,
Semua | All

#GSpot: Influencer & Instafamous; Tak Kelakar Buat Konten 'Aneh Aneh' Musim COVID 19 Ni

Maliah Surip
22/03/2021
13:45 MYT
Dalam tempoh lebih satu tahun dengan ada fasa terkurung di rumah, diberi kebebasan berjalan dalam radius 10 kilometer, sempat diberi peluang merentas negeri dan kembali ditarik selepas kes COVID 19 mendadak naik, penulis percaya tak ada seorang pun daripada kita yang betul betul dapat hadam dengan norma baharu ini.
Tapi, apa pilihan yang kini ada demi keselamatan semua pihak. Keselamatan ibu dan bapa, anak anak, rakan sekerja, malah kesihatan sendiri sebab kita tak nampak dan tak tahu seperti apa virus Corona itu secara kasat mata.
Apa yang kita tahu adalah bagaimana virus yang sejak beberapa bulan ini di Malaysia tidak pernah kurang dari 1,000 mangsa ini boleh merebak termasuk cara mengekang atau memutuskan rantaiannya seperti pakai pelitup muka dan jaga jarak.
Dan apabila kerajaan mengarahkan kita untuk duduk diam diam di rumah, kemudian membenarkan kita berkumpul makan dengan kawan kawan di kedai makan dalam kawasan yang sama, bersyukurlah.
Sekurangnya kita tak gila sorang sorang di rumah. Kemudian, apabila kerajaan juga memberi kelonggaran boleh merentas negeri dengan syarat syarat tertentu, ikut sahajalah.
Apakah dengan melanggar perintah kerajaan akan memberi sebuah kepuasan peribadi buat kita? Dan kemudian dipamer pula dengan bangga dalam laman sosial adalah sebuah kejayaan atau tanda aras bahawa anda lebih hebat daripada rakyat yang patuh dengan saranan kerajaan di saat pandemik ini.
Oh lupa, itulah namanya konten. Konten yang 'aneh aneh' atau orang tak ada tapi kita ada itu boleh mencetuskan gelombang viral. Apa lagi, janganlah lepaskan peluang yang ada.
Penulis sudah membaca banyak kes berkaitan sikap sembarangan dan acuh tak acuh para Influencer dan Instafamous yang mengisi konten media sosial mereka dengan perbuatan 'aneh aneh'.
Bulan lalu sahaja ada kes sekumpulan Influencer yang merentas negeri dan kemudian memuat naik foto meraikan perkahwinan teman mereka sehingga menimbulkan kemarahan ramai.
Mana tidaknya, di masa musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini, kalau bole kita semua nak rentas negeri, jumpa keluarga, jenguk ibu bapa yang mungkin sudah uzur.
Ya, penulis faham dan langsung tidak jaki dengan status Influencer atau Instafamous yang ada pada kalian. Tapi sebagai orang yang dilabelkan boleh mempengaruhi orang lain dengan setiap tindak tanduk kalian, maka peranan yang sangat besar perlu didahulukan.
Misalnya, kalau buat marketing atau promosi tak perlulah sampai membodohkan diri sendiri. Kalau nak viral, janganlah bersifat 'aneh aneh' seperti trend merendam babi air sampai 1,000 unit semata mata untuk mengisi konten.
Jangan juga cari padah seperti membonceng motosikal tanpa helmet dan manis berkebaya tapi langgar undang undang.
Serius, tak kelakar. Konten 'aneh aneh' seperti meminta pelepasan rentas negeri atas urusan kerja kemudian pamerkan betapa bahagianya sedang berbulan madu, juga tak kelakar.
Walaupun mendakwa hanya memuat naik foto untuk tatapan peribadi kemudian ditularkan, fikirlah, dunia media sosial ini tak ada sempadan. Kalian yang mengundang jabatan netizen buat kerja, kemudian nak menggelabah pula.
Lagi tak kelakar bila pergi buat laporan polis kemudian beri keterangan palsu.
Guys, serius ini bukan konten yang baik. Ini juga bukan sebuah promosi atau pemberitaan yang baik.
Betul, dalam dunia kewartawanan, berita buruk adalah juga sebuah publisiti. Tapi jika publisiti itu boleh membunuh keseluruhan imej baik dan mempengaruhi pihak klien ataupun kehidupan pada masa akan datang, itu bukan salah netizen.
Tapi salah diri sendiri. Sebab setiap konten yang anda fikir dan letakkan dalam laman sosial masing masing adalah atas persetujuan akal dan kehendak sendiri. Apa yang anda mahu sampaikan dan apa pulangan yang didapatkan daripada warga maya, semuanya impak yang akan anda tanggung sendiri.
Cukuplah buat konten aneh aneh. Selain belajar menghormati segala situasi, ia juga dapat menjadikan pengaruh kalian sang Influencer dan Instafamous ini berada pada kelas tersendiri.
Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan membagikan hal hal positif yang memberi inspirasi. Kalau setakat pergi honeymoon dan kemudian buat sesi Q&A mungkin untuk bermegah megah atau hanya suka suka, simpan sajalah untuk kenangan sendiri.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Unitar