bagi semua”.
Kredit Foto: Google
Terma Dan Syaratnya
Nak berdoa sudah tentulah ada cara dan adabnya. Jika benar-benar mahukan sesuatu, takkanlah pula usai solat terus melangkau memohon doa hanya apa yang dihajati.
1. Angkat tangan ke paras dada dan rapatkan kedua-dua belah tapak tangan. Apabila urat tangan bertemu, ia akan menjadi seperti huruf ‘ba’ dan titik ba kedudukannya terletak di hati kita.
2. Duduk dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan dan jangan bersandar.
3. Mulakan dengan memuji keagungan dan kebesaran-Nya.
4. Berselawat ke atas Nabi SAW.
5. Memilih waktu yang diistilahkan sebagai waktu mustajab seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.
Kredit Foto: Google
6. Mengakui kesalahan, pohonkan agar diampun segala dosa-dosa selama ini. Titipkan juga doa untuk kedua ibu bapa. Jangan terlalu fokus kepada memohon doa hanya untuk dimakbulkan di dunia sahaja. Mintalah juga agar dipermudahkan untuk kita meniti di alam akhirat kelak.
7. Merasa rendah diri. Berdoa biarlah ada rasa yang lahir dari hati dan bukan sekadar ungkapan semata-mata. Kerana perasaan itulah yang menerbitkan keterkaitan sekali gus kita dapat merasakan bahawa Dia sentiasa dekat dengan kita. Yakinilah Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui atas setiap sesuatu.
Mohonlah dengan jalan yang sabar dan penuh tawaduk. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun akhirat selain daripada memohon doa daripada-Nya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

gempak
10/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Hiburan

Comelnya! Kongsi Foto Lengkap Famili, Netizen Doakan Rumah Tangga Zahirah Macwilson & Aiman Hakim - “Couple Ni Harap Kekal Sampai Syurga”

gempak
08/10/2024
13:55 MYT
Pasangan selebriti popular Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Hiburan

Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

gempak
21/09/2024
09:25 MYT
Penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed adalah prosedur biasa dan tiada kena mengena kononnya mahkamah boleh 'dibeli'.
Hiburan

Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa

gempak
13/09/2024
07:55 MYT
Berita aktres dan usahawan popular, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Fattah Amin pada Jumaat mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.
Unitar