,
gaya hidup

4 Punca Kenapa Perkahwinan Tak Bahagia Dan Musibah Dalam Rumahtangga Menurut Datuk Ustaz Kazim Elias.

Huda Hussain
12/08/2021
15:31 MYT
Ujian dalam rumahtangga masing-masing tidak sama. Ada yang diuji dengan suami curang, isteri kuat cemburu, campur tangan mertua, kehadiran orang ketiga dan sebagainya. Lalu apa yang menguatkan sesuatu hubungan itu? Dan apa pula yang menjadi penyebab mengapa sesuatu perkahwinan tidak bahagia? Ustaz Datuk Kazim Elias ada menitipkan pesanan lalu dinukilkan seorang pengguna menerusi satu muat naik di Facebook. Beliau mendedahkan empat punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Kredit Foto: Google
1. Semua Benda Isteri Buat Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri sebenarnya cuma dituntut untuk memberi layanan kepada suami. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Saling membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab. Menurutnya lagi, semakin suami rasa senang relaks tak buat apa-apa, maka lagi senang dia lupa tanggungjawabnya. Ingatlah benda yang susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang saja bersama. Bila susah lambakkan pada pasangan pula.
2. Kita Tak Faham Perangai Pasangan Masing-masing. Nak jaga laki ni senang saja bak kata Ustaz Kazim. 1- Beri makan kenyang-kenyang zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Ke mana suami pergi, ikut! Hahaha. Selagi kalian boleh ikut, ikut.
Kredit Foto: Google
3. Tak Reda Itu Pasangan Kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang hanya selepas seseorang itu meninggal. Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak hidup serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Bahkan famili dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. “Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.” Ujar Ustaz Kazim.
Tetapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah anugerah. Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan yg gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa. Tang boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
Kredit Foto: Google
4. Tak Saling Menyenangkan. Ya, belajarlah menjadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing. Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, maka kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha dan selebihnya biar Allah yang tentukan. Insya-Allah.
Menurut perkongsian Ustaz Kazim lagi, musibah pula datang dalam tiga bentuk :
•Ujian •Teguran •Bala Kalau kita rasa dalam perkahwinan ini asyik musibah saja, telitikan tiga perkara ini. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Ujian Yang ujian itu adalah untuk orang-orang beriman. Contohnya, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Itu ujian untuk dia.
Yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak pernah tinggal, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Kredit Foto: Google
Teguran Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan. Contoh, kita leka kejar duit sana sini, kaya sana sini. Lalu tiba-tiba Allah takdirkan berlaku kemalangan. Tak dapat lagi cari punca rezeki. Itu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit untuk bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan bersangka buruk dengan Pencipta. Setiap sesuatu itu ada sebabnya.
Bala Atau Azab Dalam perkahwinan ini, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk reda. Reda apa yang Allah beri. Reda itu pasangan kita. Reda atas segala ujian Allah. Kalau satu detik nanti Allah uji tak ada rezeki jodoh panjang, tak ada rezeki nak bersama. “Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Viral

Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

gempak
03/08/2024
04:55 MYT
Jika dahulu kaum hawa kebanyakannya menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja, namun zaman semakin maju, lebih ramai wanita yang memilih untuk tetap bekerja meskipun sudah bergelar seorang ibu.